Asam Pedas Ikan Pari
Resepi asam pedas ikan pari adalah resepi popular dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Sebagai ibu/isteri, resepi ini wajib dipelajari agar suami dan seisi keluarga tidak akan keluar rumah semata-mata ingin menikmati masakan ini.
Namun sebelum ke proses memasak, kita perlu tahu beberapa perkara dalam proses penyediaan masakan ini.
Tips memilih ikan pari
- Pastikan isi ikan pari berwarna cerah dan tidak gelap. (berwarna kemerah-merahan)
- Tekan badan ikan. Pastikan pejal serta tidak lembik.
- Hidu baunya, pastikan tidak bebau hancing agar memudahkan proses memasak tanpa runsing untuk memikirkan cara menghilangkan bau.
Walaupun kita boleh meminta bantuan kepada penjual untuk membersihkan serta memotong, kita juga perlu tahu caranya kerana bukan semua pasar menawarkan perkhidmatan ini.
Cara siang dan potong ikan pari
- Terlangkupkan ikan pari agar tulang belakang kelihatan.
- Gunakan pisau tajam, potong hujung kepala hingga kebawah. Buat kedua belah. Jarak kiri dan kanan yang dipotong kira-kira 1inci.
- Buang bahagian tengah yang bertulang berserta perut. Ambil bahagian kiri dan kanan sahaja.
- Bersihkan dengan air asam jawa agar baunya hancing hilang.
Berikut adalah resepi yang mungkin anda boleh jadikan panduan.
Asam Pedas Ikan Pari
Bahan A
- 500gram Ikan Pari(dibersihkan*)
- 10 batang bendi
- 1 biji tomato(potong 4)
- ½ cawan air asam jawa
- 5 tangkai daun kesum
- 3 cawan air
- 3 sudu makan minyak masak
- Perasa secukupnya
*rendam dengan air asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir
Bahan B(dikisar)
- 20 tangkai cili kering(mengikut rasa pedas yang anda ingin)
- 1 biji bawang besar
- 3 biji bawang merak
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu tah serbuk kunyit
Cara-cara menyediakan
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan B sehingga pecah minyak dan bau wangi keluar.
- Tuangkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendidih.
- Masukan Ikan Pari, perasa, daun kesum, dan bendi (biarkan sehingga mendidih lagi)
- Masukan tomato kemudian kurangkan api, biarkan sehingga pecah minyak dan sayur lembut.
- Angkat dan hidangkan.
- Ianya lebih sedap jika dihidang dengan nasi panas.
Jika anda seorang ibu/isteri yang berkerja, kekangan masa pasti berlaku pada anda.
Oleh itu anda memerlukan alternatif lain untuk menjimatkan masa tetapi masih dapat menyediakan hidangan seisi keluarga.
Salah satu cara adalah, mengunakan pes/perencah sedia ada yang banyak di jual di pasaran masa ini.
Kami menyarankan anda mengunakan ini.
Lihat juga pes/perencah lain di sini;