-
12 Sambal Viral Terbaik & Terlaris di Malaysia 2023
Berikut senarai sambal viral sedap yang popular dan laris di Malaysia. Apakah itu Sambal? Sambal ialah sos atau perasa pedas yang popular di Malaysia. Sambal diperbuat daripada cili yang ditumbuk atau diproses menjadi pes. Ia boleh juga mengandungi bahan lain seperti jus limau nipis, bawang merah, gula, garam, atau rempah ratus lain. Biasanya ia dihidangkan sebagai pelengkap makanan. Selain itu, ia boleh digunakan sebagai bahan utama dalam beberapa hidangan seperti ayam penyet dan nasi goreng. Masyarakat Malaysia memang tidak boleh lari dengan hidangan berasaskan sambal. Tak kira lah sambal dalam masakan mahupun sebagai pencicah. Ianya menjadi satu menu wajib bagi mereka yang menggemari masakan ala kampung. Selain anda boleh buat…
-
12 Makanan dalam Tin yang Sedap & Tahan Lama Terbaik, 2023
Berikut makanan dalam tin yang sedap dan tahan lama terbaik di Malaysia. Secara umumnya, jika menyebut makanan dalam tin, ramai antara kita akan berfikir bahawa ianya ‘membahayakan kesihatan’. Namun, ianya masih popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Apa itu makanan dalam tin? Pengetinan adalah kaedah yang digunakan bagi memelihara makanan untuk jangka masa yang lama dengan membungkusnya dalam bekas kedap udara. Kaedah ini mula diperkenalkan pada akhir abad ke-18 sebagai cara penyediaan sumber makanan yang stabil untuk tentera dalam peperangan. Proses pengetinan berlaku sedikit perubahan daripada satu produk ke produk yang lain dan melibatkan tiga langkah utama iaitu: Pemprosesan: Makanan dikupas, dihiris, dicincang atau dimasak. Pengedap: Makanan yang diproses dimeteraikan…
-
10 Jenama Hand Sanitizer Terbaik & Popular di Malaysia, 2023
Berikut hand sanitizer yang bagus dan popular menjadi pilihan ramai pengguna di Malaysia. Kini, kita perlu mengamalkan kehidupan secara norma baru. ‘Hand hygiene‘ adalah cara yang paling sesuai bagi memutuskan rantaian bakteria dan kuman. Dengan itu, hand sanitizer sudah menjadi keperluan bagi setiap individu pada masa kini. Namun begitu, hand sanitizer adalah pilihan kedua jika tiada tempat basuh tangan. Walau bagaimanapun, jika terdapat singki atau paip sebaiknya gunakan air yang mengalir terlebih dahulu. Senarai Hand Sanitizer Terbaik & Lulus KKM Antara jenama yang popular menjadi pilihan pengguna di Malaysia, adalah; 1 Ceradan Moisturising Hand Sanitizer Semak harga dibawah: Lihat di Shopee Lihat di Lazada Ianya sanitizer losyen tangan yang melindungi…
-
9 Kebaikan Minum Air Halia yang Ramai Tidak Tahu
Berikut kebaikan minum air halia untuk kesihatan yang ramai tidak tahu. Umumnya, halia digunakan sebagai bahan memasak. Namun, ramai yang tidak tahu bahawa ianya juga boleh di jadikan sebagai air minuman. Air halia mengandungi banyak khasiat yang bermanfaat untuk kesihatan. Selain menghidratkan, air halia juga mengandungi khasiat yang sangat bermanfaat dalam mencegah keradangan, penyakit-penyakit kronik, loya dan muntah serta banyak lagi. Kebaikan Minum Air Halia Antara kebaikan minum air halia, adalah; 1 Mencegah kuman dalam tubuh badan Sebatian kimia tertentu dalam halia segar dikatakan dapat membantu tubuh untuk menyingkirkan kuman. Ia juga dikatakan sangat baik untuk menghentikan pertumbuhan bakteria seperti E.coli dan shigella. Disebabkan sifatnya yang mampu mencegah kuman dalam…
-
10 Jenama Dapur Elektrik Terbaik Popular di Malaysia, 2023
Dapur elektrik atau ‘Induction Cooker’ merupakan dapur memasak yang semakin popular di gunakan pada masa kini. Kelebihan Dapur Elektrik Dapur elektrik mempunyai beberapa kelebihan, seperti: Keselamatan; Lebih selamat digunakan karena tidak ada risiko kebocoran gas. Kemudahan penggunaan; Ianya mudah digunakan dan di atur. Kebersihan; Dapur memasak ini tidak menghasilkan jelaga serta sangat mudah di bersihkan. Mesra alam; Ianya lebih mesra alam kerana ia tidak menghasilkan pelepasan gas berbahaya. Tips Memilih Dapur Elektrik Terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli dapur elektrik agar pembelian lebih berbaloi, antaranya; Elemen pemanasan Dapur yang menggunakan elemen pemanasan jenis induction merupakan paling efektif berbanding yang lain. Tetapi anda perlu menggunakan perkakas yang sesuai untuk…
-
12 Perencah Nasi Goreng Terbaik & Popular Di Malaysia, 2023
Perencah nasi goreng merupakan bahan yang digunakan untuk memasak nasi goreng. Ianya sangat membantu mempercepatkan proses penyediaan nasi goreng anda. Perencah nasi goreng terdiri daripada pelbagai jenis rempah dan bahan-bahan yang dicampurkan bersama-sama. Kebaikan Perencah Nasi Goreng Memudahkan proses penyediaan nasi goreng. Memendekan masa penyediaan. Memudahkan anda untuk menyediakan pelbagai jenis nasi goreng. Menjimatkan kerana anda tidak perlu lagi ke restoran untuk menikmati nasi goreng kegemaran anda. Membantu golongan suri rumah kurang pakar dalam masakan untuk menyediakan nasi goreng yang sedap dan lazat. Tips Memilih Perencah Nasi Goreng Antara pertimbangan yang anda boleh lakukan semasa memilih perencah, adalah; Harga Pertimbangan harga sangat penting kerana ianya akan membantu memperkecilkan lagi skop…
-
6 Tips Cara Pilih Ikan Segar yang Betul agar Selamat di Makan
Cara pilih ikan segar yang betul adalah sangat penting. Ianya akan menentukan nutrisi yang diperolehi daripada ikan. Ikan adalah salah satu sumber makanan yang penting untuk kesihatan. Lazimnya, ikan mengandungi pelbagai nutrisi yang sangat baik. Namun, jika tersalah pilih ikan, ianya akan menyebabkan pelbagai komplikasi yang kurang baik terhadap kesihatan. Oleh itu, artikel ini akan memberikan beberapa tips cara pilih ikan segar. Cara Pilih Ikan Segar yang Betul Cara pilih ikan segar yang betul agar selamat dimakan adalah sebagai berikut; 1 Perhatikan mata ikan Mata ikan segar kelihatan cerah dan jelas dengan warna hitam di tengah. Permukaan juga terasa menonjol dan kenyal apabila disentuh. Sebaliknya, mata ikan yang tidak segar…
-
7 Cara Goreng Ikan yang Betul agar Tidak Melekat & Rangup
Cara goreng ikan yang betul sudah pasti akan menghasilkan ikan rangup, tidak melekat pada kuali, dan tidak hancur. Ikan goreng merupakan salah satu menu yang mudah dan lazat untuk disediakan. Namun, tidak semua orang tahu cara goreng ikan yang betul. Cara Goreng Ikan yang Betul Oleh itu, berikut adalah beberapa tips dan teknik yang boleh anda cuba untuk mendapatkan ikan goreng yang sempurna. 1 Pilih ikan yang segar dan bersih Ikan yang segar mempunyai tekstur yang lebih baik dan rasa yang lebih sedap. Anda boleh memilih jenis ikan yang anda suka, sama ada ikan siakap, ikan kembung, ikan bawal, atau ikan lain. Pastikan anda membersihkan ikan dengan baik, membuang sisik,…
-
8 Kebaikan Green Tea yang Ramai Tidak Tahu
Berikut merupakan kebaikan green tea yang ramai tidak tahu. Teh hijau atau green tea juga dikenal dengan nama saintifiknya Camellia sinensis merupakan minuman popular di Malaysia. Lazimnya, di Malaysia terdapat 2 jenis teh iaitu teh hijau dan teh hitam. Perbezaan Teh Hijau dan Teh Hitam Teh hijau dan teh hitam berasal dari tumbuhan yang sama iaitu Camellia sinensis. Perbezaan utama antara keduanya terletak pada proses pembuatan. Teh hijau tidak melalui proses penapaian, manakala teh hitam melalui proses penapaian yang lebih lama. Oleh kerana itu, teh hijau mempunyai rasa yang lebih lembut dan warna yang lebih cerah daripada teh hitam. Selain itu, teh hijau mengandungi kurang kafein berbanding teh hitam. Bagaimanapun,…
-
12 Jenis Minyak Masak Terbaik & Popular Di Malaysia, 2023
Minyak masak adalah bahan penting dalam memasak dan menggoreng makanan. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis yang popular dan digunakan secara meluas. Senarai Minyak Masak Terbaik Berikut adalah beberapa jenis minyak masak terbaik dan sangat sesuai untuk kelengkapan dapur. 1 Knife Semak harga dibawah: Lihat di Shopee Lihat di lazada Knife merupakan jenama yang paling popular di Malaysia. Ia merupakan campuran minyak kelapa sawit dan minyak biji bunga matahari, yang memberikan rasa yang lezat pada makanan. Selain itu, ianya juga sangat mudah untuk di dapatkan dengan harga mampu milik bagi setiap pengguna di Malaysia. 2 Buruh Semak harga dibawah: Lihat di Shopee Lihat di lazada Jenama buruh adalah salah satu jenama…