
8 Bahan Steamboat [Peralatan Steamboat] Yang Wajib Di Perlukan
Apakah bahan steamboat yang perlu anda ketahui dan wajib ada?
Artikel ini akan membantu anda untuk menyenaraikan bahan-bahan agar ‘steamboat’ sedap dan berjalan dengan lancar.
Baca Juga: 12 Peralatan BBQ Grill Terbaik & Terlaris Di Malaysia,2022
Pengenalan
Steamboat adalah makanan yang berasal dari negara yang terletak salah satu daripada tujuh keajaiban dunia.
Legenda makanan ini yang asalnya muncul dari Dinasti Yuan, China dan kini telah menjadi makanan popular di seluruh Asia Timur.
Disebabkan cara penyediaan yang unik, steamboat menjadi pilihan peminatnya terutama pada musim sejuk,makan malam atau majlis santai bersama rakan-rakan dan keluarga.
Maka tidak hairan jika restoran yang menghidangkan pakej ini akan mula beroperasi secara aktif pada malam.
Iaitu sekitar jam 6 petang hingga 12 malam.
Senarai Bahan Steamboat yang Wajib Ada
Dengan adanya periuk steamboat dan peralatan lainnya di pasaran, maka steamboat boleh dilakukan sendiri di rumah.
Selain boleh dilakukan lebih santai, kosnya akan lebih jimat jika dibandingkan dengan ber “steamboat’ di restoran.
Berikut adalah bahan steamboat penting yang anda perlu ada untuk menyediakan steamboat.
1 Makanan Sejuk Beku
Ini adalah bahan utama dan sangat penting. Jika tiada bahan-bahan ini, maka tidak akan ada ‘Steamboat’.
Makanan laut seperti:
- Udang
- Ketam
- Tiram
- Shell
- Isi ikan segar
Daging seperti:
- Daging lembu
- Daging kambing
- ayam
Bebola seperti:
- Ikan
- Daging
- Ketam
- Udang
2 Periuk & Grill Steamboat
Peralatan ini juga sama pentingnya. Tanpanya kita tidak dapat memasak.
Di pasaran terdapat beberapa jenis periuk dan grill steamboat.
Namun kami mencadangkan anda membeli jenis 2 dalam 1 kerana, jimat bajetdan ruangan meja.
3 PES Steamboat
Pes atau perencah untuk kuah steamboat.
Kami mengesyorkan membeli yang sedia ada di pasaran kerana ia lebih menjimatkan masa dan lebih mudah.
Dengan cara ini anda tidak perlu bersusah payah menyediakan kuah steamboat yang agak rumit daripada mencari bahan basah hinggalah ke proses menumis dan merebus sup.

4 Minyak Masak
Walaupun terdapat produk non-stick, minyak masak masih di perlukan untuk mengelakan permukaan pan grill tidak melekat.
Beberapa jenis minyak masak ada di pasaran tetapi yang paling sihat di gunakan untuk memanggang adalah minyak zaitun.
Selain itu anda juga boleh mengunakan majerin.

5 Sayur-sayuran
Tidak lengkap steamboat tanpa sayur.
Anda boleh membeli jenis yang segar atau frozen.
Ketika makan terlalu banyak daging atau makanan laut, sayur di perlukan untuk meneutralkan deria rasa.
Sayur-sayuran seperti;
- Bunga kobis
- Sayur kailan
- Kubis panjang
- Cendawan butang
- Cendawan enoki
6 Peralatan Senduk
Senduk Wajib ada;
- Penyepit makanan
- Senduk sup
- Senduk sup berlubang

7 Peralatan Lain untuk Melengkapkan Peralatan Steamboat
- Pingan Mangkuk
- Sudu dan Garfu Makan
- Pisau Pemotong
Pilihan
- Benang Gigi
- Mini Stove
- Arang jika mengunakan dapur bakar tradisional
- Pan Steamboat
8 Bahan lain sebagai ‘Pilihan’
- Mee
- Telur
- Nasi/Nasi Goreng
- Air Putih (Wajib)
- Air Manis/Jus (Pilihan)

