Dapur Mangkaak,  Lain-lain,  Peralatan

25 Senarai Barang Keperluan Camping Yang Wajib Disediakan

Berikut senarai barang keperluan camping yang wajib anda sediakan untuk memastikan perkhemahan berjalan dengan lancar.

Aktiviti luar seperti camping ataupun berkhemah merupakan salah satu aktiviti popular yang diminati ramai orang.

Aktiviti ini sangat sesuai dilakukan bersama kawan-kawan, keluarga termasuklah anak-anak.

Selain ianya menyeronokan, aktiviti ini juga mampu memberikan pengalaman baru yang mungkin anda tidak pernah rasai.

Namun, jika anda melakukan aktiviti ini buat kali yang pertama sudah pasti anda bingung menyediakan barang keperluan camping.

Usah risau, artikel ini untuk anda.

Kami akan senaraikan barang keperluan camping yang wajib anda sediakan.

Jom! Lihat senarainya.

Senarai Barang Keperluan Camping Yang wajib Ada

1 Khemah

Perkhemahan tidak akan lengkap tanpa peralatan ini.

Sesetengah tapak perkhemahan pasti menyediakan khemah untuk di sewa.

Namun, adalah lebih baik jika anda menyediakannya sendiri.

UtanKing Tent

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

2 Camping Stove

Dengan saiznya yang kecil, camping stove ini memang sangat berguna sekali apabila dibawa pergi berkhemah.

Anda boleh masak seperti biasa menggunakan stove ini.

Tak perlulah tunggu lama untuk makan berbanding masak atas unggun api.

Namun untuk merasakan nikmat camping yang sebenar, memasak mengunakan kayu api lebih seronok.

Camping Stove

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

3 Peralatan Makan/Minum

Selain menikmati keindahan alam sekitar, aktiviti makan bersama juga antara yang wajib ketika camping.

Oleh itu, peralatan ini wajib di sediakan.

Set Camping Cookware

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

4 Kanvas Rentang Kalis Air

Kain rentang ini adalah penting kerana ia boleh dijadikan khemah ataupun alas tempat duduk atau baring.

Ia juga boleh digunakan untuk menutupi barang camping seperti makanan atau dapur untuk memasak ketika hujan.

Benda ini adalah sangat mudah dibawa kerana ia boleh dilipat dan tidak mengambil ruang yang banyak dalam beg.

Canvas Ultra Lightweight

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

5 Peti Kecemasan (First Aid Kit)

Peralatan ini adalah yang terpenting perlu dibawa ketika anda hendak melakukan aktiviti berkhemah.

Hal ini kerana, apabila berada di kawasan hutan, anda akan terdedah dengan pelbagai risiko bahaya yang boleh mengancam nyawa.

Dengan adanya peti kecemasan, ia boleh menjadi alat pertolongan awal sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diinginkan.

MediShield First Aid Kit Premium Equipped MAP359

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

6 Lampu Suluh/Kepala

Lampu suluh adalah barang asas yang anda wajib bawa.

Tapak perkhemahan biasanya mempunyai suasana yang gelap.

Oleh itu, peralatan ini sangat membantu sepanjang aktiviti perkhemahan.

Xiaomi Nextool Torchlight Camping NE0126

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

7 Pemetik Api/Mancis

Jika memasuki hutan atau melakukan aktiviti perkhemahan, peralatan ini sangat penting.

Api dan perkhemahan tidak boleh di pisahkan.

Selain untuk kegunaan menghidupkan api, ianya juga digunakan untuk penunjuk arah angin yang paling tepat.

Zippo Butane Lighter Waterproof

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

8 Tali

Tali juga merupakan salah satu senarai penting ketika hendak melakukan aktiviti perkhemahan.

Ianya mempunyai banyak kegunaan, seperti membuat khemah, alat bantu semasa ‘jungle tracking’ dan banyak lagi.

Rope Nylon Anti-slip

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

9 Pisau Lipat

Pisau lipat mempunyai fungsi yang pelbagai apabila berada di dalam hutan kelak.

Ia boleh digunakan untuk perkakas memasak, alat bantu membuat khemah dan banyak lagi.

Saiznya yang kecil dan boleh lipat, membuatkan peralatan ini sangat mudah dan selamat di bawa semasa perkhemahan.

Deer Creek Stainless Steel

 

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

10 Cooler Box

Makanan amat penting ketika berkhemah.

Untuk membawa makanan tersebut, sebaiknya letakkan di dalam cooler box agar makanan tersebut tahan lama.

Mobi Garden Camping Cooler Box

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

11 Sleeping Bag Kalis Air

Sebaiknya pilih sleeping bag yang kalis air untuk mendapatkan keselesaan semasa tidur.

Selain itu, sleeping bag juga akan membantu menghindar gigitan serangga semasa tidur kerana ia akan meliputi seluruh badan badan.

Mobi Garden Sleeping Bag

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

12 Racun Nyamuk/Serangga

Penyembur serangga ataupun racun nyamuk merupakan item yang sangat berguna terutamanya apabila anda berkhemah jauh di dalam hutan.

Ianya membantu melindungi kulit anda daripada digigit serangga ataupun nyamuk kelak.

Khind Mosquito Insect Killer IK365

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

13 Baju Hujan

Bagi persediaan untuk menghadapi cuaca yang tidak di ingini, ada baiknya membawa baju hujan.

Jenis ponco adalah paling sesuai, ianya tidak tebal dan ringan.

Poncho Raincoat

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

14 Kasut Getah

Alas kaki seperti kasut amat penting untuk keselesaan dan keselamatan semasa berada di dalam hutan.

Kasut yang paling sesuai adalah jenis getah,kalis air,ringan dan paling penting mempunyai ciri keselamatan yang lebih.

Anti-Slip Hike Shoes

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

15 Powerbank

Apabila berada di kawasan hutan, bekalan elektrik sudah pasti sukar untuk diperolehi.

Jika anda membawa barangan yang memerlukan tenaga elektrik seperti telefon dan kamera, powerbank sangat berguna kelak.

Portable Solar Power Generator Camping Powerbank

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

16 Kompas

Sekiranya kawasan perkhemahan adalah hutan yang sukar mendapat liputan Internet, sebaiknya anda membawa kompas.

Jika tersesat peralatan ini sangat penting.

Selain itu, kompas juga boleh digunakan sebagai alat untuk membantu menentukan arah kiblat.

Camping Survival Compass Metal

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

17 Stokin Panjang

Sebagai ciri keselamatan tambahan, sebaiknya gunakan stokin panjang.

Semasa hendak melakukan aktiviti perkhemahan, ciri keselamatan amat penting dan wajib di utamakan.

Deer Creek Socks Leech Water Resistant

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

18 Penutup Lengan

Jika anda tidak suka memakai baju lengan panjang atau jaket, anda boleh gunakan ini.

Selain melindungi kulit daripada sinaran matahari, ianya juga berfungsi untuk menghalang sebarang seranga yang bahaya.

Rockbros Arm Sleeves

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

19 Botol Air Mineral

Air sangat penting semasa aktiviti luar.

Untuk mendapatkan air bersih yang di yakini pasti sukar, apatah lagi jika berada di dalam hutan.

Oleh itu, pastikan anda membawa botol air untuk memastikan bekalan air cukup sepanjang perkhemahan.

Mobi Garden Camping Water Tank

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

20 Makanan Ringan

Makanan ringan wajib anda bawa untuk jajan semasa waktu luang sepanjang perkhemahan.

Win Win Potato Crisp

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

21 Peralatan Kebersihan Diri

Kebersihan diri amat penting dan wajib.

Bagi mengekalkan tahap keselesaan sepanjang perkhemahan, pastikan kebersihan diri tidak terabai.

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

22 Plastik Sampah

Alam sekitar tanggungjawab bersama.

Oleh itu, pastikan anda mengumpul sampah agar kawasan perkhemahan senantiasa bersih.

Plastik Sampah

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

23 Meja Portable

Bagi mendapatkan keselesaan semasa berkhemah, peralatan ini juga wajib.

Selain sebagai tempat penyimpanan barang, ianya juga boleh di jadikan meja makan.

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

24 Makanan Basah/Kering

Pastikan ianya cukup bekalan sepanjang perkhemahan.

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

25 Beg Kalis Air

Barangan ini penting untuk melindungi peralatan seperti telefon.

Beg ini juga sangat sesuai jika anda melakukan aktiviti ‘junggle tracking‘.

Beg Kalis air

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

Baca Juga: Cara Memanggang yang Betul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *