Dapur Mangkaak,  Tips

Cara Masak Nasi Yang Betul

Berikut cara masak nasi yang betul.

Nasi merupakan makanan ruji kita dan wajib ada di setiap set hidangan.

Tanpa nasi, hidangan pastinya tidak lengkap atau ianya bukan hidangan makanan di Malaysia.

Dengan itu, secara umumnya memasak nasi merupakan perkara asas di dapur.

Oleh sebab itu, agak mustahil untuk tidak tahu masak nasi.

Namun, kami yakin bahawa masih ada yang tidak tahu memasak nasi dengan betul dan sempurna.

Anda yang berada di artikel ini sudah pasti ingin belajar memasak nasi dengan betul.

Kami faham bahawa anda sudah pasti mempunyai alasan sendiri jika sehingga kini masih belum tahu memasak nasi dengan betul.

Usah risau, kami akan ajar anda cara masak nasi yang betul.

Jom! Lihat caranya.

Langkah-Langkah Masak Nasi Yang Betul

Berikut cara masak nasi yang anda boleh lakukan untuk memastikan nasi anda sempurna.

Ambil beras mengikut sukatan yang betul

Dalam bahagian ini, anda perlu tahu berapa ramai yang hendak makan untuk elak nasi lebih atau kurang.

Kemudian, ambil beras dengan mengunakan sukatan ‘pot’ untuk memudahkan pengiraan.

Periksa Beras

Perkara ini penting untuk mengelakan bendasing dimasak bersama nanti.

Ianya juga dapat memastikan nasi yang kita masak di jamin bersih dan selamat di makan.

Basuh Beras

Gunakan air bersih untuk memastikan nasi sentiasa terjaga kebersihannya.

Jika perlu bilas beras dalam beberapa kali sehingga ianya benar-benar bersih.

Petua

Air bekas basuh beras boleh digunakan untuk membasuh muka kerana ianya dapat membantu mencerahkan.

Sukatan Air

Bahagia ini adalah perkara paling sukar.

Ianya akan menentukan struktur nasi yang anda masak.

Biasanya, jika tersalah sukatan air ia akan menjadi bubur, terlalu lembut, terlalu keras dan banyak lagi.

Oleh itu, alat pengukur yang paling biasa di gunakan adalah jari.

Dan istilah yang biasa di gunakan adalah ” Tinggi beras, Tinggi air”

Cara Sukat Air (Letakan periuk pada permukaan rata)

  • Tusuk beras mengunakan jari telunjuk hingga ke dasar periuk.
  • Letakan ibu jari pada jari telujuk dan tandakan ketinggian beras anda.
  • Keluarkan jari telujuk kemudian letak pada permukaan beras dengan kedudukan ibu jari masih menandai ketinggian beras tadi.
  • Isi air sehingga air menyentuh pada hujung ibu jari yang sedang menandakan ketinggian beras tersebut.
  • Jika anda inginkan nasi anda lembut sedikit, lebihkan ketinggian air dalam 1mm-2mm.

Petua Tambahan

  • Gaul nasi ketika keadaan nasi hampir masak untuk elakan nasi menjadi hangit di bahagia bawah.
  • Jika anda memasak mengunakan periuk elektrik, letakan pada mod ‘keep warm’ 5-10minit dan buka penutup sedikit agar air benar-benar kering.
  • Jika anda ingin nasi anda wangi dan menyelerakan, masukan daun pandan.

Rice Cooker Terbaik Dan Murah

Antara periuk nasi elektrik yang popular digunakan di Malaysia, adalah;

Baca Juga: 12 Periuk Tekanan Terbaik Di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *