Resepi
Dalam kategori ini, kami akan memberikan cadangan resepi yang mampu memberikan idea kepada anda.
-
8 Pes Tomyam Terbaik & Sedap Terlaris Di Malaysia, 2023
Berikut jenama pes tomyam terbaik dan pilihan popular di Malaysia. Apakah Tom Yam? Tom yam adalah nama bagi dua hidangan sup atau berkuah yang serupa yang berasal dari Laos dan Thailand. Perkataan Tom Yam itu sendiri bermaksud air rebusan yang terdiri dari pelbagai campuran bahan dan juga rempah. Maka tidak hairanlah dalam hidangan tom yam terdapat pelbagai jenis bahan. Jenis- Jenis Tom Yam Terdapat dua jenis Tom Yam pada asasnya, iaitu; Tom Yam putih; Mempunyai rasa masam. Tom Yam merah; Mempunyai rasa masam dan pedas serta berminyak. Namun, pada masa kini tom yam telah mengalami perubahan daripada resepi asalnya. Terdapat 7 jenis tom yam yang popular pada masa kini, iaitu;…
-
Asam Pedas Ikan Pari
Resepi asam pedas ikan pari adalah resepi popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sebagai ibu/isteri, resepi ini wajib dipelajari agar suami dan seisi keluarga tidak akan keluar rumah semata-mata ingin menikmati masakan ini. Namun sebelum ke proses memasak, kita perlu tahu beberapa perkara dalam proses penyediaan masakan ini. Tips memilih ikan pari Pastikan isi ikan pari berwarna cerah dan tidak gelap. (berwarna kemerah-merahan) Tekan badan ikan. Pastikan pejal serta tidak lembik. Hidu baunya, pastikan tidak bebau hancing agar memudahkan proses memasak tanpa runsing untuk memikirkan cara menghilangkan bau. Walaupun kita boleh meminta bantuan kepada penjual untuk membersihkan serta memotong, kita juga perlu tahu caranya kerana bukan semua pasar menawarkan perkhidmatan ini.…
-
8 Bahan Steamboat [Peralatan Steamboat] Yang Wajib Di Perlukan
Apakah bahan steamboat yang perlu anda ketahui dan wajib ada? Artikel ini akan membantu anda untuk menyenaraikan bahan-bahan agar ‘steamboat’ sedap dan berjalan dengan lancar. Pengenalan Steamboat adalah makanan yang berasal dari negara yang terletak salah satu daripada tujuh keajaiban dunia. Legenda makanan ini yang asalnya muncul dari Dinasti Yuan, China dan kini telah menjadi makanan popular di seluruh Asia Timur. Disebabkan cara penyediaan yang unik, steamboat menjadi pilihan peminatnya terutama pada musim sejuk,makan malam atau majlis santai bersama rakan-rakan dan keluarga. Maka tidak hairan jika restoran yang menghidangkan pakej ini akan mula beroperasi secara aktif pada malam. Iaitu sekitar jam 6 petang hingga 12 malam. Senarai Bahan Steamboat yang…