Resepi Ikan Masin Lada Putih Ringkas dan Sedap
Berikut adalah resepi Ikan Masin Lada Putih yang sangat sedap dan mudah disediakan.
Umumnya, jika sebut tentang ikan masin lada putih, ianya sangat sinonim dengan Makanan Tradisional Borneo.
Khususnya di Sabah, makanan ini sangat popular.
Hidangan yang unik ini, menggabungkan rasa masin dari ikan masin dengan kepedasan lada putih.
Ia sering dihidangkan bersama nasi panas dan merupakan kegemaran ramai di Sabah.
Oleh itu, tidak hairan lah jika pada hari ini ia terkenal dan mula di pasarkan secara komersial.
Kami pasti anda sedang mencari idea untuk memasak ikan masin lada putih.
Oleh itu, artikel ini kami sediakan untuk anda jadikan sebagai panduan.
Resepi Ikan Masin Lada Putih
Berikut adalah bahan dan cara penyediaan versi Dapurmangkaak;
Bahan-bahan
- Ikan masin
- Ikan bilis
- Lada putih
- Petai
- Bawang merah
- Bawang besar
- Air asam jawa
- Garam
- Aji no moto
- Gula
- Minyak masak
- Limau Kasturi
Cara Penyediaan
Langkah 1
Basuh ikan masin dan ikan bilis dan rendam dalam beberapa minit untuk lembutkan serta kurangkan masin.
Kemudian basuh lada putih. Anda boleh potong(belah dua) atau biarkan sebiji.
Bawang merah dan bawang besar basuh dan potong seperti biasa.
Langkah 2
- Masukan minyak masak panaskan.
- Tumis bawang merah dan bawang besar.
- Masukan ikan masin kemudian ikan bilis, goreng hingga garing.
- Masukkan lada putih kemudian masukan petai.
- Masukkan air asam jawa. gaul sehingga mendidih.
- Akhir sekali masukan garam, aji no moto atau perasa secukupnya.
- Tambahkan gula untuk memberi rasa manis sedikit pada makanan.
- Gaul sehingga masak.
- Angkat dan Hidangkan.
Sebelum hidangkan jangan lupa perahkan limau kasturi untuk menambahkan rasa masam untuk kurangkan rasa masin ikan masin.
Pastikan bekalan nasi mencukupi kerana kami yakin anda pasti tambah nasi.
Bahan Asas
Jika anda sukar untuk dapatkan bahan-bahan asas resepi ini, anda boleh dapatkannya secara online.
1 Ikan Masin
Bahan ini adalah bahan utama.
Jika ianya tiada, maka dengan itu resepi ini tidak akan menjadi.
Setiap kawasan mungkin akan berbeza harganya.
Anda boleh semak harga pada pautan yang kami sediakan.
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di lazada
2 Ikan Bilis
Bahan ini pula adalah pilihan.
Jika ianya tiada pun masih boleh menjadi.
Namun, sebaiknya ada untuk menceriakan lagi hidangan anda.
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di lazada
3 Lada Putih
Bahan ini sama penting dengan ikan masin.
Ianya wajib ada.
Namun, kami yakin bahan ini agak sukar di perolehi.
Oleh sebab itu kami sediakan pautan untuk anda mendapatkannya.
Semak harga dibawah:
4 Petai
Bahan ini pula adalah pilihan sma dengan ikan bilis.
Ianya tidak wajib untuk ada.
Namun, lebih baik jika ada untuk menjadikan hidangan anda lebih unik dan sedap.
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di lazada
Baca Juga:
10 Makanan Tradisional Sabah Paling Popular