Resepi,  Tips

12 Koleksi Resepi Telur Mudah, Sedap & Popular Di malaysia 2023

Berikut koleksi resepi telur paling di gemari ramai, mudah di sediakan dan sudah pasti sedap.

Hidangan berbahankan telur adalah hidangan paling popular.

Cara masak yang sangat mudah dan masa memasak yang sangat pantas menjadikan ianya selalu menjadi pilihan.

Secara kebiasanya, telur di olah dengan masakan telur dadar, telur mata kerbau dan telur rebus.

Namun, jika cara masak ini di ulang berkali-kali sudah tentu akan membosankan.

Oleh sebab itu, anda yang berada di artikel ini sudah tentu sedang mencari idea baru untuk resepi telur.

Tepat! anda berada pada artikel yang betul.

Kami akan senaraikan beberapa koleksi resepi telur yang paling digemari masyarakat di Malaysia.

Jom! Lihat senarainya.

Baca Juga: 15 Periuk Kukus Elektrik Terbaik & Popular Di Malaysia

Koleksi Respi Telur

Antara resepi yang biasa di gunakan  di Malaysia, adalah;

1 Telur Goreng Berkeju

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur
  • 2 sudu besar susu segar
  • 1 biji bawang holland – dipotong dadu
  • 3 batang sosej – dipotong nipis
  • Sayur campur secukupnya
  • Keju mozarella secukupnya – diparut
  • Garam dan serbuk lada sulah secukupnya
  • 1 sudu makan minyak masak

Cara-cara membuat:

  1. Pukul telur bersama susu,garam dan serbuk lada sulah terlebih dahulu kemudian ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang sehingga naik bau.
  3. Masukkan sosej dan sayur campur kemudian gorengkan sehingga sosejnya masak.
  4. Masukkan telur dan gorengkan sehingga kekuningan.
  5. Apabila telur telahpun kekuningan,taburkan parutan mozarella dan lipatkan dua.
  6. Akhir sekali,angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Nota:

  • Resepi ini, lebih sedap jika dimasak dengan sedikit garing.
  • Selain itu,anda juga boleh tambahkan cendawan butang didalam hidangan tersebut sekiranya anda sukakanya.
  • Disamping itu , resepi ini lebih sedap jika dimakan bersama nasi panas dan sos cili thai maggi.

Kredit Resepi: Aneka Resepi Telur

2 Telur Bungkus

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur ayam
  • 2 keping isi ayam dipotong kecil
  • 1/2 biji bawang holland dicincang halus
  • 1 biji tomato dubuang biji dan didadu kecil
  • 1/2 batang daun saderi didadu kecil
  • 1/2 peket sayur campur (carrot, jagung, kacang peas)
  • 1 biji cili merah
  • 2 sudu sos tomato
  • 2 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tiram
  • Sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
  • Secubit garam jika perlu
  • Minyak untuk menumis

Cara membuat:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu.
  2. Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masak.
  3. Masukkan hirisan tomato, batang saderi, cili merah serta sayur campur dan dikacau rata.
  4. Perasakan dengan sos cili,sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi.
  5. Taburkan secubit garam jika perlu.
  6. Sebelum diangkat bolehlah ditaburkan daun sup atau daun ketumbar.
  7. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali.
  8. Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata.
  9. Letakkan inti ditengah2 dan bungkuskan telur tersebut.
  10. Biarkan telur garing seketika dan bolehlah diterbalikkan ke dalam pinggan.

Kredit Resepi: Aneka Resepi Telur

3 Resepi Kari Telur

Bahan-bahan:

  • Telur 4-6 biji(Telah di rebus)
  • Ubi kentang – 2 biji (dibelah 4/6)
  • Serbuk kari daging – 4-5 sudu besar (Serbuk kari dibancuh dengan sedikit air sehingga agak cair)
  • Santan – lebih kurang 1/2 – 1 cawan
  • Herba campur – lebih kurang separuh sudu kecil
  • Daun kari – 1 batang

Bahan-bahan untuk ditumbuk/dihiris:

  • Bawang Merah – 2 biji
  • Bawang Putih – 2-3 ulas
  • Halia lebih kurang 2cm

Cara Penyediaan:

  1. Goreng telur yang telah dikupas sehingga permukaan telur kering dan kelihatan garing.(Angkat dan titiskan minyak)
  2. Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi, daun kari dan halba campur sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan kari dan kentang kemudian gaul perlahan-lahan sambil menunggu minyak pecah.
  4. Masukkan santan dan sedikit air mengikut kepekatan kuah yang dikehendaki.
  5. Letakan perasa secukupnya.
  6. Setelah mendidih masukkan telur yang telah di goreng tadi kemudian kacau sehingga rata.
  7. Siap untuk di hidangkan.

Petua:

Cara mudah untuk kupas telur rebus ialah dengan rendamkan telur yg baru mendidih di dalam sejuk (air paip) dan kemudian kupas seperti biasa.

Kredit Resepi: Aneka Resepi Telur

4 Sambal Telur Rebus Goreng

Bahan-bahan :

  • 6 biji telur (direbus dan digoreng)
  • Segenggam ikan bilis
  • Sedikit air asam dan santan
  • Pati ayam seketul
  • Sedikit garam,gula,daun kari dan daun bawang
  • Cili padi 6 biji(mengikut kepedasan yang kamu mahu)
  • Cili merah 1 biji
  • Sebiji bawang besar untuk hiasan.

Bahan yang perlu di kisar:

  • Cili kering 10 tangkai
  • Bawang kecil 3 ulas
  • Bawang putih 2 ulas
  • Sedikit belacan

Cara-cara :

  1. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan ikan bilis, masak dalam 10 minit.
  3. Seterusnya masukkan air asam jawa, pati ayam, santan, gula, dan garam.(Dimasak sampai kuah pekat)
  4. Akhir sekali masukkan telur, bawang besar, daun kari, daun bawang, cili padi, dan cili merah.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Kredit Resepi: FB Siti Fatimah(Page MAHN)

5 Resepi Telur Bistik

Bahan-bahan :

  • Telur
  • Daging ayam
  • Garam
  • Bawang putih cincang
  • Bawang holland potong dadgu.
  • Sos cili
  • Sos Tomato
  • Cili padi ketuk
  • Sayur

Untuk telur dadar :

  1. Pecahkan telur + garam + daging ayam potong dadu yang sudah digoreng terlebih dahulu. (Boleh guna daging burger).
  2. Gorengkan telur macam biasa.

Untuk kuah :

  1. Tumiskan bawang putih cincang + bawang holland potong dadu.
  2. Jika sudah layu, masukkan sos cili + sos tomato.(Tambah air)
  3. Tambah cili padi ketuk, sayur (bunga kobis + carot + celery + capsicum)
  4. Letak perasa dengan garam.
  5. Jika sudah siap kuah, tuang atas telur dadar dan tabur daun sup daun bawang.
  6. Siap untuk di hidangkan.

Note:

Nak kuah lebih, tambah air lebih, cili sos dan cili tomato lebih.

‎Kredit Resepi: FB Norhafizah Shabudin‎

6 Resepi Sup Telur

Bahan-bahan :

  • 3 biji telur segar
  • 1 ltr stok ayam atau air dan perisa ayam @ knorr ayam
  • 2 sudu kicap manis
  • 1 inci halia dititik
  • 1 mangkuk air dan tepung jagung
  • Garam secukup rasa
  • Secubit serbuk lada putih
  • 3 tangkai daun sup atau bawang dihiris halus
  • Cili padi hiris, kicap dan Minyak bijan sedikit untuk sos nya

Cara-cara :

  • Letakan stok ayam dalam periuk.
  • Letakan halia yang dititik dan kicap manis.
  • Bila mula mendidih, letakan air campuran tepung jagung, garam secukup rasa dan serbuk lada hitam, gaulkan rata.
  • Kemudian pecahkan 3 biji telur dalam mangkuk dan pukul hingga sebati.
  • Tuangkan telur kedalam stok ayam, gaulkan perlahan hingga telur masak.
  • Jangan sampai telur begentel.
  • Letakan daun sup atau bawang.
  • Letakan perasa secukupnya.

Tambahan:

  • Sediakan cili padi, kicap dan minyak bijan sebagai sos nya. (Sajikan panas-panas bersama hidangan lain)
  • Boleh letakkan isi ketam, udang atau hirisan ikan dan cendawan kedalam sup telur ini.

Kredit Resepi: FB Joha Hassan

7 Satey Telur Goreng

Bahan-bahan :

  • Telur ayam 4 biji
  • Tepung ubi kayu 1/2 sudu besar
  • Bawang putih 2 ulas dicincang
  • Garam 1/2 sudu kecil
  • Serbuk lada sulah 1/2 sudu kecil
  • Serbuk perasa/chicken stok 1/2 kecil
  • Air kosong 80 ml
  • Sosej yang digoreng dan dicucuk lidi

Bahan Untuk dicecah :

  • Sos
  • Mayonis

Cara-cara :

  1. Ambil telur, tepung ubi kayu, bawang putih, garam, serbuk perasa, serbuk lada sulah dan air.
  2. Gaul sehingga sebati semua bahan.

Cara-cara Menggoreng :

  1. Masukan minyak secukupnya. (Minyak pastikan banyak kalau tak dia tak jadi.)
  2. Ambil telur 1 senduk kecil dan tuang dalam kuali pelan-pelan dan tarik senduk ke atas baru jadi.
  3. Ambik sosej yang sudah dicucuk lidi dan gulung telur yang di dalam kuali.
  4. Angkat dan toskan minyak dulu.
  5. Siap untuk dimakan.
  6. Makan bersama bahan cecah yang telah disediakan.

Kredit Resepi: FB Nurul Hanisah

8 Resepi Telur Masak Kicap

Bahan-bahan :

  • Telur digoreng separa masak
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos cili
  • Sedikit garam
  • Cili api

Cara-cara :

  • Mula-mula tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  • Kemudian masukan kicap manis bersama sos cili dan kacau bagi sebati.
  • Masukkan garam.
  • Kemudian masukan telur dan balik-balikkan telur tersebut.
  • Masukan bawang besar dan cili api.
  • Tunggu mendidih boleh tutup api dan hidangkan.

Kredit Resepi: FB Roshida Rifqi Raisha Rayyan

9 Telur Dadar ala Thai

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • 1 sudu besar tepung
  • Boleh guna tepung gandum, beras atau jagung
  • 4 sudu air sejuk atau 2 ketul ais
  • Garam/cukup rasa

Cara-cara:

  1. Kacau telur sampai semuanya sebati. (Sejukan/Bekukan sebelum digoreng)
  2. Panaskan minyak sampai betul-betul panas.
  3. Tuang telur daripada jarak yang tinggi.
  4. Satu bancuhan telur untuk 3-4 kali goreng sebab tidak boleh goreng sekaligus, nanti tidak jadi gebu macam dalam gambar.

Nota:

Kalau tidak ada air sejuk dan ais, masukkan saja bancuhan telur dalam peti ais beku dalam 5 minit bagi dia betul-betul sejuk sebelum digoreng.

Kredit Resepi: FB Murni Rahmat

10 Telur Masak Kurma

Bahan-bahan :

  • 10 butir telur direbus hingga betul-betul masak. Kopek kulit dan goreng sekejap.(Toskan)
  • 4-5 biji kentang (potong ikut suka)
  • 3 cawan santan dari 1 biji kelapa parut
  • 10 biji cili padi hijau jangan buang tangkai (hiasan)
  • 2 tangkai cili merah potong serong (hiasan)
  • 2 ½ senduk minyak masak (untuk menumis)
  • 3-4 butir bunga lawang
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 5 ulas bawang putih (hiris)
  • Halia sebesar ibu jari (hiris)

Bahan Pes(Kacau semua bahan ini untuk jadikan pes):

  • 3 paket kecil rempah kurma
  • 1 sudu besar rata garam
  • ½ sdt bahan perasa (ajinomoto)
  • 1 biji asam keping
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 cawan air

Cara-cara :

  1. Mula-mula tumis bunga lawang, kayu manis dan bahan hiris hingga naik bau.
  2. Masukkan pes kurma dan tumis hingga betul-betul naik minyak.
  3. Masukkan kentang dan gaul sebati.
  4. Bila kentang sudah mulai lembut masukkan santan.
  5. Jika santan sudah mendidih, masukkan telur.
  6. Masukkan cili padi hijau dan cili merah.
  7. Jika sudah pekat, sesuaikan rasa.
  8. Siap untuk dihidangkan.

Kredit Resepi: FB Mariana Zainal

11 Sup Tauhu Telur

Bahan-bahan:

  • Tauhu telur (Perlu goreng)
  • Bawang putih cincang
  • Serbuk lada hitam
  • Udang/isi ayam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Cendawan shimeji/fresh shitake.
  • Lobak merah(hiris halus memanjang)
  • Daun sup(hiris)
  • Tepung ubi/jagung(bancuh dengan sedikit air)
  • 2 biji telur, pukul dengan garfu.
  • Garam/Secukup rasa

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak.
  2. Masukkan udang/ayam dan serbuk lada hitam.
  3. Masukkan sos tiram, air dan cendawan.
  4. Bila sudah mendidih, masukkan lobak merah dan perasa secukupnya.
  5. Sambil kacau kuah sup tuang bancuhan tepung ubi/jagung(Jangan sampai bergentel).
  6. Masukkan tauhu yang sudah digoreng.
  7. Perlahankan api kemudian tuangkan telur yang sudah dipukul tadi secara lingkaran (maksudnya jangan tuang setempat).
  8. Biarkan dalam dalam beberapa saat kemudian tutup api dan baru dikacau(Tujuannya supaya telur nampak seperti bertali).
  9. Akhir sekali baru tabur daun bawang dan kacau rata.

Kredit Resepi: FB Salina Ismail

12 Resepi Pindang Telur

Bahan-bahan:

  • Rempah kari
  • Jintan manis
  • Jintan putih
  • Biji ketumbar
  • Kicap pekat
  • Garam
  • Gula

(Jintan dan ketumbar semua diblend kasar).

Bahan daun-daun:

  • Daun senduduk (dengan tangkai sekali)
  • Daun manggis
  • Daun lengkuas
  • Serai serta daunnya sekali
  • Daun jambu batu (dengan tangkai sekali)
  • Kulit bawang (lagi banyak lagi sedap baunya)

Cara-cara:

  • Satukan semua sekali dalam 1 periuk.
  • Daun-daun serta rempah-rempah letak di bawah separuh.
  • Kemudian letak telur.
  • Ambil separuh daun lagi, tutup bahagian atas telur tadi.
  • Biar telur terendam dengan daun-daun.
  • Semua bahan sekali agak-agak sahaja tanpa sukatan(Tapi Biar cukup rasa).
  • Kemudian rebus dalam api perlahan selama 4-5 hari. Kalau ingin lagi sedap biar 6-7 hari.
  • Siap memasak 1minggu..haha.

Kredit Resepi: FB Cahaya Hidayah Qaseh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *