Berikut kuali non stick terbaik dan terlaris dalam pasaran online di Malaysia kini.
Kuali merupakan alat memasak yang wajib ada di dapur.
Sebagai suri rumah, kuali adalah teman karib setiap hari dalam menyediakan hidangan seisi keluarga.
Oleh sebab itu, sudah tentu ingin memiliki kuali yang cantik, berkualiti, tahan lasak, tidak melekat dan selamat digunakan.
Suri rumah lebih suka memilih kuali jenis kalis lekat (non-stick) kerana dapat jimat masa dan tidak merumitkan ketika memasak.
Namun, memilih yang terbaik amat sukar.
Oleh sebab itu, kami akan membantu anda menyenaraikan.
Baca Juga: 11 Periuk Tekanan Terbaik Di Malaysia,2022
Senarai Kuali Non Stick Terbaik
1 Tefal
RM189.00(1SET 4PCS)
- Jenama ini antara yang terkenal di Malaysia. Kuali jenis ini diperbuat daripada bahan aluminium dan disalut dengan titanium.
- Permukaan dalaman dan luaran adalah non stick dan dilengkapi isyarat permukaan panas.
2 Dessini Italy
RM148.00(1SET 12PCS)
- Jenama ini merupakan peralatan memasak yang tidak asing lagi di Malaysia masa kini. Biasanya, ia di jual secara set combo ( semua jenis periuk dalam 1 set belian).
- Bahan yang digunakan granite aluminium dan tahan lasak.
- Selamat digunakan dengan oven.
- Permukaan luar dan dalam adalah non stick.
- Saiz ketebalan 2cm.
3 Uakeen Germany
RM49.00
- Produk ini diperbuat daripada bahan bebas PFOA.
- Ianya berasakan aluminium dan salutan granite luar dan dalaman.
- Sesuai untuk semua jenis tempat memasak. Pemanasan permukaan yang cepat dan mampu mengekalkan nutrisi makanan.
- Saiz ketebalan 10mm.
4 Carote
RM128.00
- Bahan buat utama daripada aluminium dan pemegang diperbuat daripada kayu.
- Kuali ini sangat sesuai untuk yang sedang mengamalkan diet sebab hanya perlu minyak sedikit ketika memasak serta menghasilkan masakan yang sihat.
- Mempunyai 5 lapisan bahan non stick namun proses pemanasan yang cepat.
- Tidak sesuai untuk kegunaan oven atau mesin pencuci.
5 Honeycomb Stainless Steel
RM78.00
- Jenama ini agak unik berbanding kuali non stick yang lain.
- Diperbuat daripada bahan stainless steel grade 304/316.
- Lapisan non stick daripada bahan honeycomb ceramic kemudian lapisan bawah adalah nano titanium.
- Jenis ini tahan lasak meskipun ianya agak berat.
- Pengunaan sudu besi dan pencuci jenis dawai juga tidak menjadi masalah bagi jenis kuali ini.
6 Dafeike
RM51.00
- Kuali ini diperbuat daripada aluminium dan di salut dengan salutan marmar maifan yang sesuai dengan makanan sihat.
- Hanya memerlukan sedikit minyak semasa memasak.
- Kuali ini juga mengeluarkan asap yang kurang dan sangat mudah untuk dibersihkan.
- Mudah dan selesa digunakan kerana tidak berat serta proses memanaskan permukaan cepat.
7 Cate Maker
RM49.00
- Kuali ini jenis aluminium yang disaluti dengan 4 lapisan granit dan 100% bebas PFOA.
- Kuali sesuai untuk alat memasak lain seperti mesin basuh pinggan mangkuk dan ketuhar.
- Pemegang bakelite silikon kekal sejuk dengan cat warna kayu.
- Pemegang ergonomik selesa dan selamat di atas dapur.
8 Russell Taylors
RM59.00
- Kuali berasaskan aluminium dan disalut dengan granit berkualiti tinggi bebas PFOA serta mempunyai pemukaan yang tahan suhu panas
- Sangat mudah dibersihkan dan selamat untuk digunakan ke dalam mesin pencuci pinggan mangkuk.
- Salutan yang baik dapat menghalang makanan melekat membolehkan pengunaan minyak yang kurang ketika memasak sekaligus dapat menghasilkan makanan sihat untuk seisi keluarga.
9 K&I Germany Granite
RM90+
- Diperbuat daripada granite/batu asli dan bebas PFOA & PTFE serta bahan kimia lain yang membahayakan kesihatan.
- Kelebihan kuali jenis ini; Makanan cepat masak, lambat basi, anti karat, tahan calar,tahan hakis, kurang percikan minyak ketika masak, boleh menggoreng tanpa minyak, makanan tidak mudah hangus/hangit.
- Kuali ini juga boleh menjadikan makanan lebih enak,lembut dan juicy kerana mempunyai pengaliran haba yang sangat baik serta makanan masak dengan sekata.
10 Taste Plus Motoki
RM215.00
- Memperolehi Anugerah Reka Bentuk Bintang Merah 2016.
- Anugerah Reka Bentuk Baik 2016, G-MARK Jepun & lain-lain.
- Kuali gril siri Motoki disokong oleh Chef 3 Bintang Michelin, Vito Bellomo.
Penafian: Harga yang dipapar sekadar rujukan semasa. Ia akan berubah mengikut masa dan penjual.
Tips Membeli Kuali Non Stick Terbaik
Pastikan bebas PFOA
- Menurut pakar kimia, Perflurooctanoic acid (PFOA) adalah bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser.
- Pengunaan bahan PFOA telah lama dihentikan sejak 2015 lagi selepas mendapati ianya tidak selamat digunakan dan digantikan dengan perfluoropolyether seperti Genx.
- Oleh itu, pastikan kuali non stick yang anda akan beli diperbuat daripada bahan selamat seperti PTFE, granite, seramik, enamel dan silicon.
Beli daripada sumber yang diyakini. Elakkan jenama tiruan.
Masa kini, pelbagai jenama non stick yang ada di pasaran. Sebagai penguna perlu bijak semasa membeli.
- Sebelum membuat pembayaran semak dahulu review atau feedback pembeli agar tidak rugi dikemudian hari.
- Selain itu, anda juga boleh tanya terus kepada penjual.
- Perkara ini penting sebagai bukti selepas mendapatkan barang jika produk tersebut tidak asli seperti dalam penerangan produk.
- Jangan mudah terpedaya dengan harga promosi yang tidak masuk akal. Biasanya barangan berkualiti lebih mahal. Namun, yang murah tidak bermakna tidak berkualiti.
Jadilah Penguna Bijak
Tips Penjagaan Kuali Non Stick
Jika ingin kuali non stick tahan lama, anda perlu tahu cara penjagaan agar ianya tidak cepat rosak dan tercalar.
- Jangan keringkan air atas kuali non stick macam kita selalu buat dengan kuali aluminium.
- Pastikan permukaan kering/di lap sebelum diletak di atas api/ dapur gas.
- Gunakan api sederhana besar semasa memasak.
- Jika masakan hampir masak, gunakan api paling kecil.
- Gunakan senduk/sudip yang diperbuat kayu/silicon. Elakkan yang diperbuat besi.
- Elakkan mencuci terus selepas masak.
- Jangan simpan secara bertindih dengan kuali lain.
- Elakkan memasak benda keras seperti kerang, ketam, kupang dsb.
- Jika ada sisa masakan yang kering dia atas permukaan, sebaiknya rendam dahulu agar sisa menjadi lembut kemudian cuci dengan span yang lembut.
- Gunakan minyak masak untuk pertama kali digunakan dan pastikan kuali tidak terlebih panas semasa proses pra-memanaskan kuali.
[…] Baca Juga; 9 Jenama kuali Non Stick Terbaik & Tips Penjagaannya […]