Kelengkapan Dapur,  Peralatan

9 Jenis Lesung Batu Terbaik & Popular Di Malaysia, 2024

Berikut adalah senarai lesung batu yang popular menjadi pilihan penguna di Malaysia.

Lesung batu merupakan lesung yang diperbuat daripada batu yang sering digunakan pada suatu masa dahulu bagi menumbuk ramuan untuk memasak.

Ia merupakan satu kemestian bagi setiap rumah untuk memilikinya, dan sering kali digunakan bagi menumbuk antara lain, sambal belacan.

Tips Memilih Lesung Batu Terbaik

Sebelum membuat pembelian, sebaiknya pertimbangkan dahulu beberapa perkara tersebut.

Ukuran & Kapasiti
Pilih yang sesuai dengan keperluan anda.
Pastikan ianya cukup untuk memuatkan rempah ratus yang ingin ditumbuk.

Jika anda gemar membuat rempah sendiri dengan kuatiti yang banyak, sebaiknya memilih saiz yang besar.

Kualiti Pembuatan
Pastikan bahan lesung berkualiti tinggi dan bebas daripada bahan berbahaya.
Contohnya, permukaan yang halus agar dapat memberikan hasil tumbukan yang lebih baik.

Stabil & Kukuh
Pastikan alu tidak mudah bergeser dengan lesung dan batuan pada alu tidak mudah berderai.
Perkara ini agak sukar di tentukan, sebaiknya anda boleh melihat ‘feedback’ pengguna yang lain.

Ergonomik
Pilih yang selesa digunakan.
Contohnya, alu yang tidak terlalu berat agar anda tidak terbeban ketika mengunakannya.

Gaya & Rekaan
Perkara ini juga menjadi ukuran ketika membuat pemilihan.
Selain ianya digunakan untuk menumbuk rempah, ianya juga boleh menjadi aksesori hiasan dapur anda.

Jenis-jenis Lesung Batu

Terdapat 2 jenis lesung batu yang ada di pasaran, iaitu;

  • Jenis Tradisional
  • Jenis Moden

Biasanya, jenis tradisional adalah lebih berat dan rekaan yang tidak mementingkan gaya. Namun, ianya lebih praktikal dan tahan lasak.
Ianya sangat sesuai bagi mereka yang menjadikan lesung batu adalah peralatan memasak utama dalam penyediaan bahan.

Manakala, jenis moden pula, ianya lebih ringan dan rekaan lebih menarik dan moden.
Jenis ini sesuai bagi mereka yang menjadilkan lesung batu hanya perkakas tambahan dan bukan untuk kegunaan utama dalam penyediaan bhan masakan.

Senarai Lesung Batu Terbaik

Antara lesung batu yang menjadi pilihan ramai penguna di Malaysia, adalah;

1 IKEA ORIGINAL ADELSTEN

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di lazada

  • Diperbuat daripada marmar keras, menghancurkan rempah dengan cekap.
  • Lebih tahan lama dan kuat untuk penggunaan jangka masa panjang.
  • Boleh menggunakan dua sisi yang berbeza untuk menghancurkan rempah kerana mortar boleh diterbalikkan.
  • Tinggi: 10 cm, Diameter: 14 cm
  • Mudah di bersihkan.

2 Mini Stone Mortar and Pestle

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di lazada

  • Diperbuat daripada 100% Granit Asli dengan binaan berkualiti.
  • Selamat untuk makanan.
  • Tahan lasak dan sesuai untuk tugas berat.
  • Saiz mini tetapi mempunyai kedalaman mangkuk yang dalam.
  • Sesuai untuk kegunaan keluarga kecil.

3 Mortar and Pestle Stainless Steel 304

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di lazada

  • Keluli tahan karat berkualiti tinggi 304 pembinaan, rintangan lelasan dan anti-karat.
  • Berat dan tahan lama.
  • Reka bentuk lancar untuk tujuan kebersihan dan pembersihan.
  • Ianya mempunyai tapak yang tidak mudah tergelincir untuk penempatan yang selamat.
  • Tersedia penutup untuk menghalang makanan daripada tumpah semasa menumbuk.
  • Selain menumbuk makanan, ia juga digunakan farmasi untuk tujuan penyediaan ubat.

4 Bamboo Mortar Pestle

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di lazada

  • Diperbuat daripada buluh asli, sihat, semula jadi dan mesra alam.
  • Lapisan permukaan dibentuk dengan kemas.
  • Tepinya licin dan tidak menyakitkan tangan.
  • Sesuai untuk kegunaan harian untuk saiz keluarga kecil.

5 Original Stone-Cobek

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di lazada

  • Diperbuat daripada batu granit berkualiti tinggi.
  • Sesuai dengan namanya, ianya khas untuk mengesek lada untuk membuat sambal.
  • Rekaan yang unik.
  • Mudah di bersihkan.
  • Tahan lasak dan tahan lama.

6 Lesung Tradisional

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di lazada

  • Batu asli sangat tahan lasak dan tahan lama sehingga ia sering diwariskan dari satu generasi ke generasi berikutnya.
  • Pembinaan berat batu granit pepejal boleh meningkatkan kestabilan dan kukuh apabila menumbuk bahan.
  • Sangat sesuai untuk kegunaan harian.
  • Mudah dibersihkan.

7 Pestle and Mortar ABS Material

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di lazada

  • Diperbuat daripada bahan ABS.
  • Rekaan yang kemas dan premium.
  • Saiz yang kecil.
  • Sesuai untuk kegunaan keluarga kecil.
  • Tahan lasak dengan alu yang ergonomik.
  • Selain untuk kegunaan dapur, ianya juga sesuai untuk kegunaan Farmasi.

8 Lesung Som Tam

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di lazada

  • Bahan diperbuat daripada kayu.
  • 100% produk import daripada Thailand.
  • Ringan dan selesa digunakan.
  • Mudah dibersihkan.
  • Sesuai untuk kegunaan keluarga kecil.

9 TQHE Japanese Style

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di lazada

  • Diperbuat daripada batu granit berkualiti tinggi.
  • Reka bentuk Japun yang cantik.
  • Mudah di bersihkan.
  • Tahan lasak dan tahan lama.

Tips Pengunaan Lesung Batu

  • Bagi memudahkan menumbuk bahan, tambahkan sedikit air ketika menumbuk.
  • Alaskan bawah lesung dengan kain yang tebal bagi mengelakan bunyi kuat dan geseran pada meja/lantai ketika menumbuk bahan.
  • Potong bahan yang hendak ditumbuk menjadi beberapa bahagian lebih kecil untuk mengelakan terpelanting keluar ketika di tumbuk.
  • Sebelum mengunakan batu lesung yang baru dibeli, tumbuk segenggam beras putih ke dalam lesung untuk membersihkan sisa debu dari bahan lesung dan kemudian bilas air sehingga bersih.

Tips Penjagaan Lesung Batu

  1. Pastikan dibasuh bersih setiap kali selepas guna untuk menghilangkan bau.
  2. Keringkan lesung batu di tempat berjaring atau secara telengkup selepas dibasuh supaya bahagian bawahnya cepat kering.
  3. Sekali-sekala tumbuk/lenyek garam kasar dalam lesung batu untuk meratakan permukaan.
  4. Simpan ditempat yang sesuai untuk mengelakan pertumbuhan kulat.
  5. Bagi menghilangkan bau degil, warna dan rasa yang melekat sebaiknya basuh dengan bahan berasid seperti limau atau asam jawa.

Baca Juga
10 Papan Pemotong Terbaik & Popular Di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *