Resepi,  Tips

12 Resepi Air Fryer Mudah & Sedap Popular Di Malaysia, 2024

Berikut resepi air fryer yang sangat mudah, sedap dan menyelerakan.

Ianya sangat popular kerana bahan dan cara membuatnya sangat mudah tetapi hasilnya sangat luar biasa.

Anda yang berada di artikel ini sudah pasti sedang mencari idea masakan yang sesuai mengunakan air fryer.
Tepat! anda berada di artikel yang betul.

Kami akan senaraikan koleksi resepi air fyer yang popular di Malaysia.
Jom! Lihat senarainya.

Baca Juga: 20 Jenama Air fryer Terbaik & Murah Di Malaysia

Koleksi Resepi Air Fryer

Antara resepi air fryer yang popular di Malaysia, adalah;

1 Ayam Percik

Bahan perapan:

  • 2 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah/1 bawang besar
  • 3 inci halia
  • 2 batang serai(potong kecil)
  • 2 sudu ciliboh(nak lg pedas letak lebih)
  • 1/4 cawan santan pekat
  • Gula dan garam

Cara Buat:

  • Kisar semua bahan.
  • Gaulkan dangan ayam.
  • Perap ayam selama 2 Jam.(lagi lama perap lagi sedap)
  • Bakar pada suhu 170°C selama 15min
  • Terbalikan ayam yang tidak terdedah, bakar lagi 10min (Jika ayam dah masak sempurna pada 1 step, 2 step ni tidak perlu lagi).
  • Siap untuk di hidangkan.

Kredit Resepi: Zamaizura Nawawi

2 Ayam Bakar

Bahan-bahan:

  • Butter
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Madu
  • Garam
  • Bawang putih(tumbuk lumat)
  • Lada hitam(tumbuk lumat)

#Semua bahan sediakan secukupnya(agak-agak jer)

Cara buat:

  1. Campur semua bahan.
  2. Kemudian, masak atas api sederhana sehingga butter cukup cair.
  3. Sejukkan sekejap bahan yang telah di masak sebelum campur pada ayam untuk perapan.(perap lama lagi sedap)
  4. Bakar pada suhu 180°C selama 10minit.
  5. Kemudian, terbalikkan untuk bahagia bawah dan set lagi pada suhu dan masa yang sama.(kalau dah hampir masak untuk 1step tadi, tak perlu set masa lama untuk 2 step)

Tips:

Tusuk dengan garfu untuk pastikan ianya sudah masak atau belum.

Kredit Resepi: FB Anie Japri

3 Sayap Ayam Bakar

Bahan-bahan:

  • Sos tiram 4 sudu(sos tergantung kuantiti ayam)
  • Sos cili 1 sudu
  • Rempah kari 1 sudu
  • Sebuk jintan manis 1 sudu
  • Serbuk jintan putih 1 sudu
  • Serbuk cukup rasa 1 sudu
  • Serbuk cili 1 sudu
  • Madu
  • Kicap sikit
  • Minyak sikit

Cara Buat:

  1. Perap kejap(lagi lama perap lagi sedap)
  2. Bakar pada suhu 180C selama 15 minit.
  3. Kemudian terbalikan lagi dan setkan masa dan suhu yang sama.(lebihan sos boleh tuang masa bakar kali kedua)

Tips:

Nak ayam nampak cantik renciskan sikit minyak supaya ayam akan masak berkilat dan tidak kering.
*Masak dengan airfryer memang kena terbalikan sebab tiada ada api bawah.

Kredit Resepi: FB Munira Ali

4 Telur Rebus AF

Bahan:

  • Telur

Cara buat:

  1. Basuh telur dengan air bersih.
  2. Masukan ke dalam air fryer. (Tidak perlu letak air)
  3. Setkan suhu 140°C selama 8 minit.
  4. Selepas bunyi ‘Ting” biarkan 2-5minit.
  5. Keluarkan dan bolehlah hidangkan.

Nota:

Sebenarnya guna air fryer semua boleh jadi, cuma suhu dan jangka masa sahaja yang kita kena belajar.
* Boleh jer try and error tapi tulaa.. membazir sikit kalau tak menjadi.

Sumber: FB Janna Hasan

5 Daging Bakar/Steaks

Bahan asas:

  • 1 kilo daging

Perapan:

  • 2 sudu minyak masak
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • 3 sudu kicap pekat / caramel
  • Jintan putih dan jintan manis sedikit(Pilihan)
  • Garam dan serbuk perisa
  • Sedikit air untuk blend bahan diatas
  • Bahan perapan daging diblend halus dengan sedikit air dan digaul pada daging.
  • Perapan 3-4 jam sebelum dibakar.(semasa perap,simpan di dalam peti ais)

Sos pencicah:

  • 5 tangkai cili padi
  • Limau nipis
  • Gula merah
  • 1 ulas bawang putih
  • Serbuk perisa + garam
  • Sedikit air

#Bahan diatas diblend kasar dan siap dihidangkan

Cara memasak daging:

  1. Bakar daging sehingga masak mengunakan suhu 100C selama 60minit.
  2. Terbalikan daging pada minit ke 15.(disapu dengan air perapan)
  3. Siap masak, potong dan sedia dihidang dengan kuah pencicah.

Nota:

  • Suhu dan masa bergantung kepada air fryer masing-masing.
  • Elakkan kepadatan daging semasa memanggang.
  • Resepi boleh diubah mengikut cara masing-masing.

Kredit Resepi: FB Mus Zul Mohd

Koleksi Resepi Air Fryer [Dessert]

Antara resepi dessert mengunakan air fryer yang sangat popular, adalah;

1 Resepi bingka jagung

Gambar: Eniza M. Salim

Bahan-bahan

  • 1 cawan gula (Boleh bah ikut cita rasa masing-masing)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 tepung kastard
  • 4 biji telur
  • 2 sudu mentega/minyak
  • 2 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • Sedikit esen vanilla
  • Secubit garam

Cara Buat:

  1. Blend semua bahan diatas.
  2. Kemudian,campur adunan tadi dengan 1 tin jagung manis dan gaul perlahan sehingga sebati.
  3. Bakar 180°C / 40 minit or sampai masak

Nota:

  • Jika belum nampak garing boleh garingkan lagi.
  • Sebab setiap jenis AF akan lain hasil pembakaran.

Kredit Resepi: Alina Akmal

2 Resepi Scone Klasik

Bahan-bahan:

  • Tepung Scones(Premium
  • Mentega (Dipotong menjadi kiub)
  • Susu, 3/4 cawan
  • 1 biji telur
  • 1 biji kuning telur (untuk berus atas Scones)
  • Cranberry yang dicincang, 1 cawan

Cara Membuat:

  1. Masukkan tepung scones ke dalam mangkuk kemudian masukkan mentega dan gaul perlahan-lahan sehingga adunan menyerupai serbuk roti halus.
  2. Buat lubang ditengah dan masukkan telur 3/4 cawan susu dan 1 biji telur yang telah dipukul, Kemudian, guna sudu untuk campurkan adunan.
  3. Taburkan sedikit tepung di atas meja.
  4. Masukkan cranberry/kismis yang telah dicincang dan tekan ke dalam doh sehingga sebati.
  5. Kemudian, canai doh setebal kira-kira 1 inci.
  6. Kemudian, potong menggunakan pemotong biskut bulat 2inci.
  7. Sapu bahagian atas scone dengan telur kuning.
  8. Panaskan Air Fryer dan masukan scones ke dalam air fryer selama 8-10 minit pada suhu 180°C.

Nota:

Jika menggunakan air fryer, boleh kurangkan ketebalan scone. (Suhu dan masa mungkin berbeza bergantung pada jenama/model air fryer).

Kredit Resepi: FB Nadia Mat Rusok

3 Resepi Tauhu Begedil

Gambar: Eniza M. Salim

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus besar tauhu kering
  • 3 biji kentang (rebus & lenyek)
  • 1 cawan isi ayam dikisar
  • 1 tin cendawan butang dicincang( optional)
  • 10 ekor udang dicincang(optional)
  • 1 biji cili merah besar dicincang
  • 3 biji bawang merah digoreng
  • Daun bawang & daun sup
  • Serbuk lada putih & hitam secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara Membuat:

  1. Mula-mula rebus kentang sehingga masak. Kemudian lenyekkan macam kita nak buat begedil.
  2. Isi ayam dimasak sebentar hingga airnya kering.
  3. Kemudian campurkan dengan semua bahan di atas dan gaulkan bersama kentang yang dah dilenyek tadi. (perasakan ikut citarasa masing-masing)
  4. Seterusnya ambil tauhu kering dan guntingkan di atasnya.
  5. Keluarkan isinya(ambil isi ini dan masukkan bersama bahan inti tadi).
  6. Kemudian sumbatkan semula inti ke dalam tauhu.
  7. Masukkan ke dalam air fryer selama 5 minit pada suhu 180°C.

Tambahan:

Sebelum itu, celupkan dengan telur supaya kulitnya lebih rangup dan isinya pula tak tertanggal.

Bahan dan caranya;

  1. 3 biji telur
  2. Garam secukup rasa
  3. Caranya, kocak telur dan garam.
  4. Kemudian celupkan tauhu yang dah disumbat dengan begedil.

Bahan dan cara buat sos cicah:

  1. 6 tangkai cili kering digoreng & blend
  2. 4 tangkai cili padi siam digoreng & blend
  3. 2 ulas bawang putih
  4. 2 sudu gula perang
  5. 1 sudu sos tiram
  6. 2 sudu kicap manis
  7. Sedikit tepung gandum / tepung kentang yang dibancuh air
  8. Masak kesemua bahan hingga pekat(perasakan mengikut cita rasa)

Nota:

Selain mengunakan air fryer, anda juga boleh terus goreng hingga kekuningan mengunakan minyak.

Kredit Resepi: Cikgu Azlina Ina

4 Jejari Coklat Nestum

Bahan-bahan:

  • Roti gardenia
  • Coklat masakan
  • Nestum

Cara-cara:

  1. Potong 5 bahagian pada sekeping roti(memanjang).
  2. Bakar mengunakan air fryer pada suhu 200°C selama 7 minit.
  3. Sementara bakar roti boleh cairkan coklat masakan dengan kaedah double boil.
  4. Celupkan roti yang telah dibakar tadi dalam coklat cair.
  5. Masukkan dalam bekas nestum dan goncang-goncang bagi nestum melekat pd roti coklat tersebut.
  6. Siap untuk di hidangkan.

Kredit Resepi: FB Wan Ramlah Wan Rahimi

5 Chinta Alif Kek Marble Pelangi

Bahan-bahan:

  • 1 cawan planta
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan baking powder (tak perlu letak kalau guna tepung naik sendiri)
  • 3 biji telur gred A
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Pewarna 3 jenis (ikut warna yang kamu suka)

Cara Membuat:

  1. Pukul planta & gula sehingga kembang (Sampai planta tukar warna putih).
  2. Masukkan telur satu persatu.
  3. Kemudian, masukkan esen vanila & susu pekat(Gaul sehingga gebu)
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis.(kalau nak cepat boleh guna mixer)
  5. Bahagikan pada 3 bahagian dan masukkan warna.
  6. Letakkan dalam bekas air fryer yg sudah di sapu planta.
  7. Susun adunan selang seli warna.
  8. Bakar pada suhu 160°C selama 40minit/sehingga kek masak

Tips:

Tusuk dengan mengunakan lidi jika nak tahu kek dah masak ke belum.

Kredit Resepi: FB Eniza M. Salim

6 Puding Roti AF

Bahan dan cara buat Puding Roti:

  1. Masukkan 1 1/2 cawan susu full cream dalam bekas.
  2. Tambah 1 biji telur.
  3. Kemudian, masukkan 3 sudu besar gula.
  4. Masukkan 1 sudu besar butter/marjerin/planta.
  5. Masukkan 1 sudu teh esen vanilla
  6. Kacau semua bahan yang dicampurkan sehingga sebati.(guna mixer untuk lagi cepat)
  7. Carik/potong 7-8 keping roti Gardenia dan susun ke dalam loyang.
  8. Tuang bahan yang dikacau sehingga sebati tadi ke dalam loyang.
  9. Taburkan brown sugar, kismis dan chocolate chip.
  10. Bakar selama 20-25 minit, pada suhu 160°C.

Bahan dan cara buat Custard Sos:

  1. Masukkan 1 tin susu cair ke dalam kuali.
  2. Kemudian, masukkan 2 sudu besar tepung kastard.
  3. Masukkan 2-3 sudu besar gula.(mengikut tahap kemanisan citarasa anda)
  4. Akhir sekali, masukkan 1 sudu teh esen vanilla.
  5. Kemudian, bahan-bahan yang telah dicampurkan, kacau atas api sehingga pekat.

Nota:

  • Pastikan jangan membuka api dahulu semasa mencampurkan bahan diatas.

Tambahan:

  • Puding kalau sudah siap bakar, biar dahulu sehingga sejuk baru keluarkan daripada air fryer.
  • Jangan lupa sapu butter ke dalam air fryer supaya tidak melekat semasa keluarkan.

Kredit Resepi: Ezaieda Fazira

7 Resepi Macaroni Bakar

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus Macaroni
  • 3 ulas bawang Holland
  • 1 tin tomato puri
  • 1 tin cendawan butang
  • 1 biji lada benggala
  • 1 cwn susu cair
  • Daging/ayam cincang
  • Parutan / kepingan keju
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Oregano

Cara buat:

  1. Rebus macaroni dan letakkan sedikit garam dan minyak.(Setelah masak,ketepikan dahulu)
  2. Potong bawang dan tumis dengan minyak.
  3. Seterusnya, masukkan tomato puri, cendawan dan daging / ayam cincang.
  4. Tambahkan garam dan perasa jika perlu.
  5. Kemudian, taburkan sedikit oregano,lada hitam, dan sedikit gula.
  6. Masukkan susu cair kemudian masak hingga kuahnya pekat.
  7. Tuangkan Macaroni yang telah direbus tadi dan gaulkan ke dalam sos tadi sehingga sekata.(keluarkan dan letak dalam bekas)
  8. Tabur lada benggala yang telah dipotong dadu.
  9. Taburkan juga keju parut di atas macaroni yang telah diletakkan dalam bekas.
  10. Kemudian, Bakar dalam air fryer dengan suhu 120C selama 5minit.
  11. Siap untuk di hidangkan.

Kredit Resepi: FB Ummi Eina

Jenama Air Fryer Terbaik

Hasil resepi air fryer ini biasanya tergantung pada air fryer yang kamu gunakan.
Antara air fryer yang biasa menjadi pilihan ramai penguna di Malaysia, adalah;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *