Dapur Mangkaak,  Resepi

20 Resepi Menu Ringkas Dan Sedap, 2024

Berikut resepi menu yang ringkas tetapi sedap.

Bagi anda yang mempunyai kekangan masa di dapur, idea resepi ini sangat sesuai di gunakan.
Oleh itu, anda yang berada di artikel ini tidak perlu risau lagi. Semoga ianya membantu anda mendapatkan idea.

Jom! lihat senarai resepinya.

Baca Juga: 15 Blender Heavy Duty Terbaik & Popular Di Malaysia

Resepi Menu Ringkas

Antara resepi ringkas yang popular di Malaysia, adalah;

1 Ayam Goreng Tomyam

Kredit Foto: FB Nurul ateekah

Bahan A

  • 300 gram isi ayam (Dipotong nipis)
  • 1 batang serai(Diketuk)
  • 1 sudu makan pes tomyam beli sini
  • 5biji limau kesturi(Diambil airnya)
  • 1 pokok daun ketumbar(Dipotong kecil)
  • 1 sudu teh minyak masak
  • Garam secukupnya

Bahan B (Dihiris)

  • 5biji cili merah
  • 8biji cili api
  • 1 inci halia
  • 2 labu bawang besar

Cara Membuat :

  1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan yang dihiris dan serai yang sudah diketuk.
  2. Masukkan isi ayam dan kacau rata. Masakkan sehingga lembut
  3. Tutup api dan masukkan air perahan limau kesturi yang sudah dibancu dengan pes tomyam dan daun ketumbar.
    Kacau sehingga rata
  4. Hidangkan dengan nasi.

2 Sardin Masak Lemak Cili Api

Kredit Foto: Facebook

Bahan A

  • 1 Tin besar ikan sardin
  • 3 Tangkai daun kesum
  • 2 Cawan santan cair
  • 7 biji belimbing buluh
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar)

  • 15 Biji cili api
  • 3 Biji bawang merah
  • 1 inci kunyit hidup

Cara Membuat :

  1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat ke dalam periuk
  2. Masakkan sehingga mendidih dan sentiasa kacau supaya tidak pecah minyak
  3. Apabila mendidih, masukkan santan pekat.
  4. Kacau perlahan sehingga mendidih.
  5. Tutupkan api dan hidangkan.

3 Ikan Masak Lemak Cili Api

Kredit Foto: Facebook

Bahan A

  • 3 Potong ikan tenggiri
  • 2 cawan santan pekat (1/2 biji kelapa)
  • 10 biji belimbing buluh
  • 3 batang serai (Diketuk)
  • Garam secukup rasa

Bahan B(Dikisar)

  • 15 biji cili api
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 cawan santan cair

Cara Membuat :

  1. Bersihkan ikan dengan asammlimau dan bilas.
  2. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat ke dalam periuk
  3. Masak sehingga mendidih.
  4. Apabila mendidih, masukkan santan pekat.
  5. Kacau perlahan sehingga mendidih.
  6. Tutupkan api dan hidangkan.

4 Daging Masak Hitam

Kredit Foto: Facebook

Bahan A

  • 500 gram daging (Dipotong nipis)
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • (Dibancu dengan air)
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • (Dibancu dengan air)
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 5 sudu makan kicap pekat
  • 1/2 cawan air asamm jawa
  • Garam secukup rasa
  • Air secukup rasa
  • 3 batang serai (Diketuk)

Bahan B (Dikisar)

  • 10 biji bawang merah
  • 3 uilas bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • 15 tangkai cili kering

Cara Membuat :

  1. Pansakan minyak dan tumiskan serai bahan yang dikisar bersama bancuhan jintan manis
    dan jintan putih sehingga wangi.
  2. Masukkan daging dan sedikit air. Biarkan sehingga lembut.
  3. Apabila sudah lembut, masukkan kicap dan air asam jawa.
  4. Masak sehingga pekat dan pecah minyak.
  5. Apabila suda masak, boleh hidangkan.

5 Udang Kasturi

Kredit Foto: Sesimple Loralin

Bahan A

  • 4 ekor udang besar
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 3 batang serai (Diketuk)
  • 5 tangkai kacang pis
  • 5 biji limau kasturi (Diambil airnya)
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Untuk Tumis)

  • 5 biji cili api(Ditumbuk)
  • 5 biji cili merah (Dihiris)
  • 1 biji cili hijau(Dihiris)
  • 2 sudu makan minyak masak.

Cara Membuat :

  1. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bahan tumis sehingga wangi.
  2. Masukkan udang, kacang pis, bawang besar dan garam. Kacau sehingga rata.
  3. Tutupkan api dan tuangkan air limau kasturi. Kemudian kacau lagi.
  4. Sedia dihidanghkan.

6 Udang Lemon

Bahan-bahan

  • 300 gram udang besar
  • (Dibelah belakang dan dibersihkan)
  • 5 ulas bawang putih (Ditumbuk halus)
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 biji le,om
  • sedikit daun bawang (Dicincang halus)

Cara Membuat :

  • Panaskan mentega dan tumiskan bawang putih dan halia.
  • Masukkan udang dan kacau rata.
  • Keluarkan udang dari kuali dan perahkan lemon ke dalam kuali.
  • Tuangkan sos di atas udang yang sudah disusun dalam pinggan.
  • Taburkan daun bawang.
  • Sedia dihidang.

7 Tauhu dan Kucai Masak Lemak

Bahan-bahan

  • 4 keping tauhu lembut
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan air
  • 3 tangkai daun kucai (Dipotong pendek)
  • 2 biji cili merah ( Dihiris)
  • 1 labu bawang besar holland (warna putih (Dihiris)
  • 2 sudu makan udang kering
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa.

Cara Membuat :

  1. Masukkan semua bahan kecuali santan dan serbuk kunyit ke dalam periuk.
  2. Masakkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan santan dan serbuk kunyit
  4. Kacau perlahan sehingga mendidih.
  5. Sedia dihidangkan.

8 Kerutuk Daging

Kredit Foto: FB

Bahan A

  • 1 Kilogram daging
  • 4 cawan santan (1biji kelapa )
  • 4 Sudu makan rempah kerutuk
  • 2 sudu makan gula merah
  • 1 inci kulitn kayu manis
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 3 keping asam gelulur
  • garam secukup rasa
  • Bawang goreng

Bahan B (Dikisar)

  • 15 tangkai cili kering
  • 10 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 inci halia
  • 3 inci lengkuas

Cara membuat :

  1. Daging dipotong nipis. Basuh dan toskan.
  2. Bancuh bahan B dengan rempah kerutuk.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bancuhan tadi. Kacau sehingga naik minyak dan wangi.
  4. Masukkan daging dan kacau rata.
  5. Masukkan santan, asam gelugur, gula dan garam. Masak dengan api perlahan.
  6. Biarkan masak sehingga pekat dan naik minyak.
  7. Sedia dihidangkan.

9 Rendang Ayam

Kredit Foto: FB Zarra Arani

Bahan A

  • 1 ekor ayam
  • 2 cawan santan pekat (1 biji kelapa)
  • 1/2 cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit (Dikoyak halus)
  • garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar)

  • 3 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 3 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit
  • 15 tangkai cili kering
  • 15 biji cili api

Cara Membuat :

  1. Ayam dibuang dan dipotong kecil
  2. MaSukkan semua bahan ke dalam kuali besar dan kacau sehingga sebati.
  3. Masak dengan api sederhana sehingga ayam lembut dan kuahnya sebati.
  4. Sedia dihidangkan apabila sudah pekat.

10 Asam Pedas Bungkus

Bahan A

  • 400 gram ikan pari
  • 1 cawan air asam jawa
  • 3 tangkai daun kesum
  • 5 tangkai daun ketumbar
  • 2 batang serai
  • 6 biji bendi
  • 1 biji tomato (Dipotong 4)
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar)

  • 15 tangkai cili kering
  • 1 labu bawang besar
  • 3biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh serbuk kunyit

Cara Membuat :

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan air asam jawa, garam, daun kesum, kemudian biarkan sehingga mendidih dan pekat.
  3. Susunkan ikan, bendi, tomato, serai, dan daun ketumbar di dalam aluminium foil. (Bungkus dan lipatkan)
  4. Masukkan ke dalam kuali dan panaskan 20minit.
  5. Angkat dan hidangkan dengan nasi putih dan ikan masin.

11 Kerabu Kubis

Kredit Foto: FB

Bahan-bahan

  • 1/2 biji kubis manis bulat
  • 1 batang timun (saiz kecil)
  • 1 batang lobak merah (saiz kecil)
  • 5 biji cili merah dan hijau
  • 1 labu bawang besar
  • 1 sudu makan kapur sirih (Dibancuh dengan sedikit air)
  • 3 sudu makan cuka
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

Cara Membuat :

  1. Semua sayur dihiris halus.
  2. Rendamkan dengan air kapur sehingga sayur tenggelam selama 30 minit.
  3. Bancuhkan cuka, gula dan garam.
  4. Toskan sayur sehiungga air kapur tadi benar-benar kering.
  5. Gaulkan sayur dengan cuka, gula dan garam
  6. Sedia dihidangkan.

12 Telur Masak Kicap

Bahan-bahan

  • 4 biji telur
  • 1 biji cili merah (Dihiris kasar)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris kasar)
  • 1/2 cawan kicap
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 pokok daun sup (Dipotong pendek)
  • 1/2 cawan minyak masak

Cara Membuat :

  1. Panaskan minyak dan gorengkan telur satu persatu. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan bawang besar dan cili merah.
  3. Masukkan kicap dan sos tomato. Kacau rata.
  4. A[pabila mendidih, masukkan daun sup dan tutupkan api.
  5. Tuangkan di atas telur goreng tadi
  6. Sedia dihidangkan.

13 Bergedel Tauhu

Bahan A

  • 4 keping tauhu lembut
  • 200 gram kentang (Dorebus dan dihancurkan)
  • 200 gram udang (Dibuang kulit dan dipotong kecil)
  • 2 biji cili merah
  • 2 pokok daun bwang(Dicincang halus)
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Garam secukup rasa

Cara Membuat :

  1. Hnacurkan tauhu lembut.
  2. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk dan gaul rata.
  3. Bentukkan adunan menjadi bulat dan leper.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali.
  5. Celupkan adunan di dalam telur dan gorengkan dengan api yang kecil
  6. Angkat dan toskan.
  7. Hidangkan dengan sos cili.

14 Kambing Kismis

Bahan A

  • 500 gram daging kambing
  • 2 sudu makan serbuk rempah kurma
  • 1 cawan kismis hitam
  • 2 cawan santan (1/2 biji kelapa)
  • 2 biji tomato (Dipotong 4)
  • 4 biji cili merah
  • Garam secukup rasa

Bahan B ( Bagi Menumis) 

  • 3 biji bawang merah (Dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 2 inci halia (Dihiris)
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah kelapa

Cara Membuat :

  1. Tumiskan bahan tumis dan kismis sehingga wangi.
  2. Masukkan daging yang sudah diperap dengan rempah kurma. Kemudian kacau rata.
  3. Masukkan santan dan masak sehingga daging lembut dan pecah minyak.
  4. Hidangkan bersama nasi.

15 Hati Goreng Berempah

Bahan A

  • 400 gram hati lembuh
  • 2 labu bawang besar Holland-warna putih(Dipotong gelang)
  • 2 biji tomato (Dipotong 4)
  • 3 biji cili hijau (Dipotong menyerong)
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar)

  • 1 1/2 inci halia
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan rempah kari daging
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh lada hitam

Cara Membuat :

  1. Panaskan minyak dan tumiskan daun kari. Masukkan bahan yang dikisar dan kacau.
  2. Masukkan hati lembuh. Kacau sebati dan biarkan reneh sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan bawang besar, cili hijau, tomato, dan garam.
  4. Kacau lagi dan biarkan pecah minyak sekali lagi.
  5. Sedia dihidangkan.

16 Ikan Tumis Asam

Bahan A

  • 2 potong ikan tenggiri
  • 1 cawan air asam jawa
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 biji tomato (Dipotong 4)
  • minyak masak
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Dihiris)

  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 biji cili hijau
  • 1 biji cili merah
  • 1 labu bawang besar

Cara Membuat :

  1. Bersihkan ikan dan gaul dengan serbuk kunyit dan garam.
  2. Goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis semua bahan yang dihiris.
  4. Apabili layu sedikit, ,masukkan air asam jawa dan serbuk kunyit.
  5. Apabila sudah mendidih, masukkan ikan dan tomato.
  6. Sedia dihidangkan.

17 Peria Goreng Lada Hitam

Bahan A

  • 1 Biji peria
  • 2 biji telur
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar )

  • 1 sudu makan lada hitam
  • 2 biji cili merah
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

Cara Membuat :

  1. Peria dibelah 2 dan dibuangkan biji. Hiris lebih kurang 1/2 inci tebal dan rendamkan dengan air garam.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi.
  3. Toskan peria dan masukkan ke dalam kuali. Kemudian kacau rata
  4. Pecahkan telur di dalam kuali dan kacau rata.
  5. Pecahkan telur di dalam kuali dan kacau rata. Biarkan sebentar.
  6. Sedia dihidangkan.

18 Terung Goreng

Kredit Foto: FB Masz Eyrra

Bahan A

  • 2 biji terung panjang (Dibelah 2 dan dipotong di tengah)
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 cawan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Dihiris)

  • 1labu bawang besar
  • 10 biji cili api
  • 5biji cili merah

Cara Membuat :

  1. Terung digaulkan dengan garam dan serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak dan goreng seperti menggoreng ikan sehingga garing.
  3. Apabila garing, angkat dan ketepikan.
  4. Tinggalkan sedikit minyak dan tumiskan bawang. besar, cili api dan cili merah sehingga wangi.
  5. Angkat bawang dan cili kemudian tuangkan di atas terung.
  6. Hidangkan dangan nasi putih.

19 Sup Cendawan

Bahan A

  • 2 paket cendawan (Dikoyak)
  • 1 batang lobak merah (Dipotong kecil)
  • 100 gram udang (Dibuang kulit)
  • 2 cawan air
  • 1 pokok daun sup (Dipotong pendek)
  • 1 pokok daun bawang (Dipotong pendek)
  • 2 Sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar)

  • 3 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih

Cara Membuat :

  1. Basuh semua sayur dan toskan.
  2. Pansakan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris dan udang sehingga wangi.
  3. Masukkan air dan garam. Masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan cendawan tiram dan lobak merah. Biarkan sehingga mendidih sekali lagi.
  5. Tutup api kemudian masukkan daun bawang dan daun sup.
  6. Sedia dihidang.

Baca Juga: 16 Set Pisau Dapur Terbaik & Popular Di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *