Pencuci Mulut,  Resepi

11 Koleksi Resepi Sarapan Pagi Mudah & Sedap

Berikut adalah koleksi resepi sarapan pagi yang mudah di sediakan dan sedap.

Rutin sarapan pagi sebelum memulakan aktiviti harian adalah sesuatu yang wajib bagi masyarakat di Malaysia.
Lagipula, pakar pemakanan menyarankan pengambilan sarapan untuk kesihatan.

Oleh itu, anda yang berada di artikel ini pastinya sedang mencari idea dalam penyediaan sarapan pagi.
Tepat! kami ada sediakan beberapa koleksi resepi sarapan pagi yang mungkin anda boleh cuba.
Jom! lihat resepinya.

Resepi Sarapan Pagi

Antara koleksi resepi sarapan pagi yang popular di Malaysia, adalah;

1 Samosa Daging


Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 400 gm daging kisar – ramly
  • 2 biji kentang – dipotong dadu kecil
  • 2 labu bawang besar – dipotong dadu kecil*
  • 3 ulas bawang putih – tumbuk*
  • 2 sudu serbuk kari daging
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Daun sup – potong halus

Cara penyediaan:

  1. Panaskan 2 sudu minyak masak, tumiskan bahan bertanda * hingga kekuningan.
  2. Masukkan serbuk kari, daging dan kentang, masak diatas api kecil hingga kentang menjadi lembut, letak sedikit air jika perlu.
  3. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
  4. Akhir sekali masukkan daun sup, sejukkan.
  5. Ambil sekeping kulit popia, isikan inti ke atas kulit popia tu, tutup lipat tiga segi dan gamkan menggunakan putih telur. Ulang hingga habis.
  6. Panaskan minyak, goreng hingga garing. Siap sedia untuk dihidangkan.

2 Sandwic Creamy Sramble Egg

Resepi ini sesuai untuk mengolah roti yang dah nak expired.

Bahan Inti:

  • 5 biji telur
  • 1 sudu teh herba Itali
  • Secubit lada hitam
  • Secubit lada sulah
  • Sedikit mentega
  • 200gm cheezy mayo
  • 100gm mayones

Bahan Sandwic:

  • Roti
  • Sayur salad
  • Timun Jepun -dipotong bulat
  • Tomato -dipotong bulat

Cara penyediaan:

  1. Pecahkan telur ke dalam bekas dan pukul sebati.
  2. Masukkan sedikit herba itali, garam, lada hitam dan lada sulah. Kacau rata.
  3. Panaskan kuali dengan mentega dan goreng telur separa masak.
  4. Angkat telur dan gaulkan bersama cheezy mayo dan mayones.
  5. Sedia dihidangkan bersama roti, daun salad, timun dan tomato. Hias mengikut kreativiti anda.

3 Lempeng Kelapa


Bahan-bahan:

  • 3 cawan kelapa parut
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu baking powder
  • 2 cawan air
  • garam secukup rasa
  • Lauk Pencicah

Pilih pencicah yang kamu suka, seperti;

  • Sambal tumis
  • Kari Ayam
  • Sambal telur pecah
  • Kuah asam pedas
  • Tabur gula atau makan tanpa pencicah pun boleh.

Cara penyediaan:

  1. Satukan semua bahan.
  2. Kacau hingga rata, tambah air kalau perlu dan rehatkan adunan sekejap.
  3. Panaskan non-stick pan kemudian sapu dengan sedikit minyak masak.
  4. Sendukkan 1/3 cawan adunan dan ratakan. Masak diatas api yang sederhana.
  5. Terbalikkan lempeng dan masak lagi hingga sedikit garing.
  6. Hidangkan bersama sambal tumis atau boleh juga dimakan dengan kuah kari.

4 Bihun Goreng


Bahan-bahan:

  • 1 bungkus bihun – direndam hingga lembut & tos
  • 1 mangkuk karot – hiris memanjang
  • 1 mangkuk kubis
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap lemak manis Jalen
  • Garam, gula dan serbuk perasa jika suka
  • Minyak masak

Bahan tumbuk;

  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 genggam udang kering – direndam

Cara penyediaan:

  1. Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata sehingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan pula cili kisar dan kacau rata. Kecilkan api dan masak sehingga cili naik minyak.
  3. Tuangkan sedikit air, sos tiram, kicap, gula dan garam secukupnya.
  4. Masukkan lobak merah dan kobis.
  5. Kemudian masukkan bihun kacau rata sehingga bihun lembut dan empuk.
  6. Goreng lama hingga semua bahan sebati.
  7. Tutup api dan hias dengan cili potong, daun bawang dan bawang goreng jika suka.

5 Murtabak Popia


Bahan-bahan:

  • Ayam kisar / dada ayam dicincang
  • 1 biji bawang besar dicincang
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 2 paket rempah kari dicairkan
  • 3 biji kentang dipotong dadu
  • 1 kiub ayam
  • 2 biji telur
  • Daun bawang dan daun sup dicincang
  • Serbuk perasa
  • Kulit murtabak -Guna kulit popia.

Cara penyediaan:

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau wangi.
  2. Masukkan rempah kari yang telah dicairkan.
  3. Tumis sehingga pecah minyak lepastu baru boleh masukkan ayam kisar / dada ayam yg dicincang.
  4. Masukkan kentang dan sedikit air (agak agak tenggelam bahan2 tumisan tadi).
  5. Masukkan 1 kiub ayam dan bahan perasa.
  6. Tunggu sehingga kentang empuk dan bahan inti betul2 kering.
  7. Lepas inti dah masak. Sejukkan sebentar. Seterusnya masukkan 2 biji telur, daun bawang, daun sup dan bawang besar yg dimayang halus. Kacau sebati.
  8. Ambil 3 sudu inti tadi ( ikut la nak inti banyak mana, nak inti bnyak letak la 5 sudu ke) dan letak atas kulit popia.
  9. Guna dua helai agar kulit popiah tidak pecah.
  10. Lipat murtabak kita tu tadi mcm cara nak lipat sampul surat. Siap untuk digoreng.

6 Apam Lenggang Lemak Manis

Sangat sedap jika di cicah dengan sambal tumis ikan bilis. Boleh cuba cicah sambal sky tiger atau Sambal Opah.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1-2 sudu makan yis kering (tak perlu membukit)
  • 3 sb gula
  • Sedikit garam
  • 3/4 cawan air suam.

Cara penyediaan:

  1. Satukan dan kacau tutup biarkan 30 minit.
  2. Masukkn 1 biji telur
  3. 1/2 cawan santan pekat tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.
  4. Panaskan kuali. Mengunakan kuali non stik lagi bagus.
  5. Tuang 1 senduk dan lenggangkan kuali. (Sebab ini namanya apam lenggang).
  6. Tutup kuali dengan penutup, kemudian gulung.

7 Bubur Campur


Bahan A

  • Beras 2 pot
  • Air bergantung pada jenis beras yg anda gunakan.
  • Santan pekat 250ml
  • Sedikit daging ( dipotong dadu)
  • Sedikit ayam( dipotong kecil)
  • Udang 6 – 7 ekor @ ikut hati nak banyak mana.
  • Sup bunjut 1
  • Kiub ayam – 2 ketul
  • Sedikit garam

Bahan B

  • Bawang merah 15 ulas(dihiris nipis)
  • Bawang putih 1 labu(dihiris nipis)
  • Halia (dihiris halus)
  • Kulit kayu manis
  • Buah pelaga
  • Bunga lawang
    Minyak masak
  • Minyak masak
  • minyak sapi utk menumis

Cara penyediaan:

  1. Masak beras hingga kembang, kemudian masukkan bahan A.
  2. Bahan B perlu ditumis dlm kuali yg asing sehingga bau wangi. Lepas baru dituang ke dlm periuk.

8 Cekodok Pisang

Hidangan ini sangat sedap dan sesuai di hidangkan bersama kopi atau teh panas. Selain sesuai untuk hidangan sarapan pagi, ianya juga sesuai untuk minum petang.

Bahan-bahan:

  • 8 biji pisang emas
  • 3/4 camca sudu teh soda bikarbonat
  • 1 camca besar gula perang@ 1/3 camca besar gula halus
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 camca teh garam halus
  • 1/8 sudu teh baking powder
  • 1 biji telur
  • Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

  1. Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarbonat hingga hancur.
  2. Masukkan tepung, baking powder, telur dan gaul sehingga sebati. Perap 30 minit.
  3. Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana.
  4. Basahkan hujung jari dalam air, jemputkan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak-banyak, sebab ianya akan kembang.
  5. Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok.
  6. Angkat dan toskan.
  7. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap.Hidangkan.

9 Nasi Lemak Ayam Berempah

Hidangan ini adalah paling popular dalam masyarakat di Malaysia.
Selain ianya mudah disediakan, ianya juga sangat sedap dan memenuhi citarasa Malaysia.

Bahan-bahan (Nasi Lemak)

  • 4 cawan beras biasa – dibasuhkan dan ditoskan
  • 2 cawan santan + 4 cawan air
  • 2 helai daun pandan – disiat dan disimpul
  • 1 inci halia – ditumbuk hingga pecahMinyak masak 1 sudu besar
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Beras dibasuh bersih dan ditoskan.
  2. Gaul dengan garam,gula dan minyak masak. Ketepikan sebentar.
  3. Campurkan 2 cawan santan bersama air 4 cawan.
  4. Masakkan nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.
  5. Selepas nasi masak, karih menggunakan senduk agar santan dan bahan-bahan sebati dan wangi.

Bahan-bahan(Ayam Berempah)

  • Halia
  • Lengkuas
  • Serai
  • Lada kering anggaran 5 batang (gunting dan rendam)
  • 1biji telur
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan halus
  • 1 sudu besar serbuk jintan kasar
  • 1 sudu besar garam halus
  • Daun kari 2 pelepah
  • Kelapa parut
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (potong 16)

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan ayam dan tos.
  2. Perapkan ayam dengan semua bahan iaitu bahan kering dan bahan kisar.
  3. Goreng menggunakan minyak yang banyak.
  4. Goreng sehingga masak dan garing.
  5. Angkat dan toskan minyak.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

10 Cucur Udang

Hidangan ini juga popular di Malaysia. Ianya sangat sesuai di makan bersama sos cili Thai.

Bahan-bahan:

  • 500gm tepung gandum
  • 250gm taugeh
  • 150gm daun bawang – potong kecil
  • 150gm bawang besar – slice
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 biji telor
  • Udang – buang kulit
  • Lobak merah – optional
  • Cili merah – optional

Cara penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan bersama air sedikit demi sedikit sehinga sebati.
  2. Biarkan adunan selama 30 minit sebelum digoreng.

Nota:
Goreng dengan api perlahan supaya garing di luar dan lembut di dalam

11 Lempeng Mee Segera

Hidangan ini agak unik. Namun, ianya resepi yang sedap dan mampu menarik hati kepada pengemarnya.

Bahan-bahan:

  • 2 bungkus mee perisa kari
  • 4 biji telur
  • beberapa ekor udang
  • 1/2 biji bawang besar didadu kecil.
  • 1 biji tomato didadu kecil
  • sedikit capsicum merah dan hijau didadu
  • sedikit daun sup dan daun bawang dihiris nipis

Cara penyediaan:

  1. Mee direbus, ditoskan airnya dan dikerat-kerat pendek.
  2. Udang dibuang kulit dan dipotong kecil.
  3. Masukkan ke semua bahan di atas ke dalam mangkuk beserta dengan dua bungkus perasa mee maggi.
  4. Goreng di dalam minyak panas dengan api sederhana besar.
  5. Toskan dan hidang.
  6. Cicah dengan sos cili api agromas. Kalau tiada cicah dengan sos cili apa pun boleh.

Baca Juga: Resepi Ikan Masin Lada Putih Ringkas dan Sedap
Kredit kepada pemilik resepi asal dan gambar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *