Resepi Tapai Pulut Sedap & Mudah
Berikut resepi tapai pulut yang mudah dan sedap.
Tapai pulut adalah sejenis pencuci mulut yang popular di Malaysia, terutamanya di kalangan masyarakat Melayu di pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan.
Ia dibuat dengan cara menapai beras pulut dengan ragi.
Selepas itu, tapai pulut akan dibungkus dengan daun pisang atau daun getah dan dibiarkan untuk mengalami proses penapaian selama beberapa hari.
Adakah Ianya HALAL?
Menurut Majlis Fatwa Malaysia, tapai pulut adalah halal untuk dimakan kerana kandungan alkohol yang terkandung di dalamnya adalah sangat sedikit dan tidak memabukkan.
Kebaikan Tapai Pulut
Tapai pulut mengandungi sumber probiotik yang tinggi dan mampu meningkatkan sistem imun dalam tubuh badan kita.
Selain itu, ia juga mempunyai khasiat lain. Antaranya;
- Air tapai mengandungi vitamin B1 yang diperlukan oleh saraf, sel otak, dan sistem pencernaan.
- Air tapai mampu mengeluarkan racun dan toksik dari dalam tubuh badan manusia.
- Mencegah terjadinya anemia.
- Merawat masalah sistem usus dan gastrik
Resepi Tapai Pulut
Berikut bahan dan cara-cara membuat tapai pulut yang betul.
Bahan-bahan:
- 1 kg beras pulut
- Ragi
- Daun pisang (boleh gantikan dengan daun getah)
- Plastic Wrap
- Lidi
Cara-cara:
- Cuci beras pulut hingga bersih. (Rendam sebentar)
- Masukkan pulut dalam kukusan. (Bekas pengukus)
- Selepas dikukus masukkan dalam bekas/besen untuk diuli.
- Kemudian masukkan dalam kukusan sekali lagi. (Kukus untuk kedua kali)
- Selepas itu, angkat dan letakkan di dalam bekas/talam biarkan pulut sejuk.
- Setelah sejuk, lebih kurang setengah atau 1 jam (pastikan pulut betul-betul sejuk) masukkan ragi.
- Ragi perlu di tapis dan tabur pada semua permukaan pulut.
- Kemudian terbalikkan pulut untuk tabur ragi di bahagian yang belum ditabur.
- Daun pisang mestilah dilap terlebih dahulu dengan kain bersih.
- Ambil sudu dan letakan nasi pulut yang telah di letakan ragi tadi atas daun. (Kuantiti mengikut kesesuaian lebar daun)
- Selepas itu bungkus tapai tu dan sematkan dengan lidi.
- Gunting bahagian hujung daun untuk lebih rapi.
- Simpan 4-5hari kemudian ianya boleh di hidangkan.
Berapa Lamakah Tapai Diperam?
Secara spesifiknya, tiada maklumat yang tepat untuk tempoh peram tapai.
Walau bagaimanapun, menurut Pusat Penyelidikan Pertanian Malaysia, tapai yang telah dimasak akan mengeluarkan air yang sangat manis.
Sekiranya menggunakan beras pulut hitam, peramlah tapai tersebut selama 3-4 hari supaya ia betul-betul masak.
Tapai yang telah masak itu tidak boleh disimpan lama. (Jika lebih lama, kandungan alkohol akan meningkat dan akan boleh memabukan)
Ia hanya boleh bertahan selama dua hari sahaja dan selepas itu tapai tersebut menjadi masam.
Selamat Mencuba!
Bahan Utama
Bahan-bahan utama mungkin sukar anda dapatkan, apatah lagi jika anda berada di tengah kota raya.
Oleh itu, berikut senarai bahan-bahan utama tersebut dalam pasaran online untuk mudah anda dapatkan.
1 Ragi Tapai Manis
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di lazada
- Sesuai untuk buat tapai pulut, ubi dan nasi.
- 1 Biji sesuai untuk 1kg Beras.
2 PERIUK DESINI NON-STICK
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di lazada
- Nama Produk :GLUTINOUS RICE (SUSU)/Beras Pulut
- Import :Thailand
- Berat :1kg
3 Tapai Pulut Homemade Manis
Kalau nak rasa tapai pulut readymade pun ada kat pasaran online.
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di lazada
4 Daun Pisang Gred AAA
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di lazada
Baca juga: Resepi Ikan Siakap Stim Limau yang Sedap dan Sihat