-
Cara Simpan Sayur agar Tahan Lama yang Betul & Berkesan
Simpan sayur tahan lama adalah satu kemahiran penting untuk mengurangkan pembaziran makanan dan menjaga bekalan makanan yang berkhasiat. Dalam artikel ini, kita akan kongsi cara yang betul dan berkesan untuk menyimpan sayur agar kekal segar lebih lama. Jom! Kita semak caranya sama-sama. Cara Simpan Sayur yang Betul Berikut beberapa cara simpan sayur agar tahan lama serta kualiti khasiatnya tetap terjamin. Antaranya, ialah; Basuh Sayur Terlebih Dahulu Sebelum menyimpan sayur, pastikan untuk mencuci mereka dengan bersih. Ini akan menghilangkan kotoran dan bakteria yang boleh merosakkan sayur-sayuran. Keringkan dengan Baik Selepas mencuci, pastikan untuk mengeringkan sayur-sayuran sepenuhnya. Anda boleh menggunakan kertas tisu atau tuala dapur untuk tujuan ini. Kelembapan berlebihan boleh mempercepatkan…
-
5 Rempah Sup Terbaik & Paling Popular Di Malaysia, 2023
Rempah sup merupakan bahan asas dalam memasak sup. Ia adalah bahan rahsia yang memberikan rasa yang sedap dan sesuai kepada pelbagai jenis sup. Artikel ini akan membawa anda untuk mengenali lebih mendalam tentang ramuan sup dan memberi pengetahuan baru dalam masakan anda. Semoga ianya memberi manfaat kepada anda. Apa itu Rempah Sup? Ianya adalah campuran rempah dan herba yang digunakan untuk memberikan rasa unik dan sedap. Ia terdiri daripada pelbagai bahan seperti kayu manis, bunga lawang, ketumbar, jintan putih, halia, bawang putih, dan bawang merah, antara lain. Gabungan bahan-bahan ini memberikan pelbagai lapisan rasa yang memuaskan. Keunikan Rempah Sup Ianya unik kerana boleh memberikan rasa pedas, masam, manis, dan gurih…
-
Berus Periuk: Perkakasan Dapur Yang Penting
Berus periuk adalah salah satu perkakasan dapur yang sering diabaikan, tetapi memainkan peranan penting dalam proses memasak dan penyediaan makanan yang sihat. Memilih yang sesuai adalah penting untuk memastikan makanan yang dimasak selamat dan berkualiti. Di Malaysia, ada banyak pilihan perkakas dapur ini yang boleh dipilih. Hal ini pastinya menyukarkan anda membuat pilihan. Oleh itu, Jom! kita bincangkan tentang topik ini agar lebih mudah untuk anda membuat pilihan. Tips Memilih yang Terbaik & Selamat Memilih sesuatu produk haruslah yang terbaik dan memenuhi keperluan yang diperlukan. Selain itu, ianya juga harus selamat digunakan. Antara tips memilih yang boleh diamalkan sebelum membuat pembelian, adalah; Bahan Berkualiti Pertama sekali, apabila memilih berus periuk,…
-
Resepi Ikan Siakap Stim Limau yang Sedap dan Sihat
Ikan siakap stim limau adalah hidangan yang popular di kalangan masyarakat Malaysia. Ia tidak hanya sedap, tetapi juga sihat kerana menggunakan bahan-bahan semula jadi yang kaya dengan nutrien. Ikan siakap stim limau juga terkenal kerana rasanya yang segar, pedas, dan masam, yang pasti memukau lidah anda. Di sini, kami akan berkongsi dengan anda resepi ikan siakap stim limau yang lengkap. Bahan-bahan: 1 ekor ikan siakap bersaiz sederhana (lebih kurang 500g – 700g) 1 biji limau nipis, perah untuk mendapatkan jusnya 2 ulas bawang putih, cincang halus 2 inci halia, cincang halus 2 batang serai, hiris halus 4 helai daun limau purut 2 sudu besar minyak masak Garam secukup rasa Gula…
-
12 Mesin Pembuat Aiskrim Terbaik dan Telaris Di Malaysia, 2023
Berikut mesin pembuat aiskrim terbaik dan popular di gunakan di Malaysia. Aiskrim merupakan hidangan sejuk yang popular di kalangan semua peringkat umur. Kini, dengan kemajuan teknologi, kita dapat menikmati aiskrim buatan sendiri dengan mudah. Kita hanya perlu sediakan bahan-bahan mengikut cita rasa yang kita inginkan. Mesin pembuat aiskrim merupakan inovasi kepada pengguna untuk mencipta pelbagai jenis aiskrim dengan kreativiti tanpa perlu keluar dari rumah. Fungsi dan Cara Kerja Mesin Pembuat Aiskrim Mesin pembuat aiskrim adalah peralatan untuk menggabungkan dan membekukan bahan-bahan seperti susu, gula, dan perisa. Mesin ini biasanya terdiri daripada dua bahagian utama; Bekas pembeku dan Pengadun. Cara kerjanya adalah seperti berikut; Penyediaan Adunan Campurkan bahan-bahan seperti susu, gula,…
-
10 Makanan Tradisional Sabah Paling Popular
Berikut makanan tradisional yang boleh di jumpai di Sabah. Sabah, salah satu negeri di Malaysia yang terletak di Borneo, terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan juga keunikan budaya makanannya. Makanan tradisional Sabah mempunyai rasa yang unik dan berbeza daripada negeri-negeri lain di Malaysia. Senarai Makanan Tradisional Sabah & Cara Penyediaannya Dalam artikel ini, kami akan senaraikan beberapa makanan tradisonal Sabah yang paling popular dan cara membuatnya. 1 Hinava Hidangan ikan segar yang dicampur dengan bawang merah, bawang putih, cili, dan jus limau nipis. Biasanya dimakan sebagai hidangan pembuka atau hidangan sampingan. Bahan-bahannya; Ikan segar Bawang merah Bawang putih Cili Serai Buah limau nipis Garam Cara membuatnya; Cuci dan potong…
-
15 Dapur Gas Infrared Terbaik & Paling Laris Di Malaysia, 2023
Dapur gas infrared telah menjadi pilihan utama di kalangan penggemar memasak di Malaysia. Keupayaan untuk menghasilkan suhu tinggi dengan cepat menjadikannya pilihan yang ideal untuk memasak pelbagai jenis hidangan. Artikel ini akan senaraikan beberapa dapur gas infrared terbaik dan popular di Malaysia yang pastinya akan memenuhi keperluan memasak anda. Kebaikan Dapur Gas Infrared Antara sebab dapur jenis ini semakin popular di malaysia secara ringkasnya adalah seperti berikut: Kurang asap sehingga 90%. Api tanpa jelaga. Mudah di gunakan seperti dapur gas biasa. Tahan karat dan tahan lasak kerana permukaannya diperbuat daripada bahan tahan karat. Makanan dimasak dengan lebih cepat disebabkan api lebih panas. Pengunaan gas juga lebih jimat jika di bandingkan…
-
12 Tips Jimat Elektrik yang Perlu Anda Ketahui & Amalkan
Berikut tips jimat elektrik yang lengkap untuk panduan penjimatan pengunaan tenaga elektrik di rumah. Tenaga elektrik adalah keperluan utama dalam kehidupan moden kini. Tetapi, jika ianya tidak di urus dengan baik, ianya sudah pasti menjadi keperluan yang membebankan. Tambahan pula, ekonomi di Malaysia pada hari ini semakin mencabar, kita semua perlu bijak dalam pengurusan kewangan. Penggunaan elektrik yang tidak dikawal dan kurang efektif boleh menyebabkan berlakunya pembaziran. Tetapi, dengan kaedah yang betul, anda boleh mengurangkan bil utiliti anda serta menjimatkan duit. Senarai Panduan Tips Jimat Elektrik Berikut adalah beberapa tips penjimatan elektrik yang boleh membantu anda mengurangkan penggunaan tenaga elektrik, antaranya; 1 Gunakan Lampu LED Gantikan lampu pijar dengan lampu…
-
10 Beg Travel [Luggage] Terbaik & Tahan Lasak Di Malaysia, 2023
Apabila merancang untuk melancong, mempunyai beg travel yang tahan lasak dan bagus adalah satu kemestian. Pemilihan beg travel yang betul sangat penting. Ianya dapat membantu menyimpan barang-barang penting dengan selamat. Selain itu, ia juga akan memberikan keselesaan serta memudahkan apabila bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Mengenali Jenis Beg Travel [Luggage] Beg travel telah mengalami perkembangan dari zaman dulunya yang terdiri daripada beg kulit dan kotak. Hari ini, kita mempunyai pelbagai pilihan yang direka khusus mengikut keperluan dan gaya pengembaraan yang berbeza. Beg Roda Jenis ini menawarkan kemudahan dengan pegangan yang boleh ditarik dan roda yang mudah digunakan. Ia juga memudahkan pergerakan anda di tempat ramai seperti kawasan lapangan…
-
Resepi Hinava: Bahan & Langkah-langkah penyediaan yang betul
Hinava adalah hidangan tradisional yang berasal dari suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah, Malaysia. Hidangan ini adalah sebahagian daripada budaya dan masakan orang Kadazan-Dusun. Biasanya makanan ini akan dihidangkan pada majlis-majlis khas, seperti perayaan kebudayaan, dan juga sebagai hidangan harian. Namun kini, ianya telah menjadi menu masakan kedai makan tertentu di Sabah. Anda yang berada di artikel ini pastinya tertarik untuk membuat dan merasai makanan tradisional ini. Oleh itu, berikut ialah cara biasa untuk menbuat hinava. Resepi Hinava Antara proses membuatnya, adalah; Bahan yang diperlukan: Ikan segar (biasanya makanan laut seperti Ikan Tenggiri atau Ikan Tongkol) Bawang Merah Cili merah (secukup rasa) Daun ketumbar Jus limau (cuka buatan pun boleh) Garam…