Resepi
Dalam kategori ini, kami akan memberikan cadangan resepi yang mampu memberikan idea kepada anda.
-
10 Jenis Mi Maggi yang Popular & Laris Di Malaysia 2023
Berikut senarai mi maggi yang popular dan laris di Malaysia. Sejarah Di Sebalik Jenama Maggi Rakyat Malaysia dan Maggi adalah makanan yang tidak dapat dipisahkan. Sebut sahaja mengenai mi Maggi pasti ada yang akan mengimbau kenangan ketika zaman persekolahan dan universiti. Bukan sahaja dijual pada harga yang berpatutan malah “Mi Maggi cepat dimasak, lazat dimakan”. Kebanyakan orang pasti ingat Maggi hanyalah jenama mi segera. Tapi sebenarnya Maggi merupakan nama pengasas syarikat tersebut. Bagi pasaran Malaysia, Maggi telah di perkenalkan oleh jenama Nestle. Pada tahun 1969, produk awal yang di perkenalkan adalah produk berasaskan sos iaitu sps tomato dan cili. Kemudian, awal 70-an mi segera berperisa kari mula di perkenalkan. Kini,…
-
10 Resepi Maggi yang Mudah & Sedap Wajib Di Cuba
Berikut koleksi resepi maggi yang sangat sedap dan wajib anda cuba. Maggi merupakan satu jenama yang sangat popular Di Malaysia. Rakyat Malaysia dan Maggi adalah makanan yang tidak dapat dipisahkan. Ianya sangat di gemari dalam pelbagai golongan. Sebut sahaja mengenai mi Maggi pasti ada yang akan mengimbau kenangan ketika zaman persekolahan dan universiti. Bukan sahaja dijual pada harga yang berpatutan malah “Mi Maggi cepat dimasak, lazat dimakan”. Di Malaysia maggi yang paling femes ialah mee maggi kari. Ia boleh diubah menggunakan banyak resepi lain menjadikan ia lebih sedap dan disukai ramai. Resepi Maggi yang Sedap Popular Di Malaysia Asalnya, mi segera hanya di olah mengikut cara penyediaan yang di cadangkan…
-
Cara Buat Sushi yang Mudah dan Sedap
Berikut adalah cara buat sushi yang mudah dan sedap. Apahkah itu Sushi? Sushi adalah makanan Jepun yang sangat terkenal dan popular di seluruh dunia. Ianya terdiri daripada nasi yang dicampur dengan cuka, garam, dan gula, serta dihidangkan dengan pelbagai jenis bahan seperti ikan mentah, sayur-sayuran, atau telur. Hidangan ini biasanya disajikan dalam bentuk gulungan kecil atau bola-bola kecil. Apakah Khasiat Sushi untuk Kesihatan Sushi mengandungi nutrisi yang baik untuk kesihatan tubuh. Ikan mentah yang digunakan dalam sushi kaya dengan asid lemak omega-3 dan protein. Omega-3 membantu menurunkan kadar trigliserida dan meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) dalam darah. Selain itu, ikan mentah juga mengandungi vitamin D, vitamin B2, zat besi, zinc,…
-
9 Kebaikan Minum Air Halia yang Ramai Tidak Tahu
Berikut kebaikan minum air halia untuk kesihatan yang ramai tidak tahu. Umumnya, halia digunakan sebagai bahan memasak. Namun, ramai yang tidak tahu bahawa ianya juga boleh di jadikan sebagai air minuman. Air halia mengandungi banyak khasiat yang bermanfaat untuk kesihatan. Selain menghidratkan, air halia juga mengandungi khasiat yang sangat bermanfaat dalam mencegah keradangan, penyakit-penyakit kronik, loya dan muntah serta banyak lagi. Kebaikan Minum Air Halia Antara kebaikan minum air halia, adalah; 1 Mencegah kuman dalam tubuh badan Sebatian kimia tertentu dalam halia segar dikatakan dapat membantu tubuh untuk menyingkirkan kuman. Ia juga dikatakan sangat baik untuk menghentikan pertumbuhan bakteria seperti E.coli dan shigella. Disebabkan sifatnya yang mampu mencegah kuman dalam…
-
12 Perencah Nasi Goreng Terbaik & Popular Di Malaysia, 2023
Perencah nasi goreng merupakan bahan yang digunakan untuk memasak nasi goreng. Ianya sangat membantu mempercepatkan proses penyediaan nasi goreng anda. Perencah nasi goreng terdiri daripada pelbagai jenis rempah dan bahan-bahan yang dicampurkan bersama-sama. Kebaikan Perencah Nasi Goreng Memudahkan proses penyediaan nasi goreng. Memendekan masa penyediaan. Memudahkan anda untuk menyediakan pelbagai jenis nasi goreng. Menjimatkan kerana anda tidak perlu lagi ke restoran untuk menikmati nasi goreng kegemaran anda. Membantu golongan suri rumah kurang pakar dalam masakan untuk menyediakan nasi goreng yang sedap dan lazat. Tips Memilih Perencah Nasi Goreng Antara pertimbangan yang anda boleh lakukan semasa memilih perencah, adalah; Harga Pertimbangan harga sangat penting kerana ianya akan membantu memperkecilkan lagi skop…
-
Resepi Tapai Pulut Sedap & Mudah
Berikut resepi tapai pulut yang mudah dan sedap. Tapai pulut adalah sejenis pencuci mulut yang popular di Malaysia, terutamanya di kalangan masyarakat Melayu di pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan. Ia dibuat dengan cara menapai beras pulut dengan ragi. Selepas itu, tapai pulut akan dibungkus dengan daun pisang atau daun getah dan dibiarkan untuk mengalami proses penapaian selama beberapa hari. Adakah Ianya HALAL? Menurut Majlis Fatwa Malaysia, tapai pulut adalah halal untuk dimakan kerana kandungan alkohol yang terkandung di dalamnya adalah sangat sedikit dan tidak memabukkan. Kebaikan Tapai Pulut Tapai pulut mengandungi sumber probiotik yang tinggi dan mampu meningkatkan sistem imun dalam tubuh badan kita. Selain itu, ia juga mempunyai…
-
5 Rempah Sup Terbaik & Paling Popular Di Malaysia, 2023
Rempah sup merupakan bahan asas dalam memasak sup. Ia adalah bahan rahsia yang memberikan rasa yang sedap dan sesuai kepada pelbagai jenis sup. Artikel ini akan membawa anda untuk mengenali lebih mendalam tentang ramuan sup dan memberi pengetahuan baru dalam masakan anda. Semoga ianya memberi manfaat kepada anda. Apa itu Rempah Sup? Ianya adalah campuran rempah dan herba yang digunakan untuk memberikan rasa unik dan sedap. Ia terdiri daripada pelbagai bahan seperti kayu manis, bunga lawang, ketumbar, jintan putih, halia, bawang putih, dan bawang merah, antara lain. Gabungan bahan-bahan ini memberikan pelbagai lapisan rasa yang memuaskan. Keunikan Rempah Sup Ianya unik kerana boleh memberikan rasa pedas, masam, manis, dan gurih…
-
Resepi Ikan Siakap Stim Limau yang Sedap dan Sihat
Ikan siakap stim limau adalah hidangan yang popular di kalangan masyarakat Malaysia. Ia tidak hanya sedap, tetapi juga sihat kerana menggunakan bahan-bahan semula jadi yang kaya dengan nutrien. Ikan siakap stim limau juga terkenal kerana rasanya yang segar, pedas, dan masam, yang pasti memukau lidah anda. Di sini, kami akan berkongsi dengan anda resepi ikan siakap stim limau yang lengkap. Bahan-bahan: 1 ekor ikan siakap bersaiz sederhana (lebih kurang 500g – 700g) 1 biji limau nipis, perah untuk mendapatkan jusnya 2 ulas bawang putih, cincang halus 2 inci halia, cincang halus 2 batang serai, hiris halus 4 helai daun limau purut 2 sudu besar minyak masak Garam secukup rasa Gula…
-
10 Makanan Tradisional Sabah Paling Popular
Berikut makanan tradisional yang boleh di jumpai di Sabah. Sabah, salah satu negeri di Malaysia yang terletak di Borneo, terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan juga keunikan budaya makanannya. Makanan tradisional Sabah mempunyai rasa yang unik dan berbeza daripada negeri-negeri lain di Malaysia. Senarai Makanan Tradisional Sabah & Cara Penyediaannya Dalam artikel ini, kami akan senaraikan beberapa makanan tradisonal Sabah yang paling popular dan cara membuatnya. 1 Hinava Hidangan ikan segar yang dicampur dengan bawang merah, bawang putih, cili, dan jus limau nipis. Biasanya dimakan sebagai hidangan pembuka atau hidangan sampingan. Bahan-bahannya; Ikan segar Bawang merah Bawang putih Cili Serai Buah limau nipis Garam Cara membuatnya; Cuci dan potong…
-
Resepi Hinava: Bahan & Langkah-langkah penyediaan yang betul
Hinava adalah hidangan tradisional yang berasal dari suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah, Malaysia. Hidangan ini adalah sebahagian daripada budaya dan masakan orang Kadazan-Dusun. Biasanya makanan ini akan dihidangkan pada majlis-majlis khas, seperti perayaan kebudayaan, dan juga sebagai hidangan harian. Namun kini, ianya telah menjadi menu masakan kedai makan tertentu di Sabah. Anda yang berada di artikel ini pastinya tertarik untuk membuat dan merasai makanan tradisional ini. Oleh itu, berikut ialah cara biasa untuk menbuat hinava. Resepi Hinava Antara proses membuatnya, adalah; Bahan yang diperlukan: Ikan segar (biasanya makanan laut seperti Ikan Tenggiri atau Ikan Tongkol) Bawang Merah Cili merah (secukup rasa) Daun ketumbar Jus limau (cuka buatan pun boleh) Garam…