
10 Jenis Mi Maggi Popular & Laris Di Malaysia 2025
Berikut senarai mi maggi yang popular dan laris di Malaysia.
Mi Maggi telah menjadi sebahagian daripada budaya makanan rakyat Malaysia sejak diperkenalkan pada tahun 1971.
Dengan pelbagai pilihan perisa yang menggugah selera, mi segera ini bukan sahaja mudah disediakan, tetapi juga memenuhi citarasa tempatan yang unik.
Sejarah dan Pengaruh Mi Maggi di Malaysia
Sejak kemunculannya, Maggi telah berkembang menjadi jenama mi segera yang paling dominan di Malaysia.
Menurut laporan, sekitar 2.5 juta hidangan mi Maggi dinikmati setiap hari oleh rakyat Malaysia.
Jenama ini menguasai lebih 40% pasaran mi segera di negara ini.
Kejayaan ini mencerminkan kepercayaan dan kesetiaan pengguna terhadap produk Maggi.
Senarai Produk Mi Maggi Popular Di Malaysia
Antara produk mi maggi yang popular di Malaysia, adalah;
1 MAGGI Two Minute Curry
Ia mempunyai rasa kari yang kaya dan wangi yang disukai oleh ramai orang.
Ia dibuat dengan 12 jenis rempah ratus yang khas dan dimasak perlahan-lahan sehingga minyaknya terasing dari kuah kari yang pekat.
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di lazada
2 MAGGI Two Minute Chicken
Ia mempunyai rasa ayam yang sebenar dan wangi yang disukai oleh ramai orang.
Ia dibuat dengan bahan-bahan yang berkualiti dan dimasak perlahan-lahan sehingga kuahnya menjadi pekat dan sedap.
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di lazada
3 MAGGI Two Minute Tom Yam
Jenis ini mempunyai rasa tomyam yang sedap dan wangi yang disukai oleh ramai orang.
Ia dibuat dengan bahan-bahan berkualiti dan dimasak perlahan-lahan sehingga kuahnya menjadi pekat dan sedap.
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di lazada
4 MAGGI Two Minute Asam Laksa
Jenis ini mempunyai rasa asam pedas yang sedap dan wangi yang disukai oleh ramai orang.
Ia dibuat dengan bahan-bahan berkualiti dan dimasak perlahan-lahan sehingga kuahnya menjadi pekat dan sedap.
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di lazada
5 MAGGI Mi Goreng Cili ala Kampung
Ianya olahan daripada resepi ala kampung yang mempunyai perisa pedas, masin dan manis yang dihasilkan oleh MAGGI.
Mi ini mempunyai rasa yang lazat, dan sangat sesuai untuk mereka yang suka makanan pedas.
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di lazada
6 MAGGI Syiok Kari Kaw
Maggi Syiok Kari Kaw ialah versi mi kari yang lebih pekat, lebih pedas dan lebih berempah berbanding Maggi Kari biasa.
Ia direka khas untuk mereka yang sukakan kuah kari padu meletop.
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di lazada
7 MAGGI Pedas Giler Perencah Ayam Bakar
Ianya sejenis mi goreng yang mempunyai perisa ayam bakar pedas dan lazat.
Dikenali dengan tahap kepedasan yang tinggi, varian ini sesuai untuk mereka yang mencari cabaran rasa.
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di lazada
8 MAGGI Pedas Giler Perencah Tom Yummz
Maggi Pedas Giler Perencah Tom Yummz adalah sejenis mi goreng yang mempunyai perisa tom yam yang sangat pedas dan lazat.
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di lazada
9 MAGGI Syiok Aglio Olio
Varian ini diinspirasikan dari menu pasta Aglio Olio tapi diolah dengan gaya Maggi yang lebih padu, pedas, dan lokal-friendly.
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di lazada
10 MAGGI Syiok TomYamKaw
Kalau anda peminat tom yam, ini memang game changer.
Maggi Syiok TomYamKaw hadir dengan rasa lebih pekat, lebih pedas, dan lebih beraroma Thai berbanding Maggi Tomyam biasa.
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di lazada
Kebaikan Mi Maggi
Antara kebaikan mi maggi yang boleh anda perolehi, adalah;
- Mudah & Cepat Dimasak
– Hanya perlu 2-3 minit untuk disediakan. Sesuai untuk pelajar, pekerja sibuk atau ketika kecemasan. - Pelbagai Perisa Menarik
– Kari, Tom Yam, Ayam, Asam Laksa, Pedas Giler, Laksa Warisan, dan banyak lagi mengikut selera tempatan. - Harga Mampu Milik
– Sangat berpatutan dan mudah didapati di mana-mana kedai atau pasar raya. - Boleh Diolah Jadi Menu Kreatif
– Mi Maggi boleh dijadikan Maggi Goreng, dimasak dengan telur, sayur, sosej, atau lauk lain. - Bekalan Tenaga Segera
– Mengandungi karbohidrat yang cepat memberikan tenaga, sesuai jika memerlukan makanan segera sebelum aktiviti berat. - Tahan Lama & Mudah Disimpan
– Mi kering dalam bungkusan kekal elok dalam jangka masa panjang, sesuai untuk disimpan sebagai stok makanan.
Keburukan Mi Maggi
Antara keburukan pengambilan mi maggi secara berlebihan, adalah;
- Kandungan Garam yang Tinggi
– Kebanyakan perisa mempunyai kadar natrium yang tinggi, boleh menjejaskan tekanan darah jika diambil berlebihan. - Penggunaan MSG & Bahan Pengawet
– Perencah mengandungi penambah perisa dan bahan pengawet yang tidak sesuai untuk pengambilan jangka panjang. - Kurang Zat Makanan Seimbang
– Mi Maggi tidak lengkap dari segi nutrisi – kurang protein, serat, vitamin dan mineral jika dimakan tanpa tambahan makanan lain. - Kandungan Lemak & Kalori Tinggi
– Terutama dalam varian goreng atau ‘pedas giler’, ia tinggi lemak dan boleh menyumbang kepada kenaikan berat badan. - Ketagihan Makanan Segera
– Rasa yang sedap dan cepat dimasak boleh menyebabkan ketagihan dan mengurangkan selera terhadap makanan sihat.
Tip Pengambilan Sihat
Antara tips pengambilan sihat yang anda boleh cuba, adalah;
- Tambahkan sayur-sayuran, telur, atau ayam rebus untuk seimbangkan nutrisi.
- Elakkan guna keseluruhan serbuk perencah, kurangkan kandungan garam.
- Jangan makan mi segera setiap hari, hadkan pengambilan kepada 1-2 kali seminggu.

