Resepi

10 Resepi Maggi yang Mudah & Sedap Wajib Di Cuba

Berikut koleksi resepi maggi yang sangat sedap dan wajib anda cuba.

Maggi merupakan satu jenama yang sangat popular Di Malaysia.
Rakyat Malaysia dan Maggi adalah makanan yang tidak dapat dipisahkan.
Ianya sangat di gemari dalam pelbagai golongan.

Sebut sahaja mengenai mi Maggi pasti ada yang akan mengimbau kenangan ketika zaman persekolahan dan universiti.
Bukan sahaja dijual pada harga yang berpatutan malah “Mi Maggi cepat dimasak, lazat dimakan”.

Di Malaysia maggi yang paling femes ialah mee maggi kari. Ia boleh diubah menggunakan banyak resepi lain menjadikan ia lebih sedap dan disukai ramai.

Resepi Maggi yang Sedap Popular Di Malaysia

Asalnya, mi segera hanya di olah mengikut cara penyediaan yang di cadangkan dalam pek mi segera tersebut.

Ianya berubah disebabkan kreativiti pengguna yang sangat tinggi sehinggakan menghasilkan pelbagai resepi berasakan mi segera maggi.
Antara resepi maggi yang popular dan sedap, adalah;

1 Resepi Murtabak Maggi


Bahan-bahan:

  • 1 peket Mee Maggi Perisa Kari
  • 100g isi daging kisar/ayam
  • 1 biji bawang besar potong dadu
  • 3 biji telur
  • sedikit daun bawang dan sup dicincang halus
  • Cili flakes
  • Lada sulah
  • Minyak

Cara memasak:

  1. Celur mee maggi tanpa perencah selama 2 minit, kemudian toskan (ketepikan).
  2. Goreng isi daging kisar, angkat (ketepikan).
  3. Pukul telur didalam mangkuk, kemudian masukan daging kisar yg digoreng tadi, bawang, daun sup, lada sulah & cili flakes, dan serbuk maggi kari gaul mesra.
  4. Selepas tu masukan mi maggi yg celur tadi, gaul sebati.
  5. Kemudian panaskan minyak masak sesudu besar didalam pan, goreng murtabak mengikut saiz yg dikehendaki. Goreng selama 3 minit. Buat sehingga habis adunan tersebut.
  6. Siap! Hidang ketika panas.

2 Resepi Maggi korea


Bahan-bahan

  • 1 pek maggi kari
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang putih
  • Sosej/ isi ayam
  • 1 sudu teh bijan hitam/putih sangai (pilihan)
  • 1 -2 besar sos Korea adabi

Cara memasak:

  1. Mula-mula rebus maggi dan tos airnya.
  2. Kemudian panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih.
  3. Segera masukkan isi ayam atau sosej.
  4. Tambah sedikit air jika ia terlalu kering.
  5. Masukkan sos Korea dan rencah maggi kari.
  6. Kacau sebati.
  7. Kemudian baru tambahkan maggi mee.
  8. Kacau segera, tutup api dan sediakan untuk dihidangkan.
  9. Taburkan biji bijan sebagai hiasan diatas maggi.

3 Resepi Maggi Cheese


Bahan-bahan

  • Maggi kari 1 pek
  • Cheese slice
  • Bijan hitam (pilihan)
  • 1 sudu sos Korea Adabi

Cara memasak:

  1. Masak maggi seperi biasa.
  2. Tambahkan sos Korea.
  3. Tunggu kuah pekat seperti anda suka.
  4. Tutup api.
  5. Letakkan maggi dalam mangkuk pilihan.
  6. Letakkan cheese slice.
  7. Tutup mangkuk dengan penutup yang sesuai.
  8. Apabila cheese telah cair, taburkan biji hitam
  9. Sedia untuk dihidang!

4 Resepi Maggi Carbonara


Bahan-bahan

  • Maggi ayam 1 pek

Bahan lain

  • Sosej 1 batang (cincang)
  • Bawang putih 1 ulas
  • Krim masakan /susu full
  • Cheese slice 1 keping (pilihan)
  • 1 sudu butter
  • 1 bungkus perencah

Cara memasak:

  1. Mula-mula rebus maggi, tos dan ketepikan.
  2. Panaskan kuali dan tambahkan butter.
  3. Tumis bawang putih dan sosej.
  4. Masukkan susu atau krim anggaran ½ cawan.
  5. Kacau sebati.
  6. Masukkan mee maggi dan terus taburkan perencah maggi ayam.
  7. Kacau segera, letakkan cheese slice jika anda suka.

5 Resepi Kerabu Maggi


Bahan-bahan:

  • 3 bungkus Maggie Thai/Siam
  • 1 biji buah tomato-hiris
  • 1/2 labu bawang besar- guna bawang besar Holland
  • Sejengkal batang celery
  • Segenggam daun ketumbar
  • 1 biji cili merah besar
  • 1 sudu sos ikan-jika suka
  • 1 sudu air asam limau-jika suka
  • 2 peket rempah maggie siam – (yang ada dalam peket maggie tu, 1 lagi tak dipakai)

Bahan lain:

  • Sotong
  • Udang
  • Fish cake
  • Crab stick
  • Fish ball

Cara memasak:

  1. Panaskan air untuk merebus bahan lauk dan mee segera.
  2. Masukkan 1 peket rempah mee segera dan tunggu hingga menggelegak.
  3. Masukkan seafood. Udang dahulu baru fish cake. Sebentar sahaja. Bila dah mengerekot, terus angkat. Kalau sotong, jangan rebus bersama dengan udang, rebus sejenis-sejenis. (jangan main lebur jatau, kadar masak dia berbeza.)
  4. Keluarkan seafood.
  5. Dalam periuk rebusan yang sama, masukkan mee segera.
  6. Dah lembut, keluarkan, masukkan dalam mangkuk besar untuk menggaul kerabu. ( Air rebusan JANGAN DIBUANG!).
  7. Selamat Mencuba!

Kredit to : Cik Wan Kitchen

6 Resepi Maggi Tumis


Bahan-bahan:

  • Sepaket maggi kari
  • Sawi atau sayur kegemaran anda
  • Isi ayam,udang atau sotong
  • Air secawan setengah
  • 1 biji telor
  • 3@4 ulas bawang putih diketuk
  • *2 sudu sos ika
  • *1 sudu kicap
  • *2 sudu cili sos
  • *1 susu tomato sos
  • *Sedikit gula

Cara memasak:

  1. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kari yang dalam paket maggi.
  3. Masukkan bahan² bertanda *.
  4. Masukkan air.
  5. Masukkan sayur,telur serta maggi.
  6. Biarkan sekejap sehingga semua masak. (Jangan terlalu lembek…nnt x sedap).
  7. Siap! Selamat menjamu selera.

Kredit: Che Enon Aiskrim

7 Resepi Maggi Bandung


Bahan-bahan:

  • 1 paket mi maggi
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 2 ulas bwg putih di ketuk
  • 1/2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Perencah maggi
  • Sawi (ikutla nk letak bnyk or ckit)
  • 3 biji cili padi (Dibelah tengah)
  • Garam secukup rasa
  • Sebiji telur
  • Air kosong 1 gelas

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bwg putih hingga naik bau.
  2. kemudian masukkn air, perencah maggi,kicap,sos cili,sos tiram n garam.
  3. Apabila mendidih masukkn maggi, telur n cili padi (jgn kacau supaya telur tidak pecah)
  4. Apabila hampir masak masukkn sayur sawi.

Sumber: RIN MALIK

8 Resepi Maggi Goreng


Bahan-bahan :

  • 3 paket maggi perisa kari
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Ayam
  • Sos cili 2 sudu makan
  • Kicap pekat 1 sudu makan
  • Perencah maggi – 2 paket
  • Telur
  • Cili merah
  • Daun sup (Tiada daun sup. Guna daun celery).

Cara memasak:

  1. Celur maggi jangan sampai lembik sangat (ketepikan).
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan ayam.
  4. Ayam dah agak2 masak, masukkan sos cili, kicap pekat dan perencah maggi kari. (Gaul sebati)
  5. Masukkan maggi. (Gaul sebati)
  6. Masukkan sayur. (Gaul sebati)
  7. Alihkan maggi ke tepi sedikit, masukkan telur dan kocak2 sampai agak2 telur tu hampir masak, baru gaulkan sekali dengan maggi.
  8. Tutup api. Masukkan cili dan daun celery dan gaul sekejap bagi sebati. Boleh lah dihidangkan.

*tak perlu tambah garam atau perasa ape2 lagi tau.
Kredit : Atie Halpi

9 Resepi Maggi Goreng Mamak


Bahan-bahan:

  • Bawang merah 1 biji (dimayang halus).
  • Bawang putih 1 ulas (dimayang halus).
  • Fish cake 1 (dihiris nipis).
  • Cili hijau merah (dihiris nipis).
  • Nak pedas boleh gunakan cili api.

Cara memasak:

  1. Tumis bagi naik bau.
  2. Masukkan sos tiram meggi sikit.
  3. Dan pecah kan telur 1 biji.
  4. Waktu ni buka api besar sikit bagi di macam garing garing.
  5. Kemudian kecilkan api.
  6. Masukkan rencah meggi kari. (Ikut lah berapa banyak korang suka).
  7. Dah gaul elok masukkan daun bawang dan daun sup.
  8. Masukan sayur(ikut sayur kegemaran masing-masing).
  9. Tambahkan ayam goreng di potong kecil.
  10. Kemudian masukkan meggi yang telah direbus dan ditoskan air.
  11. Gaul sehingga benar-benar sebati dan hidangkan.

Kredit : Nora Shimah

10 Resepi Maggi Goreng Ala Thai


Bahan-bahan:

  • Bawang merah – 3 biji (Tumbuk)
  • Bawang putih – 3 ulas (Tumbuk)
  • Cili padi – 5 biji (Tumbuk)
  • Daun limau purut – 5 helai (Hiris)
  • Daun kucai – 3 ikat (optional) (Hiris)
  • Daun ketumbar – 3 helai (Hiris)

Bahan lain:

  • Maggi – 1 bungkus (dicelur)
  • Telur ayam – 1 biji
  • Kiub pati ikan bilis – 1/2
  • Air limau nipis – 1/2 biji
  • Udang @ sotong
  • Sos ikan – 2 sudu besar
  • Sos tiram – 2 sudu besar
  • Chili flakes – 2 sudu besar
  • Maggi cukup rasa – 1 sudu kecil

Cara memasak:

  1. Panaskan kuali & masukkan minyak masak.
  2. Masukkan telur & kacau seketika, angkat & asingkan.
  3. Masukkan bahan tumbuk & kacau.
  4. Masukkan sos ikan + sos tiram + daun limau purut + kiub pati ikan bilis + udang @ sotong.
  5. Kacau sebati & masukkan pula jus limau nipis.
  6. Masukkan maggi yang telah dicelur & kacau sebati.
  7. Taburkan pula maggi cukup rasa + daun kucai & telur yang telah digoreng.
  8. Kacau sebati & Biarkan seketika.
  9. masukkan pula hirisan daun ketumbar & chili flakes.
  10. Tutup api & sedia untuk dihidang

Sumber: FB Kuali Viral

Baca Juga:

Kredit: Gambar FB & Google

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *