Peralatan Makan/Minum

8 Mesin Pembuat Yogurt Terbaik & Popular di Malaysia 2025

Berikut mesin pembuat yogurt terbaik dan popular menjadi pilihan pengemar yogurt di Malaysia.

Yogurt merupakan salah satu makanan sihat yang semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia.
Kaya dengan probiotik semula jadi, yogurt bukan sahaja baik untuk sistem penghadaman, malah turut membantu meningkatkan imuniti badan.

Disebabkan itu, semakin ramai yang berminat untuk membuat yogurt sendiri di rumah.
Lebih jimat, lebih sihat, tanpa bahan pengawet berlebihan.

Oleh yang demikian, memiliki mesin pembuat yogurt amat penting bagi pengemar makanan sihat ini.
Namun, memilih yang terbaik dan berkualiti agak sukar kerana di pasaran ianya terlalu banyak pilih.

Usah risau! Kami akan bantu senaraikan mesin pembuat yogurt terbaik.
Jom! Lihat senarainya.

Senarai Mesin Pembuat Yogurt Terbaik

Antara mesin pembuat yogurt terbaik dan popular dalam kalangan pengguna di Malaysia, adalah;

1 Bear Yogurt Maker BYEM-W20L

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di lazada

  • Mempunyai fungsi 8 dalam 1 – Bukan setakat yogurt, boleh buat natto, keju, enzim buah & wain beras dalam 1 mesin.
  • Operasi Mudah dengan 1 Sentuhan – Kawalan skrin sentuh mikrokomputer, fermentasi lebih tepat tanpa perlu pantau.
  • Reka Bentuk Kompak – Ringan, mudah simpan dan tidak makan ruang dapur.
  • Bekas Kaca & Stainless Steel 304 – Bahan premium, tahan panas dan mudah dibersihkan.
  • Sijil Sirim & Palam 3-Pin Malaysia – Penggunaan lebih selamat & sah digunakan di Malaysia.

2 Lock & Lock Yogurt Maker EJY110SLV

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

  • Kapasiti 1 Liter – Sesuai untuk menyediakan yogurt dalam jumlah yang mencukupi untuk keluarga.
  • Pemanasan Stabil dengan PTC – Menjaga suhu fermentasi yang konsisten untuk hasil yogurt yang sempurna.
  • Paparan LED Sentuh – Memudahkan kawalan masa dan suhu dengan ketepatan tinggi.
  • Reka Bentuk Kompak dan Moden – Mudah disimpan dan menambah estetika dapur anda.
  • Multi-Fungsi – Selain yogurt, boleh digunakan untuk membuat natto dan wain beras.

3 Yogurt Fermentation Machine

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

  • Pastikan 100% Semula Jadi & Sihat – Anda tentukan bahan, bebas pewarna & pengawet.
  • Resepi Fleksibel – Boleh eksperimen pelbagai perisa & tekstur ikut citarasa.
  • Multi-Fungsi – Bukan sekadar yogurt, boleh buat natto & wain beras juga.
  • 1.3L Silicon Glass Bowl – Kapasiti besar, sesuai untuk keluarga.
  • Mudah & Selamat – Boleh laras masa & fungsi tutup automatik.

4 Easiyo Black Yogurt Maker

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

  • Mudah & Ringkas – Hanya ambil beberapa minit untuk sediakan yogurt.
  • Tiada kuasa elektrik diperlukan – Boleh buat yogurt di mana sahaja.
  • Reka Bentuk Sleek & Kompak – Hitam bergaya, cantik untuk dapur moden.
  • Set Lengkap 1kg – Termasuk balang EasiYo 1kg, penutup hitam & jalur suhu.

5 Hauson Yogurt Maker

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

  • Paparan digital jelas – Mudah memantau pross.
  • Material Food Grade – Selamat, tahan haba tinggi & bebas toksik.
  • Operasi Mudah – Hanya tekan satu butang untuk mula, terus jalan.
  • Reka Bentuk Praktikal – Ringkas, moden & mesra pengguna.

6 Couss Mini Smart Yogurt Maker

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

  • Kapasiti 250ml – Sesuai untuk individu & pasangan nikmati yogurt segar tanpa pembaziran.
  • Fungsi Automatik + Penyejukan – Yogurt kekal segar selepas fermentasi, lebih mudah & selamat.
  • Multi-Fungsi – Selain yogurt, boleh buat wain beras & enzim homemade.
  • Reka Bentuk Kompak – Mudah disimpan & dibawa, sesuai untuk travel & dapur kecil.
  • Material Berkualiti – Tahan lama, senang cuci & selamat untuk kegunaan harian.

7 Garende Electric Yogurt Maker

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

  • Multi-Function – Bukan sekadar yogurt! Boleh buat pelbagai makanan fermentasi seperti tapai dan tempe.
  • Sistem Pemanasan Efisien – Dilengkapi PTC heating system untuk suhu stabil & fermentasi sekata setiap masa.
  • Kapasiti Besar 1.6L – Sesuai untuk buat dalam kuantiti banyak, cukup untuk seisi keluarga.
  • Bahan keluli tahan karat – Mudah dicuci, kekal bersih dan selamat.
  • Reka bentuk mesra pengguna – Mudah dikendalikan dan rekaan yang ringkas.

8 Yogurt Maker Machine DIY

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

  • Mudah & Selamat – Bahanl gred makanan, fungsi auto power-off, senang digunakan.
  • Kapasiti Besar & Tahan Lama – 1 liter sekali buat, stainless steel liner anti karat.
  • Reka Bentuk Cantik & Praktikal – Ringkas, elegan, penutup lutsinar boleh tengok proses.
  • Mudah alih & Serba Guna – Boleh bawa ke mana saja.

Kenapa Perlu Ada Mesin Pembuat Yogurt di Rumah?

Antara sebab perlu ada mesin pembuat yogurt di rumah, adalah;

  • Lebih Jimat Kos – Tak perlu beli yogurt setiap kali ke pasaraya. Satu liter susu boleh hasilkan 6-8 bekas yogurt homemade.
  • Bebas Bahan Pengawet – Anda boleh kawal sendiri bahan-bahan tanpa pewarna atau gula tambahan.
  • Tekstur & Rasa Lebih Segar – Yogurt buatan sendiri biasanya lebih halus dan rasa semula jadi berbanding yogurt komersial.
  • Mudah & Tak Leceh – Dengan mesin ini, hanya perlu masukkan susu dan kultur yogurt, set masa, dan biarkan sahaja.
  • Boleh Eksperimen Pelbagai Perisa – Tambah buah-buahan segar, madu, oat atau bijirin mengikut cita rasa anda.

Tip Memilih Mesin Pembuat Yogurt Terbaik

Kalau anda pertama kali nak beli, ini beberapa tip penting yang boleh dijadikan panduan:

  • Pilih kapasiti sesuai – Mesin yogurt biasanya datang dalam pelbagai saiz iaitu dari 1 liter hingga 2 liter. Pilih ikut jumlah ahli keluarga.
  • Sistem kawalan suhu & masa – Mesin yang baik ada tetapan suhu automatik untuk hasil yang konsisten.
  • Mudah dibersihkan – Pilih bekas yang boleh ditanggalkan dan selamat untuk mesin basuh pinggan.
  • Material bekas dalaman – Lebih baik pilih stainless steel atau BPA-free plastic untuk kegunaan yang selamat.
  • Reputasi jenama & ulasan pengguna – Pastikan anda semak review pelanggan untuk pastikan mesin tersebut berkualiti.

Cara Buat Yogurt Homemade

Yogurt homemade ni sebenarnya sangat senang nak buat di rumah, modal pun kecil je. Rasanya pun sangat sedap.
Jom! Lihat caranya.

Bahan-bahan:

  • 1 liter susu segar (boleh guna full cream, low fat atau susu segar kampung)
  • 2 sudu besar yogurt natural (pastikan ada label ‘live cultures’ atau ‘active cultures’)

Cara Membuatnya:

1. Panaskan susu

  • Masukkan susu ke dalam periuk, panaskan atas api sederhana.
  • Jangan sampai mendidih, cukup bila susu berwap dan suam-suam panas (anggaran 43-45°C kalau ada thermometer).

2. Sejukkan sedikit susu

  • Bila dah panas, tutup api dan biarkan sejuk seketika hingga suhu sekitar 43°C.
    (Kalau tak ada thermometer, celup jari dan bila boleh tahan panas dalam kira-kira 10 saat, itu tandanya dah sesuai)

3. Masukkan kultur yogurt

  • Ambil 2 sudu besar yogurt natural tadi, campur dalam susu suam.
  • Kacau rata perlahan-lahan supaya kultur sebati.

4. Peramkan

  • Tutup periuk dengan penutup atau kain tebal.
  • Simpan di tempat yang panas-panas suam selama 6-12 jam.
  • Boleh juga peram dalam oven tutup lampu, atau balut dengan tuala tebal.

5. Sejukkan dalam peti ais

  • Bila dah pekat, kacau sedikit dan simpan dalam peti sejuk minimum 4 jam sebelum makan.
  • Siap untuk di hidangkan.

Tips Tambahan:

  • Lagi lama peram, lagi masam rasa yogurt.
  • Boleh tambah madu, buah segar, granola atau chia seed masa nak makan.
  • Simpan sedikit yogurt homemade ni untuk batch seterusnya

Baca Juga: Mesin Pembuat Pasta Terbaik & Popular di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *