
9 Kebaikan Minum Air Halia yang Perlu Anda Ketahui
Berikut kebaikan minum air halia untuk kesihatan yang ramai tidak tahu.
Umumnya, halia digunakan sebagai bahan memasak.
Namun, ramai yang tidak tahu bahawa ianya juga boleh di jadikan sebagai air minuman.
Pernah tak anda rasa perut sebu, badan lesu atau angin dalam badan sampai tak selesa nak buat kerja?
Kalau ya, apa kata cuba minum air halia!
Sejak dulu lagi, halia memang terkenal sebagai ramuan tradisional yang penuh khasiat, bukan saja di Malaysia, malah di seluruh dunia.
Bukan setakat untuk buang angin, air halia juga dipercayai dapat membantu melancarkan penghadaman, memanaskan badan dan menenangkan minda.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan kebaikan minum air halia, bila waktu terbaik nak minum, serta tips penyediaan yang mudah untuk anda cuba sendiri di rumah.
Kalau anda nak tahu macam mana air halia boleh jadi ‘ubat semula jadi’ paling mudah dan murah, teruskan baca sampai habis!
Kebaikan Minum Air Halia
Antara kebaikan minum air halia, adalah;
1 Mencegah kuman dalam tubuh badan
Sebatian kimia tertentu dalam halia segar dikatakan dapat membantu tubuh untuk menyingkirkan kuman.
Ia juga dikatakan sangat baik untuk menghentikan pertumbuhan bakteria seperti E.coli dan shigella.
Disebabkan sifatnya yang mampu mencegah kuman dalam tubuh badan, ia dapat membantu kita untuk mencegah penyakit yang biasa seperti demam, selesema dan batuk..
2 Menguatkan imuniti tubuh badan
Paling penting, terdapat satu kompaun di dalam tumbuhan ini yang dikenali sebagai 6-gingerol.
Ia adalah sejenis agen yang mampu mencegah dan membunuh sel kanser.
Ia sangat membantu terutamanya dalam rawatan kanser payudara dan juga kanser ovari.
3 Membantu sistem penghadaman
Pengambilan tumbuhan ini menggalakkan pundi hempedu untuk merembeskan cecair yang berwarna coklat kekuningan atau dikenali sebagai ‘bile’.
Ia merupakan bahagian pada tumbuhan ini yang mampu membantu merangsang sistem penghadaman manusia.
Selain itu, ia juga mampu melegakan sembelit, kekejangan dan kembung perut yang disebabkan oleh gastritis.
Halia boleh digunakan sebagai satu cara untuk menurunkan berat badan.
Kajian mengatakan pengambilan 2g serbuk halia dibancuh bersama air panas sebelum mengambil makanan mampu meningkatkan proses pembakaran makanan tersebut.
5 Mengandungi antioksidan
Halia juga menduduki tangga teratas dalam carta antioksidan terbaik.
Ianya dipercayai mengandungi antioksidan sangat tinggi.
6 Membantu meredakan sakit kepala
Halia juga dikatakan dapat membantu meredakan sakit kepala migrain dengan cara melegakan saluran darah di kepala.
7 Membantu meredakan sakit sendi
Halia turut dikatakan dapat membantu meredakan sakit sendi dengan cara mengurangkan keradangan pada sendi.
8 Membantu Menurunkan Kolestrol
Halia dapat membantu tubuh badan untuk merendahkan paras kolesterol dalam darah.
Ini sekali gus dapat membantu mencegah individu daripada mengalami sakit jantung.
9 Membantu Memperbaiki Gula dalam Darahl
Halia dapat membantu tubuh badan untuk menggunakan insulin dengan lebih baik.
Oleh itu, ia pastinya membantu memperbaiki tahap gula dalam darah untuk individu yang mengalami diabetes.
Waktu Terbaik Minum Air Halia
Berikut waktu sesuai minum air halia agar lebih berkesan sesuai untuk badan menerima khasiat sepenuhnya.
- Waktu Pagi Sebelum Sarapan
Minum air halia suam waktu perut kosong boleh bantu buang angin dalam badan, aktifkan sistem penghadaman dan beri tenaga awal pagi. Badan pun rasa ringan! - Selepas Makan Berat
Air halia bantu lancarkan penghadaman dan kurangkan rasa kembung perut. Kalau makan makanan berminyak atau pedas, memang elok sangat minum secawan. - Waktu Petang Bila Badan Lesu
Kalau dah mula rasa mengantuk atau letih waktu petang, air halia boleh beri rasa hangat dan segar semula. - Sebelum Tidur (Kalau Perlu)
Minum air halia suam sebelum tidur bagus untuk tenangkan badan, bantu buang angin dan kurangkan ketegangan otot. Tapi jangan terlalu banyak, cukup setengah cawan saja. - Ketika Rasa Nak Demam atau Selesema
Masa badan rasa tak sedap, tekak perit atau mula rasa sejuk-sejuk, cepat-cepat buat air halia panas. Ia bantu panaskan badan dan kuatkan imun.
Tips:
- Campur madu atau lemon untuk rasa lebih sedap dan tambahan manfaat.
- Jangan minum terlalu panas, cukup suam-suam sedap.
Resepi Air Halia Mudah & Berkhasiat
Jika anda ingin mencubanya, berikut resepi air halia mudah dan berkhasiat.
Bahan-Bahan:
- 1 inci halia segar (dikupas dan dihiris nipis)
- 1-2 cawan air suam
- 1 sudu teh madu (pilihan)
- 1-2 titis jus lemon (pilihan)
Cara Penyediaan:
- Mula-mula, ambil halia segar dan kupas kulitnya. Kemudian hiris halia nipis-nipis supaya lebih cepat keluar rasa pedas dan khasiatnya.
- Rebus halia dalam air suam selama 5-10 minit. Kalau nak rasa lebih kuat, boleh biarkan ia mendidih sedikit lagi.
- Tapis air halia untuk buang hirisan halia. Anda boleh minum terus air halia yang jernih, atau jika suka, boleh tinggalkan sedikit hirisan halia dalam air untuk rasa lebih ‘kick’.
- Tambahkan madu (jika mahu) untuk rasa manis semulajadi. Madu bukan sahaja menambah rasa, tetapi ia juga membantu menenangkan tekak dan memberi tenaga.
- Perah jus lemon untuk rasa lebih segar dan beri tambahan vitamin C. Ini juga bantu proses detoks badan.
- Siap! Air halia yang panas dan menyegarkan sedia diminum. Nikmati khasiatnya!
Tips Tambahan:
- Kalau nak lebih pedas, gunakan lebih banyak halia atau biarkan ia direbus lebih lama.
- Jangan guna air terlalu panas untuk mengelakkan kehilangan khasiat halia.
- Anda boleh buat air halia dalam kuantiti lebih banyak dan simpan dalam peti sejuk. Panaskan semula bila perlu.
Produk Minuman yang Mengandungi Halia
Selain anda boleh membuatnya sendiri, di pasaran juga terdapat minuman yang mengandungi Halia.
Antara produk yang popular menajdi pilihab pengguna di Malaysia, adalah;
1 Boh Teh Tarik With Ginger
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di lazada
- Jenama ini tidak asing lagi dalam produk minuman.
- Ianya menawarkan teh tarik campur halia kurang manis.
- Sangat sesuai untuk orang yang mengamalkan diet dan mengalami masalah penyakit kencing manis.
2 Ahmad Tea Lemon & Ginger
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di lazada
- Rasanya yang sangat menyegarkan dan beraroma.
- Minuman kesihatan yang popular untuk mengempiskan perut.
- Sesuai di hidangkan minuman panas.
3 Kopi Yusmira Halia Bara
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di lazada
- Kopi Yusmira Halia bara bukanlah sekadar kopi biasa, ianya kopi untuk kesihatan.
- Rasanya yang sangat lazat dan berkhasiat.
- Dihasilkan daripada kilang bertaraf antarabangsa dan diperakui HACCP,Mesti,GMP,Halal dan ISO.
4 CHEK HUP Teh Tarik Halia
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di lazada
- Minuman 3 dalam 1 yang sangat lazat dan berkhasiat.
- Sesuai di hidangan dalam hidangan sejuk dan panas.
- Diperbuat daripada teh import berkualiti tinggi.
5 Nona Honey Ginger
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di lazada
- Diperbuat daripada halia asli yang bermutu tinggi, kaya dengan aroma yang melegakan.
- Sesuai dinikmati secara minuman panas dan sejuk.
- Mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan.
6 Teh Herba Orang Kampung (O.K)
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di lazada
- Teh orang kampung di rumus daripada daun-daun herba bermutu tinggi.
- Ianya digunakan secara tradisional untuk menurunkan dan mengawal berat badan.
- Ianya sesuai digunakan untuk golongan lelaki dan wanita.
Baca Juga: 8 Khasiat Kopi Tanpa Gula Wajib Anda Ketahui

