
8 Kebaikan Green Tea yang Ramai Tidak Tahu
Berikut merupakan kebaikan green tea yang ramai tidak tahu.
Teh hijau atau green tea juga dikenal dengan nama saintifiknya Camellia sinensis merupakan minuman popular di Malaysia.
Lazimnya, di Malaysia terdapat 2 jenis teh iaitu teh hijau dan teh hitam.
Perbezaan Teh Hijau dan Teh Hitam
Antara perbezaan dua jenis teh tersebut, adalah;
Teh Hijau:
- Bakar lemak & bantu diet
- Awet muda & lawan radikal bebas
- Baik untuk jantung & kawal gula darah
Teh Hitam:
- Bagi tenaga & tingkatkan fokus
- Kurangkan tekanan darah
- Baik untuk kesihatan usus
Kebaikan Teh Hijau yang Perlu Anda Ketahui
Teh hijau memiliki banyak khasiat dan manfaat baik untuk kesihatan.
Berikut adalah beberapa di antaranya:
1 Antioksida yang kuat
Teh hijau mengandungi polifenol, yang merupakan antioksidan semulajadi.
Antioksidan ini melindungi sel dan molekul badan daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.
Oleh itu, teh hijau boleh membantu melindungi tubuh daripada penyakit dan tanda-tanda penuaan.
2 Mengawal Gula dalam Darah
Antioksidan dalam teh hijau mengehadkan penyerapan karbohidrat selepas makan.
Menambah baik metabolisme dan memberikan lebih banyak kawalan untuk berkata “Tidak!” pada keinginan gula.
3 Meningkatkan fungsi otak
Teh hijau mengandungi jumlah kafein yang mencukupi untuk memberikan kesan merangsang.
Selain itu, teh hijau juga mengandungi asid amino L-theanine, yang boleh meningkatkan mood, masa tindak balas dan ingatan.
4 Membantu dalam penurunan berat badan
Beberapa kajian menunjukkan bahawa teh hijau boleh membantu meningkatkan metabolisme dan membantu dalam pembakaran lemak.
Walau bagaimanapun, kesan ini mungkin berbeza antara individu.
5 Melindungi jantung
Minum teh hijau secara kerap dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok.
6 Mengurangkan risiko kanser
Beberapa kajian menunjukkan pengambilan teh hijau boleh mencegah pelbagai jenis kanser seperti payudara, kulit, esofagus, paru-paru dan beberapa jenis kanser lain.
7 Perlindungan Gigi & Mulut
Teh hijau boleh dijadikan alternatif untuk menghilangkan bau mulut yang kurang menyenangkan.
Ia menghalang gigi berlubang akibat bakteria streptococcus.
8 Memanjangkan Usia
Dengan manfaat teh hijau yang pelbagai, tidak mustahil umur seseorang akan bertambah.
Lebih-lebih lagi untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat melalui makanan, senaman dan minuman teh hijau.
Cara Minum Green Tea yang Betul
Ramai orang minum green tea sebab trend, tapi tak semua tahu cara yang betul.
Berikut cara yang betul minum green tea agar mendapat kesan yang optimum.
1. Guna Air Suam, Bukan Air Mendidih
Jangan tuang air mendidih terus atas green tea. Suhu terbaik sekitar 70°C – 80°C.
Air terlalu panas boleh rosakkan antioksidan dan buat rasanya pahit.
2. Jangan Minum Waktu Perut Kosong
Green tea mengandungi tannin yang boleh tingkatkan keasidan dalam perut. Kalau minum masa perut kosong, perut boleh rasa pedih atau loya.
Sebaiknya minum lepas makan atau bersama snek ringan.
3. Hadkan 2-3 Cawan Sehari
Walaupun sihat, jangan berlebihan. Kandungan kafein dalam green tea boleh sebabkan degupan jantung laju atau susah tidur kalau terlalu banyak.
Amalkan 2-3 cawan sehari dah cukup untuk kesan optimum.
4. Elakkan Tambah Gula
Kalau nak manfaat penuh, minum tanpa gula.
Kalau rasa pahit, boleh perah sikit lemon atau campur madu asli (jangan terlalu panas, nanti nutrisi madu pun hilang).
5. Pilih Green Tea Berkualiti
Pilih teh hijau dalam bentuk daun atau sachet tanpa bahan tambahan.
Elakkan green tea minuman botol atau serbuk segera sebab biasanya tinggi gula & pengawet.
6. Minum Sebelum Senaman
Nak bakar lemak lebih cepat? Cuba minum secawan green tea 30 minit sebelum bersenam. Ia bantu tingkatkan metabolisme dan tenaga.
7. Jangan Minum Sebelum Tidur
Walaupun kafein dalam green tea lebih rendah dari kopi, ia tetap boleh ganggu tidur kalau diambil terlalu dekat dengan waktu malam.
Sebaiknya minum sebelum jam 7 malam.
Senarai Jenama Teh Hijau Terbaik
Terdapat pelbagai pilihan jenama teh hijau di pasaran, antaranya adalah;
1 OSK Japanese Green Tea
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di lazada
Ianya produk Japan.
Produk ini merupakan teh hijau pilihan No.1 di Singapore.
Di jamin Halal dan 100% mengunakan bahan asli daun tea hijau.
2 Thai ChaTraMue
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di lazada
Teh hijau ChaTraMue ditanam dan dituai secara eksklusif dari kawasan pergunungan yang sejuk di Thailand.
Teh ini mengeluarkan aroma elegan bersama dengan rasa manis dan rasa yang menyenangkan.
3 Lipton Pure Green Tea
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di lazada
Teh Hijau Tulen Lipton mempunyai rasa ringan, segar dan tidak pahit yang sangat lazat.
Selain itu, ianya produk tempatan sangat popular di Malaysia.
Di Jamin Halal.
4 Ahmad Green Tea
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di lazada
Ahmad Teh Hijau Tulen mempunyai rasa yang licin dan ringan.
Ia merupakan minuman ideal yang boleh dinikmati pada bila-bila masa sepanjang hari.
5 BOH Pure Green Tea
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di lazada
Jenama ini paling popular di Malaysia.
Teh Hijau BOH adalah teh hijau daripada Cameron Highlands.
Ianya mempunya rasa segar menyegarkan yang melengkapi sifat antioksidan semulajadinya.
6 Aik Cheong Matcha Green Tea
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di lazada
Teh Hijau Matcha 3 dalam 1 Aik Cheong ialah cara mudah untuk menikmati rasa matcha yang menyegarkan.
Dibuat dengan serbuk matcha berkualiti tinggi, minuman ini sesuai untuk penggemar teh hijau yang ingin menikmati teh yang menyegarkan dan beraroma.
7 Teazen Organic Green Tea
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di lazada
Diperbuat daripada 100% herba teh hijau organik.
Tiada bahan kimia pertanian organosintetik digunakan.
8 Twinings Pure Green Tea
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di lazada
Campuran ini diperbuat daripada daun teh hijau Cina yang dikukus perlahan-lahan.
Ianya mengunakan daun yang terbaik dan segar.
9 Garden of the Andes
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di lazada
Diperbuat daripada teh hijau yang ditanam secara organik di selatan Andes.
Dituai dengan tangan untuk mengekalkan intipati herba.
Baca Juga: 8 Khasiat Kopi Tanpa Gula Wajib Anda Ketahui

