Dapur Mangkaak,  Kesihatan

8 Khasiat Kacang Badam Untuk Kesihatan Yang Ramai Tidak tahu

Berikut khasiat kacang badam untuk kesihatan yang ramai tidak tahu.

Pengenalan

Kacang badam atau lebih di kenali kacang almond adalah sejenis kacang yang diperolehi daripada buah badam.

Ianya sangat popular dan mempunyai banyak khasiat.

Nama saintifik buah badam adalah Prunus dulcis.

Pokok badam berasal daripada negara Iran.

Namun, kini ianya telah berada di serata dunia terutama di negara-negara Mediterranean.

Amerika Syarikat adalah negara pengeluar terbesar bagi kacang almond diikuti oleh negara Sepanyol dan Australia.

Senarai Khasiat Kacang Badam

Makanan jenis kacang jika di makan dengan kerap, ianya pasti memberikan manfaat yang baik untuk kesihatan kita.

Termasuklah kacang badam yang mempunyai lemak sihat, protein, karbohidrat, vitamin dan banyak lagi mineral lainnya.

Antara khasiat yang boleh di perolehi daripada memakan kacang badam, adalah;

1 Meningkatkan Sistem Imun

Badam adalah sumber antioksidan yang penting, sumber mineral ini banyak di perolehi pada bahagian kulitnya.

Badam sangat baik untuk meningkatkan imuniti atau sistem imun.

Ini disebabkan adanya antioksi dan dan sifat alkali dalam badam yang dipercayai dapat menyingkirkan toksin dalam badan dan meningkatkan sistem imun.

2 Meningkatkan Kesihatan Usus

Manfaat badam boleh bertindak sebagai prebiotik, yang berfungsi sebagai makanan untuk bakteria baik dalam usus.

Badam telah terbukti meningkatkan bakteria baik dalam usus yang mengawal tahap insulin, kolesterol dan anti-radang.

3 Menjaga Kesihatan Jantung

Khasiat badam juga sangat baik dalam meningkatkan kesihatan jantung.

Badam gabungan unik nutrien seperti berasaskan tumbuhan, serat, lemak tak tepu tunggal, vitamin E dan magnesium.

Sumber mineral tersebut dapat membantu kekalkan kesihatan jantung.

Badam dan jenis kacang lain juga boleh membantu mengurangkan tekanan darah dan meningkatkan fungsi saluran darah.

4 Baik Untuk Kesihatan Kulit

Badam juga sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit.

Makan badam boleh mengurangkan risiko penuaan kulit, seperti kedutan.

5 Mengawal Paras Gula Darah

Khasiat badam juga boleh membantu mengawal paras gula dalam darah.

Ini kerana badam adalah kacang rendah karbohidrat, tetapi tinggi dengan lemak, protein dan serat yang sihat.

6 Meningkatkan Tenaga

Tenaga diperlukan untuk menjalankan aktiviti harian.

Satu auns badam membekalkan 164 Kcal tenaga yang boleh membantu memenuhi keperluan tenaga.

Di samping itu, manfaat badam boleh menyediakan beberapa protein yang diperlukan untuk pertumbuhan dan tenaga yang lebih besar.

7 Menguatkan Tulang dan Gigi

Satu auns badam membekalkan kira-kira 75 mg kalsium yang baik untuk tulang dan gigi yang sihat.

Selain itu, kehadiran fosforus dalam kuantiti yang cukup tinggi dalam badam diketahui memainkan peranan dalam tulang dan gigi.

Khasiat badam ini juga membantu mencegah dan mengurangkan risiko osteoporosis pada masa hadapan.

8 Melindungi Sel Badan dan Meningkatkan Kesihatan Mata

Badam mempunyai sumber vitamin E yang sangat baik, iaitu vitamin larut lemak yang melindungi sel-sel badan daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Vitamin E dalam badam juga berfungsi untuk mengekalkan dan meningkatkan kesihatan mata.

Produk Kacang Badam Yang Popular

Kacang badam kini telah diproses dengan pelbagai cara dan bentuk.

Antara makanan yang berasaskan kacang badam, adalah;

1 Signature Market Roasted California Almond

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

2 NutriOne Baked Almonds

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

3 Mahnaz Food

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

4 Tong Garden Oven Roasted Almonds

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

5 Pagoda Baked Almond Original

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

6 Ketogenius Kitchen Roasted Unsalted Low-Carb Nuts

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

7 Love Earth Granolove Almond Toffee Bites

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

8 NOI Honey Almonds

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

9 Tai Sun Honey Roasted Almond

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

Baca Juga: 8 Khasiat Kopi Tanpa Gula Wajib Anda Ketahui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *