
10 Cara Lembutkan Daging dengan Cepat & Jimat Masa
Berikut cara lembutkan daging dengan cepat tanpa perlu rebus berjam-jam. Ianya gabungan petua orang lama dan cara moden.
Daging lembut dan empuk memang jadi kegemaran ramai, terutamanya bila masak gulai, sup atau rendang.
Tapi masalah yang selalu dihadapi di dapur ialah daging keras walaupun dah lama dimasak.
Lebih kecewa bila lauk yang kita masak jadi liat dan susah nak makan.
Sebenarnya ada banyak cara untuk lembutkan daging dengan cepat tanpa perlu rebus berjam-jam atau pakai periuk tekanan.
Rahsianya, anda hanya perlu gunakan bahan-bahan yang mudah didapati di dapur dan beberapa teknik ringkas yang boleh jimatkan masa.
Dalam artikel kali ini, kami kongsikan beberapa cara lembutkan daging dengan cepat dan jimat masa yang boleh anda cuba di rumah.
Jom baca sampai habis!
Kenapa Daging Jadi Keras?
Sebelum kita pergi kepada cara, elok juga faham dulu kenapa daging boleh jadi keras. Daging yang keras biasanya disebabkan oleh:
- Potongan daging yang salah arah urat
- Tisu otot yang tebal
- Tidak cukup masa memasak
- Jenis daging yang liat
Apabila salah cara memasak dan potong, walaupun pakai daging yang mahal pun tetap boleh jadi keras.
Sebab itu penting untuk tahu teknik melembutkan daging dengan betul.
Petua/Cara Lembutkan Daging
Antara cara lembutkan daging yang anda boleh cuba, adalah;
1 Perap Dengan Nanas
Nanas mengandungi enzim bromelain yang boleh memecahkan protein dalam daging, sekaligus melembutkannya.
Caranya mudah sahaja, kisar sedikit nanas dan lumurkan pada daging. Perap selama 15-20 minit sebelum dimasak.
Jangan biarkan terlalu lama kerana ia boleh buat daging terlalu lembik.
2 Guna Daun Betik
Daun betik juga kaya dengan enzim papain yang berfungsi melembutkan tisu otot daging.
Balut daging dengan daun betik selama 30 minit sebelum dimasak.
Petua ini memang popular sejak dulu dan masih berkesan hingga sekarang.
3 Letak Sudu Besi Dalam Rebusan
Sewaktu merebus daging, letakkan satu sudu besi di dalam periuk. Petua ini telah menjadi amalan sejak dahulu lagi.
Cara ini membantu mempercepatkan proses melembutkan daging kerana haba yang dipantulkan sudu dapat meratakan suhu rebusan.
4 Perap Dengan Cuka atau Air Asam Jawa
Cuka dan air asam jawa mempunyai sifat asid yang membantu memecahkan struktur otot daging.
Lumur daging dengan sedikit cuka atau air asam jawa, perap selama 20-30 minit, kemudian bilas sebelum masak.
Selain melembutkan, cara ini juga mampu membangkitkan aroma masakan.
5 Ketuk Daging Sebelum Masak
Gunakan penukul daging atau belakang pisau untuk ketuk daging sebelum dimasak.
Langkah ini dapat memecahkan serat tisu otot dan menjadikan daging lebih cepat empuk.
6 Rebus Bersama Halia
Halia bukan sahaja berfungsi membuang bau hamis daging, malah mampu membantu melembutkan tekstur daging ketika direbus.
Masukkan beberapa hiris halia ke dalam air rebusan untuk hasil yang lebih baik.
7 Gunakan Baking Soda
Taburkan sedikit baking soda ke atas daging, gaul rata dan biarkan selama 20-30 minit.
Selepas itu, bilas bersih sebelum masak. Baking soda akan melembutkan struktur tisu otot daging dengan lebih cepat.
Gunakan dalam kuantiti sederhana supaya rasa masakan tidak terganggu.
8 Potong Lawan Urat
Teknik potongan daging sangat penting. Potong daging melintang arah urat supaya serat daging menjadi pendek.
Cara ini boleh membuatkan daging lebih cepat empuk bila dimasak, walaupun tanpa bahan tambahan.
9 Gunakan Periuk Tekanan
Periuk tekanan ialah cara paling pantas untuk melembutkan daging. Ianya cara moden lembutkan daging.
Masukkan daging ke dalam periuk tekanan bersama bahan-bahan lain, tutup rapat dan biarkan selama 20-30 minit.
Daging akan empuk tanpa perlu masak terlalu lama.
10 Perap Dengan Kicap & Madu
Gabungan kicap manis dan madu bukan sahaja membuatkan daging lembut, tetapi juga menambah rasa manis berlemak yang sedap.
Perap selama 1 jam sebelum dimasak untuk hasil yang lebih empuk dan berperisa.
Tip Tambahan Supaya Daging Cepat Empuk
Selain daripada cara-cara di atas, berikut beberapa tip tambahan yang boleh membantu daging cepat empuk ketika dimasak:
- Gunakan air panas ketika merebus daging, elakkan air sejuk.
- Jangan kerap kacau daging dalam periuk kerana boleh membuatkan daging jadi liat.
- Tutup periuk semasa merebus supaya suhu rebusan kekal stabil.
- Tambahkan sedikit minyak masak dalam air rebusan untuk elak daging cepat kering dan membantu melembutkan seratnya.
- Jika gunakan teknik perapan, pastikan daging tidak diperap terlalu lama agar tidak menjadi terlalu lembik hingga hancur.
Kesilapan Biasa yang Buat Daging Susah Lembut
Ramai yang tidak sedar melakukan beberapa kesilapan ini ketika memasak daging, antaranya:
- Masak daging terus dari peti sejuk tanpa dinyahbeku terlebih dahulu.
- Potong daging mengikut arah urat.
- Masak daging dengan api terlalu besar sejak awal.
- Tidak memerap daging sebelum dimasak, terutamanya untuk jenis daging liat.
Dengan mengelakkan kesilapan ini, proses memasak daging akan jadi lebih mudah, cepat dan hasil masakan pun lebih sedap.
Jenis Daging & Masa Melembutkan
Berikut jenis daging dan anggaran masa melembutkan mengunakan cara rebus biasa, periuk tekanan dan slow cooker.
- Daging Lembu Biasa – Rebus biasa: 1 – 2 jam, Periuk tekanan: 25 – 30 minit, Slow cooker: 6 – 8 jam
- Batang Pinang (Tenderloin) – Rebus biasa: 30 – 45 minit, Periuk tekanan: 15 – 20 minit, Slow cooker: 4 – 6 jam
- Daging Tetel – Rebus biasa: 1 – 2 jam, Periuk tekanan: 25 – 30 minit, Slow cooker: 6 – 8 jam
- Daging Kambing – Rebus biasa: 1 – 2 jam, Periuk tekanan: 20 – 25 minit, Slow cooker: 5 – 7 jam
- Tulang Lembu – Rebus biasa: 2 – 3 jam, Periuk tekanan: 35 – 45 minit, Slow cooker: 8 – 10 jam
- Daging Rusa – Rebus biasa: 2 – 2.5 jam, Periuk tekanan: 30 – 35 minit, Slow cooker: 7 – 9 jam
- Daging Kerbau – Rebus biasa: 2 – 3 jam, Periuk tekanan: 35 – 40 minit, Slow cooker: 8 – 10 jam
- Lidah Lembu – Rebus biasa: 2 – 3 jam, Periuk tekanan: 35 – 40 minit, Slow cooker: 8 – 10 jam
Senarai Peralatan Penting Ketika Melembutkan Daging
- Pengetuk Daging (Meat Tenderizer)
- Pisau Tajam & Talenan Khas Daging
- Periuk Tekanan (Pressure Cooker)
- Periuk Slow Cooker
- Lesung Batu / Blender
- Mangkuk Perapan / Bekas Bertutup
- Penyepit Daging (Tongs)
- Marinade Injector (Pilihan)
- Termometer Daging (Pilihan)
Semoga tips-tips di atas bermanfaat bagi anda dalam memasak dan melembutkan daging.
Baca Juga: Periuk Tekanan Terbaik & Murah di Malaysia

