Dapur Mangkaak,  Tips

Panduan Lengkap Cara Memanggang yang Betul

Berikut cara memanggang yang betul agar hasil panggangan lebih sempurna dan memuaskan.

Memanggang adalah antara kaedah memasak yang paling digemari di Malaysia.
Kaedah ini mampu menghasilkan rasa makanan yang lebih sedap, beraroma smoky dan tekstur yang rangup di luar, tetapi masih lembut di dalam.

Sama ada memanggang ayam, daging, ikan atau sayur-sayuran, teknik memanggang yang betul amat penting.
Hal ini bertujuan untuk memastikan hasil BBQ lebih sempurna dan menyelerakan.

Dalam artikel ini, kami kongsikan cara memanggang yang betul, tips penting, jenis peralatan memanggang, serta kesilapan yang perlu dielakkan.
Jika anda peminat aktiviti BBQ di rumah atau di luar, wajib baca sampai habis!

Kenapa Penting Memanggang dengan Betul?

Memanggang bukan sekadar meletakkan makanan atas api. Teknik yang betul memberi banyak kelebihan, antaranya;

  • Makanan masak sekata dan tak kering
  • Menjaga tekstur dan kelembutan makanan
  • Menghasilkan aroma smoky yang sedap
  • Lebih sihat kerana kurang guna minyak
  • Elak bahagian luar hangit, bahagian dalam mentah

Oleh itu, ketepatan suhu, masa dan jenis api memainkan peranan besar dalam memanggang.

Peralatan Penting untuk Memanggang

Sebelum mula memanggang, pastikan anda ada peralatan asas berikut:

Peralatan yang baik akan memudahkan proses memanggang dan menjadikan hasil lebih sedap, menyelerakan dan kemas.

Jenis-Jenis Kaedah Memanggang

Sebenarnya ada beberapa kaedah memanggang yang boleh dicuba, bergantung pada jenis peralatan yang anda guna:

  1. Memanggang Atas Arang
    Kaedah tradisional yang paling popular. Aroma smoky daripada arang menjadikan daging lebih berperisa.
  2. Memanggang Guna Grill Gas
    Lebih mudah kawal suhu dan bersih. Hasil panggangan sekata tanpa asap berlebihan.
  3. Memanggang Dalam Ketuhar (Oven Grill)
    Sesuai jika tiada ruang luar. Gunakan fungsi grill oven untuk hasil rangup di luar, lembut di dalam.
  4. Memanggang Guna Grill Elektrik
    Pilihan moden untuk dalam rumah. Tiada asap, lebih bersih dan cepat panas.

Langkah-Langkah Memanggang yang Betul

Ikuti langkah ini untuk memastikan hasil memanggang anda sedap, berjus dan tak hangit:

1 Perap Bahan dengan Betul

Perap daging sekurang-kurangnya 2-3 jam atau semalaman.
Gunakan campuran rempah, garam, minyak dan bahan berasid (limau nipis, yogurt atau cuka) untuk melembutkan dan memberi rasa.

Jika anda mempunyai kekangan masa menyediakan bahan perapan, anda boleh mengunakan bahan perapan ‘Readymade’ seperti;

2 Pastikan Suhu Grill Stabil

Kalau pakai arang, tunggu arang jadi bara merah sebelum mula.
Kalau pakai gas atau elektrik, panaskan grill sekurang-kurangnya 10 minit sebelum masukkan makanan.

Bagi yang mengunakan arang, kami sarankan anda mengunakan arang jenis ini;

3 Sapu Minyak Pada Grill

Kaedah ini sangat penting untuk mengelakkan makanan melekat dan mudah dialihkan.

4 Masak Guna Api Sederhana

Perkara paling penting adalah penjagaan api. Terutamanya bagi yang memanggang mengunakan arang.
Elak api terlalu kuat. Masak daging atau ayam secara perlahan supaya masak sekata, luar garing tapi dalam masih juicy.

5 Balikkan Sekali Sekala Sahaja

Jangan kerap balikkan untuk elak struktur dagingrosak. Terutamanya ketika memanggang ikan.
Tunggu bahagian bawah masak dahulu supaya daging tak keras dan kering.

6 Gunakan Thermometer Daging

Jika panggang ayam atau daging tebal, pastikan mengunakan peralatan ini. Pastikan suhu dalaman capai:

  • Ayam: 74°C
  • Daging lembu medium: 63°C
  • Daging kambing: 71°C

7 Rehatkan Daging Sebelum Potong

Selepas ianya sudah masak atau matang, angkat mengunakan pengepit daging(Tongs) agar struktur x rosak.
Biarkan 5-10 minit sebelum potong supaya jus daging tak keluar dan kekal juicy.

Kesilapan Sering Berlaku Ketika Memanggang

Walaupun nampak mudah, ramai yang buat kesilapan ini:

1. Tidak Memanaskan Alat Panggang Terlebih Dahulu

Ramai orang terus letak makanan di atas pemanggang tanpa panaskan dahulu.
Kenapa salah?
Suhu yang tak cukup panas buat makanan melekat, tak masak rata dan kurang kesan grill lines yang cantik.

2. Letak Makanan Terlalu Penuh di Atas Grill

Bila terlalu padat, udara panas tak dapat mengelilingi makanan dengan sekata.
Hasilnya: Ada bahagian terlalu masak, ada bahagian mentah.

3. Tidak Mengeringkan Permukaan Makanan Sebelum Panggang

Kalau terus panggang ayam/daging basah, ia akan rebus dalam air sendiri sebelum boleh garing.
Kesan: Tak dapat tekstur rangup di luar.

4. Perap Makanan Terlalu Singkat atau Terlalu Lama

Kalau terlalu singkat – perapan tak sempat meresap ke dalam daging.
Kalau terlalu lama (lebih 24 jam) – tekstur boleh jadi lembik dan masin.

5. Kerap Balik-Balikkan Makanan

Memang nampak macam rajin, tapi sebenarnya ganggu proses pemanggangan.
Kesan: Makanan tak sempat masak sekata dan permukaan tak garing cantik.

6. Guna Api Terlalu Tinggi Sepanjang Masa

Ramai ingat lagi besar api, lagi cepat masak.
Risiko: Bahagian luar cepat hangit, tapi dalam masih mentah.

7. Tak Berehatkan Daging Selepas Panggang

Lepas angkat dari grill, terus potong?
Kesan: Jus dalam daging akan keluar, hasilkan daging kering.

Tips Tambahan untuk Memanggang Lebih Sempurna

Bagi menghasilkan hasil panggangan yang lebih sempurna, tip ini sangat penting.

  • Gunakan aroma kayu seperti wood chips (hickory, applewood) dalam arang untuk aroma unik.
  • Letak madu atau gula perang di akhir panggangan untuk kesan glaze berkilat.
  • Panggang sayur seperti capsicum, cendawan dan jagung bersama untuk pelengkap hidangan.
  • Gunakan aluminium foil balut ikan atau makanan berjus supaya kekal moist.
  • Elak cucuk daging ketika memanggang – akan buat jus keluar dan daging kering.

Semoga Bermanfaat!

Baca Juga;
12 Peralatan BBQ Grill Terbaik & Terlaris Di Malaysia
8 Bahan steamboat ini wajib di sediakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *