20 Dapur Gas Stainless Steel Terbaik Di Malaysia, 2023
Berikut dapur gas stainless steel terbaik dan popular di Malaysia.
Dapur gas merupakan salah satu aset terpenting di dapur rumah anda.
Oleh itu, jika anda bercadang untuk membeli dapur gas, dapatkan dapur yang terbaik dan tahan lama.
Baca Juga: 12 Peralatan BBQ Grill Terbaik & Terlaris Di Malaysia
Apa itu Dapur Gas Stainless Steel ?
Secara umumnya, keseluruhan termasuk permukaan dapur gas adalah diperbuat daripada logam tahan karat.
Biasanya, permukaan dapur gas jenis ini adalah licin dan berkilat.
Ketebalan permukaan stainless steel dapur bergantung dengan jenama ataupun kualiti dapur gas yang anda pilih.
Kebaikan Menggunakan Dapur Gas Stainless Steel
1. Mudah Dibersihkan
- Salah satu kelebihan ketara dapur gas jenis kalis karat adalah agak mudah dibersihkan.
- Permukaan dapur yang licin berkilat menyukarkan minyak atau tumpahan kuah melekat di atasnya.
2. Tahan Lama
- Gas jenis ini adalah lebih tahan lama kerana ianya tidak berkarat.
- Selagi ianya masi tidak berkarat dan kukuh, biasanya produk tetap masih boleh di gunakan dengan selamat.
3. Kos Murah
- Jika di bandingkan dengan gas jenis kaca, jenis ini lebih murah dan lebih mudah di uruskan.
4. Rekaan Moden
- Rekaan yang moden dan mengikuti trend masa kini.
5. Keselamatan
- Material utama adalah logam, ianya amat meyakinkan kita dalam ciri keselamatan.
Tips Memilih Dapur Gas Stainless Steel Terbaik
Dalam pasaran masa kini, terdapat pelbagai pilihan yang boleh membuatkan anda keliru dalam pemilihan.
Oleh itu, penting untuk anda memahami ciri-ciri produk sebelum membelinya.
Berikut beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan;
1. Saiz dan Rekaan
- Hal ini tergantung dengan ruangan dapur anda. Jika ruangan sempit, cukup memilih jenis 2 dapur dengan rekaan compact.
- Jika anda bujang, boleh memilih jenis 1 dapur. Namun tergantung juga dengan kegunaan yang anda perlukan.
2. Jenis Material
- Pastikan memilih jenis yang berkualiti dan terbukti tahan karat.
- Biasanya jenis bahan boleh di ukur daripada harga. Semakin mahal semakin berkualiti logam yang di gunakan.
3. Jenis Pencucuh
Biasanya terdapat 2 jenis pencucuh yang biasa diguankan, iaitu;
- Konvesional – Aliran tenaga yang berterusan, agak membazir namun lebih murah.
- Elektrik – Aliran tenaga hanya ketika digunakan tetapi harga yang lebih mahal.
4. Nyalaan Api
- Pastikan nyalaan api yang besar dan berwarna biru.
- Api jenis ini mempunyai suhu pembakaran yang baik dan mampu menghasilkan kualiti masakan yang baik.
5. Jenama
- Perkara penting adalah melihat maklumbalas daripada pengguna yang lain.
- Dalam pasaran online biasanya anda mudah untuk melihat “Rating” produk.
- Oleh itu, anda dengan mudah dapat mengenalpasti jenama yang terbaik untuk anda beli.
Senarai Gas Stainless Steel Terbaik dan Popular Di Malaysia
Berikut beberapa senarai yang telah kami pilih daripada pasaran online setelah melihat testimoni dan maklumbalas yang positif daripada pengguna di malaysia.
1 Milux MGH-S633M
RM291.00
- Api yang kuat, mampu memasak dengan pantas dengan penjimatan gas.
- Reka bentuk bersih yang bergaya dan mudah.
- Sistem pencucuhan bateri; menghidupkan api dengan yang mudah.
2 Khind HB802S2
RM295.00
- Permukaan keluli tahan karat.
- Jenis gas – LPG
- Pencucuhan bateri; hanya tolak dan putar tombol selama beberapa saat.
3 Pensonic PGH-619S
RM385.00
- Keluli tahan karat.
- Injap keselamatan.
- Potongan penutup keluli tahan karat.
- Pencucuhan yang dikendalikan oleh bateri secara automatik.
4 Rinnai RB-712NS
RM739.00
- Bahagian atas keluli tahan karat dengan kaki dipasang getah.
- Pencucuhan bateri; hanya tolak dan putar tombol selama beberapa saat.
5 Rubine RGH-ENYA2B-SS
RM384.00
- Pencucuh bateri automatik; hanya tolak dan putar tombol selama beberapa saat.
- Pembakar yang sangat cekap dan berkuasa.
6 Malokuku M52203
RM288.00
- Reka bentuk yang dipercayai dan selamat.
- Sesuai untuk sebarang jenis periuk.
- Terbahagi dua jenis dapur iaitu:
1. Enamel travet stand
2. Inframerah teknologi tinggi.
7 Homelux HSH-98
RM269.00
- Perlu menggunakan bateri.
- Pembakar bersepadu boleh tanggal dan selamat.
- Mudah dibersihkan.
8 Onsenburg MSD-7601
RM399.00
- 3 penunu.
- Perlindungan api.
- Bingkai periuk persegi tidak mudah untuk meluncur lebih selamat.
- Panel keluli tahan karat yang besar cantik dan mudah dibersihkan.
9 Elba EBH-M8962
RM424.00
- Keluli tahan karat premium penuh.
- 2 x Penunu cincin tiga (5.0kW).
- Injap keselamatan.
- Pencucuhan bateri automatik.
10 Milux MSS-2800
RM213.00
- Pencucuhan Automatik
- Pembakar siklon berganda
- Badan super slim
- Stand kuali hitam
11 Rinnai RB-713N-S
RM880.00
- Pencucuhan Bateri; Cepat dan mudah, tanpa pendawaian elektrik.
- Tombol ergonomik dan direka dengan elegan.
- Kaki kuali tambahan untuk menyokong kuali besar.
12 Pensonic PGC-5602S
RM129.00
- Cap keluli tahan karat.
- Pencucuhan piezo automatik.
- Kecekapan haba yang unggul.
13 Cornell CGS-S1252SS
RM89.90
- 8 mata penunu(warna hitam).
- Pencucuhan dengan cooper noozel.
14 SwissThomas Dual Gas Stove
RM95.00
- Pembakar dwi; 8 Jet dan Inframerah.
- Badan keluli tahan karat dengan kaki trivet anti-slip enamel.
- Pencucuhan piezo automatik.
15 Butterfly BGC-3011L
RM95.00
- Badan keluli tahan karat dengan kaki trivet anti-slip enamel.
- Api sarang lebah dengan tiga penunu.
- Penyala dengan sistem percikan.
16 Khind IGS1516
RM92.20
- Badan keluli tahan karat dengan kaki trivet enamel.
- Penunu inframerah.
- Pencucuhan piezo automatik.
17 Milux MSS-8122IR
RM95.00
- Teknologi inframerah menghasilkan lebih banyak haba api daripada penunu kuprum biasa.
- Bebas asap dan tiada pelepasan karbon monoksida toksik.
- Penunu enamel porcelain, pemegang aluminium, penyalaan manual.
18 Sawana SW-310B
RM129.00
- Pembakar cekap gas dengan 3 penunu.
- Trivet dan dulang boleh tanggal untuk pembersihan yang mudah.
- Pencucuhan elektronik automatik.
19 ChefOne UF-GS230SS
RM229.00
Kaedah pencucuhan nadi.
Boleh pasang pada bingkai dapur ATAU di gunakan berdiri bebas (stand disediakan).
Dapur bingkai enamel.
20 Milux MSS-2500G
RM159.40
- Dua penunu dengan plat gril tengah.
- Kepala penunu besi tuang sarang lebah.
- Dilengkapi dengan dulang untuk pengumpulan titisan dan pembersihan yang mudah.
Peralatan Lain Berkaitan Dapur Gas :

