Kelengkapan Dapur,  Peralatan

8 Periuk Slow Cooker Tebaik & Popular Di Malaysia, 2025

Berikut periuk slow cooker terbaik dan popular menjadi pilihan di Malaysia.

Jika menyebut tentang masakan sup, rendang, bubur atau stew daging, mesti ramai suka guna periuk slow cooker.
Periuk jenis ni memang jadi penyelamat dapur, sebab masak perlahan, tak perlu jaga sangat, tapi hasilnya tetap padu, lembut dan cukup rasa.

Di Malaysia, periuk slow cooker semakin popular dan menjadi perkakas dapur yang penting.
Oleh sebab itu, pilihan jenama slow cooker berkualiti ada di pasaran Malaysia semakin banyak.

Kalau anda tengah cari periuk slow cooker terbaik untuk dapur rumah, artikel ini khas untuk anda.
Jom! Lihat senarainya.

Senarai Periuk Slow Cooker Terbaik

1 Cornell CSC-D15C

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

  • Kapasiti 1.5L
  • Periuk dalam boleh tanggal untuk memudahkan pembersihan.
  • Tudung kaca tahan panas Jepun.
  • Suis memasak automatik untuk operasi mudah dan penjimatan tenaga.

2 Khind BPS07

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

  • Kapasiti 0.7L
  • Periuk dalaman seramik berkualiti tinggi.
  • Plat pemanas berkualiti tinggi, penjimatan tenaga dan tahan lama.
  • Kawalan pintar mikrokomputer dengan fungsi pemasa pra-tetap.
  • Mengekalkan kandungan nutrisi daripada makanan dengan berkesan.
  • Soket 3 pin

3 Bear BMC-W25L

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

  • Kapasiti 2.5L
  • Penutup atas kaca lutsinar tahan haba.
  • Dilengkapi 10 menu fungsi utama.
  • Mengunakan soket 3 pin.
  • Mempunyai sijil kelulusan SIRIM.

4 Pensonic PSC-301

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

  • Kapasiti : 3L
  • Periuk dan penutup seramik yang sangat baik.
  • Mempunyai pilihan tetapan kuasa yang di perlukan.
  • Pemegang yang selesa.
  • Dilengkapi perlindungan keselamatan terlalu panas.

5 Elba ESC-K1568

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

  • Kapasiti 1.5L
  • Sesuai untuk kaserol.
  • Kawalan termostat boleh ubah dengan indikator lampu.
  • Penutup kaca tahan haba lutsinar.

6 URINGO Slow Cooker

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

  • Kapasiti: 1L
  • Dilengkapi fungsi tetapan pemasa.
  • Panel mesra pengguna dan sangat selamat digunakan.
  • Pemegang kalis haba dengan badan keluli tahan karat.
  • Periuk seramik mudah di tanggalkan dan dibersihkan.

7 Hanabishi HA1155A

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

  • Dilengkapi 3 mod: Rendah, Tinggi & Automatik.
  • Berfungsi untuk masak dan panaskan pelbagai makanan.
  • Reka bentuk ringkas dan elegan.
  • Diperbuat daripda badan luar keluli tahan karat dan periuk dalam seramik.
  • Mudah di tanggalkan dan dibersihkan.

8 Faber FSC150BK

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

  • Kapasiti : 1.5L
  • Penutup kaca terbaja dengan bingkai keluli tahan karat dan pemegang tidak panas.
  • Elemen pemanas terkawal secara termostatik mengelakkan terlalu masak.
  • Periuk seramik boleh tanggal dan mudah dibersihkan.

Kenapa Perlu Ada Periuk Slow Cooker di Dapur?

Periuk slow cooker bukan sekadar alat masak biasa.
Kalau anda jenis sibuk, suka masakan berkuah pekat atau nak jimat masa, memang wajib ada satu. Ini sebabnya:

  • Memudahkan Kerja Memasak
    Letak je bahan-bahan dalam periuk, set suhu dan biarkan. Tak perlu kacau selalu atau tunggu depan dapur. Balik kerja nanti, masakan dah siap berasap dalam periuk.
  • Masakan Lebih Sedap & Rasa Meresap
    Proses masak perlahan dalam suhu rendah akan menjadikan rempah dan bahan perasa masuk dalam setiap lapisan lauk.
    Selain itu, daging jadi lembut dan kuah jadi pekat serta sup jadi manis asli tanpa perlu tambah perisa tambahan.
  • Jimat Tenaga & Gas
    Guna elektrik dengan kuasa rendah. Kalau masak atas dapur gas, 4 jam mesti risau tangki gas habis.
    Tapi dengan slow cooker, masak 6-8 jam pun kos elektrik murah dan lebih selamat.
  • Sesuai untuk Makanan Bayi & Sup Herba
    Periuk slow cooker sangat sesuai buat bubur bayi, sup herba Cina, sup ayam kampung atau bubur nasi ketika demam.
    Tekstur jadi lembut, bahan tak hancur, nutrisi pun lebih terjaga.
  • Boleh Masak Pelbagai Jenis Menu
    Selain bubur dan sup, periuk slow cooker juga boleh buat rendang, stew daging, kurma ayam, sup tulang gearbox, kek kukus dan macam-macam lagi.

Kegunaan Periuk Slow Cooker

Antara kegunaan periuk slow cooker ini, adalah;

1. Memasak bubur untuk bayi

  • Dalam kalangan ibubapa yang mempunyai bayi lebih 6bulan, pastinya sudah biasa dengan perkakas dapur ini.
  • Keperluan untuk makanan lembut dengan kandungan nutrisi yang tinggi menjadikan slow cooker sangat sesuai.
  • Perkakas dapur ini mampu menghasilkan makanan yang berkualiti untuk bayi yang baru mula makan bubur.

2. Memasak daging lebih lembut ketika dimakan

  • Secara umumnya, daging yang tidak diproses dengan betul akan menjadi sangat liat dan sukar untuk dimakan kerana ia keras.
  • Namun, periuk slow cooker boleh menjadikan daging lebih lembut dan mudah untuk dimakan.
  • Alat ini berfungsi memerangkap haba untuk mematangkan daging dalam periuk dalam tempoh yang lama.
  • Oleh itu, periuk perlahan boleh melembutkan daging dan membolehkan rempah meresap ke dalamnya.

3. Mengelakan makanan hangit

  • Berbeza dengan kaedah memasak biasa yang memerlukan perhatian tambahan dan perlu menunggu di hadapan dapur.
  • Dengan periuk ini, anda boleh memasak sambil melakukan aktiviti rumah yang lain tanpa risau makanan hangus.

4. Masak sup dan bubur yang lebih sedap

  • Periuk ini adalah perkakas dapur yang sangat sempurna untuk membuat sup dan bubur yang sedap.
  • Hasilnya lebih baik daripada kaedah memasak biasa.
  • Alat ini berfungsi memerangkap haba dan membolehkan rempah meresap dengan sempurna ke dalam masakan.
  • Ianya juga boleh masak dengan lama tanpa risau makanan jadi hangit.

5. Menjaga nutrisi makanan dengan baik

  • Kaedah memasak perlahan yang mengambil masa agak lama dengan suhu rendah dan tertutup.
  • Ianya sudah pasti dapat menjaga kualiti makanan dengan baik.

Cara Pilih Periuk Slow Cooker yang Bagus

Antara cara pilih periuk slow cooker yang bagus dan berbaloi untuk dibeli, adalah;

  • Kapasiti periuk – Sesuaikan dengan bilangan ahli keluarga.
  • Material inner pot – Pilih ceramic atau non-stick untuk senang bersihkan.
  • Tetapan suhu – Wajib ada fungsi Low & High.
  • Fungsi tambahan – Pilih yang ada Keep Warm atau program digital kalau nak lebih mudah.
  • Jenama dipercayai – Pastikan beli jenama popular & ada warranty.

Baca Juga: 10 Periuk Kaca Terbaik & Popular Di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *