Resepi

Resepi Acar Timun Mentah Mudah & Ringkas

Berikut resepi acar timun mentah yang mudah dan ringkas.

Resepi acar timun mentah sangat sesuai dimakan bersama nasi minyak, nasi tomato atau nasi berperisa yang lain.
Cara penyediaan sangat mudah dan tidak perlu masak.
Selain itu, bahan-bahan untuk membuatnya juga sangat mudah di perolehi.

Biasanya, acar dijadikan makanan ‘potong lemak’ kerana ianya boleh menyeimbangkan menu hidangan makanan berlemak dan berminyak.

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji nenas
  • 2-3 biji timun, bergantung kepada saiz
  • 2 biji bawang besar
  • 2 biji cili merah
  • 8 sudu besar cuka
  • 4 sudu besar gula
  • sedikit garam

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan nenas dan buang kulit, kemudian hiris nipis.
  2. Bersihkan timun, buang kulit dan cakar bahagian luar timun menggunakan garfu dalam garis memanjang. Hiris nipis
  3. Hiris nipis bawang merah dan cili merah.
  4. Gaulkan semua bahan bersama cuka, gula dan sedikit garam sehingga sekata.
  5. Sedia untuk dihidang.

Resepi Nasi Minyak

Memandangkan acar timun mentah sangat sesuai di makan bersama nasi minyak, maka dengan itu kami juga sediakan resepi nasi minyak agar menu anda lebih lengkap dan menjadi.

Bahan-bahan:

Bahan-bahan nasi minyak:

  • 3 cwn beras basmathi
  • 3 1/2 cwn air
  • 1 cwn susu cair
  • 3 sb minyak sapi
  • 2 sb minyak masak
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 2 inci halia
  • 1 helai daun pandan
  • Rempah 4 sekawan
  • 1/4 cwn kismis
  • 1 sudu kecil gula
  • Garam secukup rasa
  • Pewarna kuning/oren
  • Bawang goreng
  • Gajus
  • Daun ketumbar

Rempah 4 sekawan:

  • 1 batang kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang

Cara Penyediaan:

  1. Potong bawang besar, bawang merah dan bawang putih. Halia hiris tebal dan ketuk kasar.
  2. Daun pandan carik dan simpul.
  3. Tumbuk halus bawang merah dan bawang putih.
  4. Rendam beras (kurang dari 30 minit), basuh dan toskan air.
  5. Panaskan minyak sapi dan minyak masak
  6. Tumis rempah 4 sekawan.
  7. Masukkan bawang tumbuk, daun pandan, hirisan halia dan bawang besar. Kacau sampai bawang besar layu.
  8. Masukkan kismis dan kacau sekejap.
  9. Masukkan beras dan goreng sekejap.
  10. Masukkan air, garam, susu cair dan gula. Kacau sebati.
  11. Pindah masuk kedalam pressure cooker / periuk nasi.
  12. Selepas nasi dah masak, cucuk dan buat lubang kemudian titis masuk pewarna oren dan biarkan 10 minit.
  13. Sapu dekat bahagian atas nasi dengan minyak sapi (1 sudu besar).
  14. Keluarkan hirisan halia dan daun pandan.
  15. Hidang bersama bawang goreng, kacang gajus dan daun ketumbar.

Tip:

  • Gunakan cawan yang sama untuk sukat beras, air dan susu cair.
  • Untuk dapatkan nasi yang tak melekat dan sebiji-sebiji, goreng dulu beras semasa menumis, pastikan beras akan bersalut rata dengan minyak sebelum kita masukkan air.

*Kredit kepada Resepi Che Nom

Baca Juga
Resepi Kambing Perap untuk BBQ Sedap Wajib Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *