
Resepi Hinava Asli Sabah Paling Mudah & Sedap
Berikut resepi hinava asli sabah yang paling mudah dan sedap.
Kalau sebut tentang makanan tradisional Sabah, memang tak sah kalau tak kenal Hinava.
Hidangan unik ni seakan-akan ceviche versi Borneo kerana ia menggunakan ikan mentah yang diperap bersama jus limau nipis dan bahan-bahan segar lain.
Rasanya? Masam, pedas, wangi, segar, dan sangat menyelerakan!
Nak tahu cara buat Hinava asli Sabah? Jom saya kongsikan resepinya.
Mudah sangat sebenarnya, bahan pun tak banyak.
Namun, perkara yang terpenting adalah memastikan ikan yang digunakan adalah segar.
Hinava adalah salad ikan mentah tradisional masyarakat Kadazan-Dusun di Sabah.
Biasanya guna ikan tenggiri, tapi kalau tak ada, boleh guna ikan siakap, titir atau tongkol.
Ikan mentah akan diperap dengan jus limau nipis atau limau kasturi, halia, cili, bawang merah dan garam.
Kadang-kadang ditambah daun ketumbar untuk aroma yang lebih segar.
Hidangan ini adalah sebahagian daripada budaya dan masakan orang Kadazan-Dusun.
Biasanya makanan ini akan dihidangkan pada majlis-majlis khas, seperti perayaan kebudayaan.
Namun kini, ianya telah menjadi menu masakan kedai makan tertentu di Sabah.
Anda yang berada di artikel ini pastinya tertarik untuk membuat dan merasai makanan tradisional ini.
Oleh itu, berikut ialah cara biasa untuk menbuat hinava.
Berikut merupakan bahan dan langkah-langkah penyediaan yang betul.
Bahan- bahan
- Ikan segar (Ikan Tenggiri/Ikan Tongkol/Ikan Titir/Ikan Siakap) – dipotong dadu.
- Bawang Merah
- Cili merah (secukup rasa)
- Daun ketumbar
- Jus limau (cuka buatan pun boleh)
- Garam
- Perasa (Aji No Moto)
- Gula
- Bawang putih (pilihan)
- Bawang (pilihan)
- Peria (pilihan)
Langkah-langkah
Penyediaan bahan utama
- Bersihkan ikan dengan baik dan potong kecil. Anda juga boleh mengeluarkan tulang dan kulit jika mahu.
- Hiris nipis bawang merah, cili merah dan daun ketumbar. Jumlahnya mengikut citarasa anda.
- Jika menggunakan bawang putih dan bawang besar juga dihiris nipis.
Campurkan bahan
- Letakkan kepingan ikan dalam mangkuk besar.
- Masukkan hirisan bawang merah, cili merah, daun ketumbar, bawang putih dan bawang merah (jika guna) ke dalam mangkuk bersama ikan.
Perasa
- Masukkan garam dan perasa secukupnya untuk memberi rasa pada hinava.
- Tambah pula sedikit gula untuk mengimbangi rasa masam dan pedas.
Rendaman
- Tuangkan jus limau nipis ke dalam mangkuk dengan semua bahan.
- Jus limau nipis akan “memasak” ikan secara kimia, sama seperti proses dalam hidangan ikan mentah seperti sashimi.
Gaul sebati
- Gaulkan semua bahan perlahan-lahan, pastikan ia sebati dan perasa merebak ke atas ikan dan bahan lain.
Penyajian/Hidangan
- Setelah sebati, tutup mangkuk dengan plastik cling wrap dan biarkan adunan ikan masuk ke dalam jus limau nipis selama beberapa minit.
- Selepas ikan dijeruk, hidangan hinava sedia untuk dihidangkan.
- Anda boleh menghidangkannya sebagai pembuka selera atau ulam.
Pastikan sentiasa menggunakan bahan-bahan segar dan menjaga kebersihan semasa proses penyediaan makanan.
Cubalah dan nikmati hidangan hinava!
*kredit kepada pemilik gambar.
- Segar & Berkhasiat – kaya dengan protein, vitamin C dan antioksidan dari limau dan halia.
- Tanpa Minyak & Tanpa Masakan – sesuai untuk diet sihat.
- Cepat & Mudah – siap dalam kurang 20 minit!
- Rasa Unik yang Menyegarkan – gabungan masam, pedas dan wangi halia memang buat ketagih.
- Boleh Variasi – nak tukar guna salmon, siakap atau tuna pun boleh.
Tips Sedap Tambahan
- Gunakan ikan segar premium untuk rasa terbaik.
- Kalau suka boleh tambah hirisan mangga muda atau timun.
- Sesuai dimakan dengan nasi panas, pulut putih atau dimakan macam salad.
- Salah satu hidangan tradisional Sabah yang diiktiraf dalam pameran makanan etnik Malaysia.
- Seakan-akan ceviche dari Peru, tapi versi Asia Tenggara.
- Makin banyak restoran moden masukkan Hinava dalam menu pilihan.
- Paling sesuai dijadikan ‘Pusas’.
Peralatan yang Biasa Di Gunakan
Antara peralatan yang diperlukan semasa menyediakan resepi hinava ini, adalah;
1. Lemon Squeezer Stainless Steel
Peralatan ini digunakan untuk memerah jus limau. Ianya penting kerana kuantiti jus limau yang banyak diperlukan.
Oleh sebab itu, memiliki peralatan ini akan memudahkan proses perahan limau.
Semak harga dibawah:
2. Strainer & Colander
Peralatan ini juga penting agar bahan utama (ikan) dapat diproses tanpa air yang banyak selepas di basuh.
Jika ikan tersebut bercampur air, ianya akan menganggu tempoh masa ikan jadi matang selepas direndam dengan jus limau.
Semak harga dibawah:
3. Durable Kitchen Plastic Wrap
Plastik ‘wrap’ pula untuk memastikan perapan lebih sempurna dan kelihatan lebih bersih proses penyediaan Hinava.
Semak harga dibawah:
Kesimpulan
Kalau anda belum pernah rasa, wajib cuba buat resepi Hinava ni di rumah.
Mudah, sihat dan rasa dia memang luar biasa. Sesuai untuk peminat masakan eksotik, yang suka kelainan dan makanan berasaskan bahan segar.
Nak makan waktu berbuka puasa, lepak petang, jamuan keluarga atau majlis makan-makan pun memang ngam!
Baca juga: Cara Memanggang Yang Betul

