
12 Cara Hias Dapur yang Mudah tetapi Berkesan (Idea Bajet)
Berikut cara hias dapur yang mudah namun memberikan kesan yang baik terhadap dapur anda.
Dapur adalah ruang paling penting dalam rumah. Ianya tempat kita sediakan hidangan untuk keluarga, berkongsi cerita sambil masak, dan kadang jadi port minum petang.
Walaupun dapur kecil atau bajet terhad, jangan risau.
Anda tetap boleh hias dapur dengan mudah dan berkesan, menjadikannya lebih selesa dan sedap mata memandang.
Jom saya kongsikan cara hias dapur yang mudah tetapi berkesan, sesuai untuk semua jenis dapur – besar, kecil atau minimalis.
Kenapa Perlu Hias Dapur?
Antara sebab kita perlu hias dapur, adalah;
- Dapur yang kemas dan cantik buat kita lebih bersemangat memasak
- Elak dapur nampak berserabut dan sempit
- Tingkatkan nilai estetika rumah
- Mudah cari barang bila semuanya tersusun rapi
Cara Hias Dapur yang Mudah tetapi Berkesan
Antara cara hias dapur yang mudah tetapi berkesan dengan idea bajet dan simple, adalah;
1 Gunakan Rak Terbuka
- Pasang rak kayu atau besi di dinding
- Susun botol rempah, cawan, dan pinggan cantik di situ
- Boleh juga letak pokok kecil atau frame kata-kata motivasi dapur
Tip: Pilih rak warna putih atau kayu semula jadi untuk gaya moden minimalis.
2 Pilih Warna Cat Cerah
- Warna putih, pastel, atau nude boleh buat dapur nampak luas
- Kalau nak suasana cozy, boleh gabungkan dengan warna kayu terang
Idea: Cat satu dinding sebagai feature wall, contohnya warna sage green atau soft blue.
3 Susun Barang Mengikut Kategori
- Asingkan sudut memasak, sudut minuman, dan sudut simpanan
- Letak label pada balang rempah, beras, gula dan tepung
- Gunakan bekas lutsinar supaya nampak kemas dan seragam
4 Tambah Lampu Hiasan
- Pasang lampu gantung (pendant light) di atas kaunter atau meja makan
- Gunakan LED strip di bawah kabinet untuk suasana lebih cozy
5 Letak Pokok Hiasan Kecil
- Pokok lidah mertua, kaktus, atau sirih gading sesuai untuk dapur
- Letak di rak, atas peti ais, atau tepi sinki
Tip: Pilih pokok yang tahan panas & kurang perlu siraman.
6 Gunakan Tikar Alas Meja & Karpet Anti-Slip
- Karpet kecil di depan sinki atau dapur memasak boleh elak licin
- Pilih motif comel atau warna senada dengan tema dapur
7 Gantung Peralatan Dapur di Dinding
- Jimat ruang kabinet
- Guna hook besi atau rail gantung untuk senduk, sudip, gunting dapur
Tip: Susun ikut saiz atau warna supaya nampak lebih teratur.
8 Gunakan Wallpaper atau Sticker Dinding
- Tampal di dinding dapur atau backsplash
- Pilih corak marble, bata putih atau kayu klasik
- Murah tapi hasil nampak premium.
9 Tukar Langsir Dapur
- Pilih langsir kalis air atau lace putih untuk nampak lebih kemas
- Gunakan rod kayu atau besi yang minimal
10 Guna Balang Cantik untuk Simpan Bahan
- Gantikan plastik supermarket dengan balang kaca atau plastik kedap udara
- Susun di rak terbuka atau dalam kabinet
Tip: Letak label tulisan tangan atau sticker comel.
11 Pasang Cermin di Dapur
- Tip dapur kecil: cermin boleh buat ruang nampak luas
- Letak di bahagian pintu dapur atau backsplash
12 Hias Dengan Frame Kata-Kata
- Letak frame motivasi masak di dinding dapur
- Contoh: “Dapur Ceria, Hati Bahagia” atau “Masak Dengan Cinta”
Idea Bajet & Simple
Antara perkara yang anda boleh ubah dengan bajet mesra poket, adalah;
Peralatan DIY

Anda boleh mengubah wajah dapur anda hanya menambah atau mengantikan peralatan dapur anda kepada peralatan DIY.
Cara ini akan mengubah tampilan lebih menarik dan mempunyai fungsi pelbagai.
Pilih peralatan yang bersesuaian tema warna atau peralatan dapur anda yang lain agar kelihatan lebih menarik.
Selain daripada mencantikan dapur anda, peralatan DIY juga dapat membantu menjimatkan ruangan dapur anda.
Contoh peralatan DIY yang menarik:
- Stainless Steel Seasoning Storage
- Stainless Steel Sink Dish
- Foldable Storage Rack
- MysteryHero Kitchen Knife Set 7 in 1
- Kitchen Rotating Rack with wheel
Wallpaper

Sikap semulajadi manusia adalah mudah bosan terhadap suatu permandangan. Ini pastinya berlaku pada anda dan dapur anda.
Anda pastinya memerlukan refreshing pada satu-satu ketika untuk dapur anda.
Oleh sebab itu, penggunaan wallpaper amat membantu anda dalam permasalahan ini.
Selain mudah ditanggalkan, terdapat juga banyak pilihan corak serta warna yang anda boleh pilih.
Pengunaan Wallaper sebagai cara menghias rumah atau sesuatu ruangan sudah menjadi trend masa kini.
Contoh wallpaper sesuai untuk ruangan dapur:
- Wallpaper Kalis Minyak,Api,Air Dan Lembapan 5M x 60CM
- Wallpaper Dinding Bata Wall 2D 45CM x 10M
- 3D WallPaper Brick Wall Stickers PE Foam Waterproof 70CM x 77CM
- Marble Waterproof Wallpaper Kitchen Wardrobe 40CM x 1M
- Wallpaper & Wall Art
Cat Kapur

Anda mungkin seorang yang kreatif. Maka dengan itu cat kapur adalah sesuai pilihan anda.
Cat kapur sesuai untuk digunakan pada ruangan dapur kerana ianya tidak beracun dan selamat.
Ianya juga mudah dibersihkan kerana ianya berasaskan air. Warnanya juga mudah dicampurkan.
Ianya juga sesuai untuk digunakan melukis pada dinding. Oleh itu, anda boleh melukis pada dinding dapur anda mengikut cita rasa anda.
Pilihan cat kapur:
Poster

Poster juga anda boleh gunakan untuk menghias dapur.
Ianya amat mudah dan kos yang rendah. Namun kesan terhadap ruangan dapur anda amat ketara dan pastinya memberikan inspirasi baru.
Poster popular yang anda boleh gunakan:
- Islamic Kitchen Wall Decoration
- Astrdecor Islamic Quote Green Leaves Canvas Painting Art
- Poster Dapur Cantik/Moden
Tema Dapur Paling Popular Sekarang
Antara tema dapur yang popular masa kini, adalah;
- Tema Minimalis Moden — Warna putih, hitam & kayu
- Tema Rustic — Elemen kayu, pokok hiasan & lampu warm light
- Tema Pastel — Warna lembut macam baby blue, soft pink, mint green
- Tema Industrial — Kombinasi besi, kelabu, & kayu gelap
Hias dapur tak perlu mahal, asalkan pandai susun dan pilih elemen ringkas yang beri impak besar.
Guna cara-cara di atas, confirm dapur anda nampak lebih cantik, kemas dan selesa.
Ingat! Dapur yang bersih & kemas bukan saja sedap mata memandang, tapi buat kita lebih tenang dan seronok memasak.
Baca Juga: 6 Stiker Anti Minyak Terbaik

