Kesihatan,  Tips

Cara Rebus Telur yang Betul & Mudah di Kupas

Berikut cara rebus telur yang betul dan sempurna serta mudah di kupas.

Telur rebus mungkin nampak seperti hidangan yang paling mudah disediakan, tetapi ramai sebenarnya masih tidak tahu cara rebus telur yang betul.
Masalah seperti telur retak, sukar dikupas, atau terlebih/terkurang masak sering berlaku.

Artikel ini akan kongsikan panduan lengkap dan tepat bagaimana untuk merebus telur dengan sempurna.
Ikuti juga tips penting agar kulit telur mudah dikupas dan hasil rebusan jadi lebih sedap.

Kenapa Penting Tahu Cara Rebus Telur Yang Betul?

Mengetahui teknik merebus telur yang betul bukan sahaja menjamin rasa dan tekstur yang ideal, malah memudahkan proses memasak harian anda.

Telur rebus digunakan dalam pelbagai jenis hidangan seperti hidangan sarapan pagi, salad, nasi lemak, sandwich, hingga ke hiasan mee kari atau lontong.
Jika telur direbus dengan cara yang betul, ia lebih mudah dikupas, kelihatan cantik dan enak dimakan.

Langkah-Langkah Merebus Telur Dengan Betul

Berikut cara rebus telur yang betul mengikut langkah demi langkah. Cara ini sesuai untuk merebus telur dalam kuantiti sedikit dan banyak.

1 Pastikan telur berada dalam suhu bilik

Jika anda simpan telur dalam peti ais, elak terus merebusnya sebaik dikeluarkan kerana gas dalam telur akan meningkat apabila terkena haba.

Angin ini akan memecahkan bahagian kulit yang lemah untuk merendahkan tekanan.
Rebus telur hanya apabila ia sudah berada dalam suhu bilik.

2 Gunakan Periuk Sesuai dan Air Secukupnya

Pilih periuk yang cukup besar agar telur tidak bertindih. Isikan air sehingga menutupi semua telur kira-kira 1 inci ke atas.

3 Susun dengan cermat

Letak dan susun telur dalam periuk dengan cermat.
Elak letak telur sekali banyak dan biarkan tersusun dalam satu layer agar berat telur tidak menekan antara satu sama lain.

4 Didihkan Air Terlebih Dahulu (Kaedah Panas)

Panaskan air dahulu sehingga mendidih. Kemudian, masukkan telur secara perlahan-lahan menggunakan sudu supaya tidak retak.
Ini kaedah terbaik untuk mengawal masa rebusan dengan tepat.

Alternatif: Jika anda suka guna kaedah air sejuk, masukkan telur ke dalam air sejuk lalu panaskan bersama. Tetapi sukar dapatkan masa tepat untuk hasil yang konsisten.

5 Campurkan garam

Masukkan setengah sudu garam dalam air.
Garam ini membantu menutup sebarang keretakan sewaktu merebus selain membantu menanggalkan kulit dengan cepat dan tidak melekat.

6 Campurkan cuka

Letak satu sudu cuka mengikut jumlah telur dalam periuk sebelum mula merebus.
Cuka membantu protein dalam putih telur menutup keretakan pada kulit dengan segera.

7 Tetapkan Masa Rebus Berdasarkan Jenis Telur

Gunakan jam atau pemasa untuk pastikan anda tidak terlebih atau terkurang masa rebusan.

Contohnya, jika anda inginkan:

  • Soft-boiled– keluarkan dalam masa 3 minit.
  • Medium-boiled– keluarkan dalam masa 5-7 minit.
  • Hard-boiled– keluarkan dalam masa 9-12 minit.

Kalau mahu lebih senang, laburkan sedikit wang dengan membeli egg timer yang membantu anda menjaga masa agar telur dapat direbus dengan sempurna.

8 Terus Masukkan Dalam Air Sejuk

Sebaik masa cukup, terus angkat telur dan masukkan ke dalam mangkuk berisi air sejuk atau ais. Ini hentikan proses memasak serta bantu mudahkan pengupasan.

Tips Tambahan Supaya Kulit Telur Mudah Dikupas

Salah satu cabaran biasa ialah kulit telur yang melekat. Ikuti tips berikut:

  • Gunakan telur yang sedikit lama (4-7 hari), bukan yang terlalu segar.
  • Letakkan sedikit garam atau cuka dalam air rebusan.
  • Goncang perlahan-lahan telur dalam air ais selepas direbus supaya kulit sedikit retak.
  • Kupas di bawah air mengalir untuk mudahkan kerja.

Cara Rebus Telur Guna Air Fryer (Alternatif Moden)

Tahukah anda, telur juga boleh direbus guna air fryer?

1. Panaskan air fryer pada suhu 150°C.

2. Letakkan telur dalam bakul.

3. Masa:

  • 9 minit untuk separuh masak
  • 12-14 minit untuk telur rebus keras

4. Terus rendam dalam air ais selepas siap

5. Mudah dan tidak perlu air rebusan!

Kesimpulan

Sekarang anda sudah tahu cara rebus telur yang betul dan tepat.
Dengan hanya beberapa langkah mudah dan sedikit perhatian pada masa serta suhu, anda boleh nikmati telur rebus yang cantik, sedap dan mudah dikupas setiap kali.
Sama ada untuk sarapan, hiasan hidangan atau stok sihat di peti sejuk, telur rebus yang sempurna memang berbaloi untuk dipelajari.

Selamat mencuba dan pastikan artikel ini disimpan untuk rujukan akan datang!

Nota Penting:

Jangan makan telur rebus yang retak sebelum direbus!

Jika telur retak sewaktu proses merebus, ia masih selamat untuk dimakan.
Tetapi elak memakannya jika ia retak sebelum direbus, buang terus telur berkenaan kerana ia biasanya sudah dijangkiti dengan bakteria.
Jika direbus sekalipun, ia boleh membahayakan kesihatan.

Baca Juga: Cara Masak Nasi Yang Betul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *