Resepi
Dalam kategori ini, kami akan memberikan cadangan resepi yang mampu memberikan idea kepada anda.
-
12 Perencah Nasi Goreng Popular Di Malaysia, 2025
Berikut perencah nasi goreng paling popular menjadi pilihan pengguna di Malaysia. Perencah nasi goreng merupakan bahan yang digunakan untuk memasak nasi goreng. Ianya sangat membantu mempercepatkan proses penyediaan nasi goreng anda. Perencah nasi goreng terdiri daripada pelbagai jenis rempah dan bahan-bahan yang dicampurkan bersama-sama. Anda yang berada pada artikel ini pasti sedang mencari perencah terbaik dan padu. Jom! Lihat senarainya. Senarai Perencah Nasi Goreng Terdapat pelbagai jenis perencah nasi goreng yang ada di Malaysia, antaranya; 1 Seri Aji Perencah Nasi Goreng Semak harga dibawah: Lihat di Shopee Lihat di lazada Ia adalah campuran lengkap dari pelbagai bahan dan perasa berkualiti tinggi untuk memberikan anda rasa yang lengkap dan lazat. Saiz…
-
Resepi Hinava Asli Sabah Paling Mudah & Sedap
Berikut resepi hinava asli sabah yang paling mudah dan sedap. Kalau sebut tentang makanan tradisional Sabah, memang tak sah kalau tak kenal Hinava. Hidangan unik ni seakan-akan ceviche versi Borneo kerana ia menggunakan ikan mentah yang diperap bersama jus limau nipis dan bahan-bahan segar lain. Rasanya? Masam, pedas, wangi, segar, dan sangat menyelerakan! Nak tahu cara buat Hinava asli Sabah? Jom saya kongsikan resepinya. Mudah sangat sebenarnya, bahan pun tak banyak. Namun, perkara yang terpenting adalah memastikan ikan yang digunakan adalah segar. Apa Itu Hinava? Hinava adalah salad ikan mentah tradisional masyarakat Kadazan-Dusun di Sabah. Biasanya guna ikan tenggiri, tapi kalau tak ada, boleh guna ikan siakap, titir atau tongkol.…
-
Resepi Ikan Siakap Stim Limau Sedap dan Sihat
Berikut resepi ikan siakap stim limau yang menjadikan makanan popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Kalau sebut tentang menu masakan sihat tapi tetap sedap, Ikan Siakap Stim Limau memang wajib masuk senarai! Hidangan ala Thai ini bukan sahaja mudah disediakan, malah kaya dengan rasa masam, pedas dan aroma limau nipis yang menyegarkan. Lebih menarik, masakan stim juga baik untuk kesihatan sebab tak guna minyak berlebihan. Dalam artikel kali ini, kami kongsikan resepi ikan siakap stim limau yang sedap, sihat dan sesuai untuk hidangan keluarga. Jangan risau, bahan pun mudah nak cari di pasar atau supermarket. Kenapa Pilih Ikan Siakap Stim Limau? Antara sebab pilih ikan siakap stim limau, adalah; Sihat –…
-
9 Kebaikan Minum Air Halia yang Perlu Anda Ketahui
Berikut kebaikan minum air halia untuk kesihatan yang ramai tidak tahu. Umumnya, halia digunakan sebagai bahan memasak. Namun, ramai yang tidak tahu bahawa ianya juga boleh di jadikan sebagai air minuman. Pernah tak anda rasa perut sebu, badan lesu atau angin dalam badan sampai tak selesa nak buat kerja? Kalau ya, apa kata cuba minum air halia! Sejak dulu lagi, halia memang terkenal sebagai ramuan tradisional yang penuh khasiat, bukan saja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Bukan setakat untuk buang angin, air halia juga dipercayai dapat membantu melancarkan penghadaman, memanaskan badan dan menenangkan minda. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan kebaikan minum air halia, bila waktu terbaik nak minum,…
-
6 Rempah Sup Terbaik & Paling Popular Di Malaysia, 2025
Berikut rempah sup terbaik dan paling popular di Malaysia. Kalau sebut tentang hidangan sup, memang tak lengkap tanpa rempah yang power! Bau dia pun dah buat perut lapar. Rempah sup bukan je bagi rasa sedap, tapi boleh naikkan aroma yang buat satu rumah harum semerbak. Tapi… rempah mana paling sedap? Mana satu orang Malaysia paling suka? Dalam artikel kali ni, kami senaraikan beberapa rempah sup terbaik & paling popular menjadi pilihan pengemar sup di Malaysia. Siapa suka sup ayam, sup tulang, sup daging atau sup kambing, wajib baca sampai habis! Jom! Lihat senarainya. Senarai Rempah Sup Terbaik Antara rempah sup terbaik dan popular menjadi pilihan pengguna di Malaysia, adalah; 1…
-
10 Makanan Tradisional Sabah Paling Popular
Berikut makanan tradisional yang hanya boleh di jumpai di Sabah. Sabah, salah satu negeri di Malaysia yang terletak di Borneo, terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan juga keunikan budaya makanannya. Makanan tradisional Sabah mempunyai rasa yang unik dan berbeza daripada negeri-negeri lain di Malaysia. Makanan Tradisional Sabah Popular Dalam artikel ini, kami akan senaraikan beberapa makanan tradisonal Sabah yang paling popular dan cara membuatnya. 1 Hinava Hidangan ikan segar yang dicampur dengan bawang merah, bawang putih, cili, dan jus limau nipis. Biasanya dimakan sebagai hidangan pembuka atau hidangan sampingan. Bahan-bahannya; Ikan segar Bawang merah Bawang putih Cili Serai Buah limau nipis Garam Cara membuatnya; Cuci dan potong ikan segar…
-
Resepi Kambing Perap untuk BBQ Sedap Wajib Cuba
Berikut adalah resepi kambing perap yang boleh anda cuba di rumah. Kambing perap merupakan hidangan yang lazat dan mengundang selera. Hidangan ini, sering disajikan dalam pelbagai majlis kenduri, hari raya, atau acara istimewa lain-lain. Proses perapannya memberikan rasa yang unik dan memastikan daging kambing menjadi lembut serta penuh dengan rempah-rempah. Selain itu, aromanya pasti menyelerakan. Resepi Kambing Perap Bahan-Bahan 1 ekor kambing (berat mengikut keperluan acara) 5 sudu besar serbuk kunyit 3 sudu besar serbuk ketumbar 2 sudu besar serbuk jintan putih 1 sudu besar serbuk lada hitam 1 sudu besar serbuk cili kering 1/2 cawan serbuk paprika 1/2 cawan serbuk cili 1 cawan yogurt 1 cawan minyak masak 1/2…
-
Resepi Ikan Masin Lada Putih Ringkas dan Sedap
Berikut adalah resepi Ikan Masin Lada Putih yang sangat sedap dan mudah disediakan. Umumnya, jika sebut tentang ikan masin lada putih, ianya sangat sinonim dengan Makanan Tradisional Borneo. Khususnya di Sabah, makanan ini sangat popular. Hidangan yang unik ini, menggabungkan rasa masin dari ikan masin dengan kepedasan lada putih. Ia sering dihidangkan bersama nasi panas dan merupakan kegemaran ramai di Sabah. Oleh itu, tidak hairan lah jika pada hari ini ia terkenal dan mula di pasarkan secara komersial. Kami pasti anda sedang mencari idea untuk memasak ikan masin lada putih. Oleh itu, artikel ini kami sediakan untuk anda jadikan sebagai panduan. Resepi Ikan Masin Lada Putih Berikut adalah bahan dan…
-
10 Resepi Maggi yang Mudah & Sedap Wajib Di Cuba
Berikut koleksi resepi maggi yang sangat sedap dan wajib anda cuba. Maggi merupakan satu jenama yang sangat popular Di Malaysia. Rakyat Malaysia dan Maggi adalah makanan yang tidak dapat dipisahkan. Ianya sangat di gemari dalam pelbagai golongan. Sebut sahaja mengenai mi Maggi pasti ada yang akan mengimbau kenangan ketika zaman persekolahan dan universiti. Bukan sahaja dijual pada harga yang berpatutan malah “Mi Maggi cepat dimasak, lazat dimakan”. Di Malaysia maggi yang paling femes ialah mee maggi kari. Ia boleh diubah menggunakan banyak resepi lain menjadikan ia lebih sedap dan disukai ramai. Resepi Maggi yang Sedap Popular Di Malaysia Asalnya, mi segera hanya di olah mengikut cara penyediaan yang di cadangkan…
-
Resepi Tapai Pulut Sedap & Mudah
Berikut resepi tapai pulut yang mudah dan sedap. Tapai pulut adalah sejenis pencuci mulut yang popular di Malaysia, terutamanya di kalangan masyarakat Melayu di pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan. Ia dibuat dengan cara menapai beras pulut dengan ragi. Selepas itu, tapai pulut akan dibungkus dengan daun pisang atau daun getah dan dibiarkan untuk mengalami proses penapaian selama beberapa hari. Adakah Ianya HALAL? Menurut Majlis Fatwa Malaysia, tapai pulut adalah halal untuk dimakan kerana kandungan alkohol yang terkandung di dalamnya adalah sangat sedikit dan tidak memabukkan. Kebaikan Tapai Pulut Tapai pulut mengandungi sumber probiotik yang tinggi dan mampu meningkatkan sistem imun dalam tubuh badan kita. Selain itu, ia juga mempunyai…